Kisah yang diceritakan di dada Berita Harian 7 Januari. Seorang ayah ditahan kerana disyaki mendera anaknya gara-gara mengecilkan baju kurung sekolahnya untuk kelihatan lebih seksi.
Sangat tersentuh hati saya bila membaca berita tersebut. Malah remaja tersebut rela gambarnya dirakam wartawan untuk menggambarkan kecederaan dikakinya akibat terkena stereka panas.
Apalah nasib seorang ayah yang mempunyai anak sedemikian. Kerana ingin mencegah kemungkaran pada keluarga sendiri akhirnya dirinya yang ditahan.
Adakah tugas mendidik terserah sepenuhnya di tangan guru? Ibu bapa, masyarakat, orang agama, sistem pendidikan dan banyak lagi apa peranannya?
Assalammualaikum…
Saya setuju dengan pendapat cikgu tu. Tapi kadang-kadang saya sendiri pelik dengan sikap segelintir ibu bapa, ini kerana mereka sendiri seolah-olah tidak sayang akan anak mereka. Manakan tidaknya, anak berkawan dengan siapa tak pernah ambil tahu, anak keluar malam dibiarkan, setiap kemahuan anak dituruti tanpa usul periksa dan macam-macam hal lain. Ini semua turut menyumbang kenapa remaja sekarang semakin liar. Pendapat saya segala masalah ini berpunca daripada institusi kekeluargaan itu sendiri.