status GSTT adalah kontrak. Bezanya kontrak gstt dengan kontrak pekerjaan lain ialah kontrak ini tidak tetap. Bila-bila masa, anda boleh ditamatkan perkhidmatan. Contohnya, sekiranya anda berkhidmat pada bulan Jan, kontrak anda sampai dec. Tapi bulan Mac ada cikgu tetap masuk, maka perkhidmatan anda akan tamat atas arahan pihak atasan.
Untuk memohon GSTT, anda boleh pergi ke PPD atau JPN. Kalau nak mohon GSTT pendidikan khas, hantarlah surat rasmi kepada JPN beserta resume. Kalau gstt pendidikan khas ada peluang untuk diserap kerana anda akan membuat KDC (Kursus dalam cuti).
Apa-apapun terpulanglah. Kalau ikhlas mendidik, pasti tuhan akan berikan kita jalan.
salam…ingin menyatakan kekecewaan kerana tidak dapat tawaran menyambung kontrak GSTT pada tahun ini..dikabarkan JPN kel hanya mengambil tidak sampai seratus GSTT untuk disambung kontrak yang bermula harini..yg pasti separuh drnya adalah yg mmpunyai kabel yg kuat d JPN.bukan cakap kosong tp kenyataan.