Buku Terjemahan

Mansuh PMR dan UPSR
Ditulis oleh: Fadzli, 24 June 2010 , Komen : 1


Pelbagai reaksi yang ditunjukkan masyarakat dalam memperkatakan hal ini. Jelas sekali sistem akademik yang berorientasikan peperiksaan mempunyai nilai sentimental yang tersendiri oleh kerana ramai yang menganggap ia kurang relevan untuk dimansuhkan. Sungguh pun begitu, apa yang dibentangkan oleh pak menteri mungkin di peringkat cadangan. Namun, katanya kementerian sudah pun membuat kajian internal dengan pelbagai pihak khususnya pakar-pakar pendidikan serta tokoh pendidik. Jika kementerian mahukan khalayak umum dapat menilai dengan holistik tanpa ada rasa curiga mengenai cadangan ini, apa salahnya data-data kajian yang ampuh dapat diketengahkan secara jelas bagi menyokong tindakan memansuhkan kedua-dua peperiksaan ini. Jika diteliti di dada akhbar, tampak wujud rasa risau masyarakat segenap lapisan mengenai perubahan yang ingin dibuat. Di kalangan ahli yang berhormat juga masih lagi kurang nampak keberkesanan pemansuhan ini sehingga ada yang mahu melabelkan pendidikan Malaysia senang diubah jika menteri berubah. Sekiranya hasrat Falsafah Pendidikan Negara mahu dilaksanakan, pemansuhan ini mungkin ada baiknya bagi menjadikan sistem pendidikan kita keluar dari belenggu orientasi peperiksaan. Tetapi perlu ada sistem pentaksiran yang baharu demi menjamin pengukuran tahap kebolehan pelajar berada pada keadaan yang baik. Seharusnya, mungkin sikap berani membuat perubahan perlu ada kepada sistem pendidikan negara. Harapan sebenar rakyat Malaysia, jika mahu berubah biarlah konsisten tanpa perlu berubah lagi pada masa akan datang.
 


farid  on  18/08/10  at  01:15 PM

Saya setuju UPSR dan PMR dimansuhkan.Ini kerana sistem pendidikan sekarang membuatkan pelajar yang tidak berada dalam level peperiksaan awam akan selalu menganggap mereka berada dalam honeymoon year dan comfort zone.Jadi bila dimansukan peperiksaan ini,Kementerian akan mengaplikasikan sistem pembelajaran universiti seperti assignment,assesment,kuiz,test,format pemarkahan 60% dan 40% ataupun 50% dan 50%.Jadi student akan sentiasa bersedia dan belajar bagi mengahadapi peperiksaan.Di sini mereka memerlukan sistem pembelajaran output learning yang berkesan bagi mengaplikasikan pembelajaran input learning yang dipelajari di sekolah.Disni saya mengesyorkan sistem output learning yang pertama seumpamanya di Malaysia dan terbukti berkesan dalam melahirkan ramai pelajar cemerlang serta mendapat pengiktirafan Menteri,Cikgu Rokiah Alias (ex.Pengetua Kolej Tunku Kursiah berpangkat JUSA-C) dan Dr Shukri Abdullah (Pakar Strategi Belajar Malaysia).Visit my blog http://anewdimensionoflife.blogspot.com ........ All the best and terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Komen

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: