
Seorang rakan pendidik bercerita tentang masalah beliau kepada saya, semua sekolah ada mesin fotostat tetapi fungsinya hanya hiasan. Saya banyak mendengar keluhan warga pendidik tentang hal ini. Namun kali ini beliau betul-betul marah. Halnya mudah, beliau banyak perkara perlu dibuat salinan namun sekolah tidak memberikan kebenaran membuat salinan menggunakan mesin fotostat. Walhal, semua kerja diberikan pentadbir untuk disudahkan. Terpaksa pula beliau fotostat di luar menggunakan duit sendiri. Apabila dibangkitkan dalam mesyuarat bersama pentadbir, jawapannya mudah kita tidak banyak peruntukan untuk membeli kertas dan toner.
Apa boleh pakai alasan sebegitu? Sebagai insitusi ilmu, kertas perlu banyak digunakan terutama fotostat latihan untuk pelajar dan pelbagai salinan surat serta pekeliling. Cuma, ada sesetengah sekolah meletakkan syarat untuk fotostat yang melarang penggunaan untuk hal peribadi. Itu tidak mengapa, namun menghalang untuk fotostat yang kerja diberikan pentadbir, apa halnya sebegitu. Kerja mereka yang bagi, duit cikgu pula kena keluarkan. Pelik bukan!
tersenyum saya membaca kisah di atas. bukan apa,saya pun pernah hadapi situasi yg lebih kurang sama. cuma bezanya..alasan tak dibenarkan guna mesin phostostat pejabat ialah mesin tu utk urusan pejabat shj. hal cikgu (walaupun utk sekolah-cth pelantikan dll-kena photostat kat luar-walau nak bayar pun tak boleh.)
tapi saya beruntung dan bernasib baik sekarang. Di sekolah baru (walaupun sekolah bantuan modal), saya dan guru-guru boleh guna mesin photostat utk apapun urusan baik hal P&P atau utk hal sendiri (asalkan berkaitan hal sekolah). Tu sbb pejabat sibuk sentiasa. Kalau saya, saya sendiri photostat bhn yg saya perlukan. bila tak sempat, baru mintak tolong kerani.kalau cikgu lain,ramai yg mintak tolong dari kerani.entahlah.saya tak pernah ditegurpun sbb guna mesin tu.begitu juga dengan cikgu-cikgu lain yg memang terkenal dgn sibuknya. hanya segelintir cikgu yg segan-segan nak guna.selalunya saya yg tolong photostatkan. bukan apa.kesian gak kat kak kerani yg tak pernah jemu melayan cikgu.tak pernah marahpun atau masam muka macam kerani sekolah lain (macam lah brg@ pejabat hang depa)
tu sebab saya suka mengajar kat sekolah sekarang. pentadbir dan org pejabat banyak membantu meringankan beban yg saya tanggung sebagai guru. kalaulah rakan-rakan guru lain senasib dgn saya.tak lah ralat sgt nak buat kerja-kerja pengkeranian,kan.
Cikgu semua,
kadang-kadang kerani juga melebih. Disebabkan terlalu disayangi pentadbir ada kerani lebih sudu dari kuah kerana mereka berasa menjadi pengawal mesin fotostat
beruntung cikgu k.a…....... di kl ni jarang2 jumpa sekolah sebegitu. adakalanya cikgu dilayan seperti pekerja am, manakala kerani pula dilayan seperti guru. dah terbalik… dalam pejabat ada air-cond, bilik guru, jauh sekali nak rasa air-cond. sedih….
Tahniah untuk cikgu K.A, pada pandangan saya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukan hanya terletak dibahu cikgu-cikgu sahaja malah pentadbiran juga memainkan peranan.Kerjasama dari semua pihak di sekolah adalah penting kerana ia menentukan kelancaran sesuatu program atau aktiviti di sekolah.
bagi saya kalau keadaan itu ssaya hadapi senang saja, saya tidak akan bagi apa2 latihan kertas pada murid,
syukur sya di sekolah sekrang ni, kami photostat sendiri guna mesin pejabat,
Ya benar, kejadian itu pernah saya saksikan di hadapan mata saya sendiri. Saya simpati dengan cikgu itu.