Buku Terjemahan

Mahu berpolitik, silakan…
Ditulis oleh: Fadzli, 28 July 2010 , Komen : 0

Buletin utama semalam melaporkan yang guru DG 41-48 dalam kategori kumpulan profesional dan pengurusan layak untuk berpolitik. Dahulu hanya cadangan, kini menjadi kenyataan. Walau apapun yang dibahaskan selepas ini, mungkin ia isu menarik dan panas bukan sahaja di bilik guru malah di mana-mana sahaja. Berkemungkinan ia mempunyai garis panduan supaya aktiviti politik tidak menganggu situasi kerja semasa seorang  guru di bilik darjah. Sungguh pun begitu, jika keizinan diberikan mampukah pendidik dapat membezakan waktu berpolitik dan waktu kerja. Jika lampu hijau ini diiberi, tidak dapat tidak perbincangan hangat mahupun perdebatan mengenai politik boleh jadi terbuka sehingga dalam bilik guru.

Diharapkan dengan keizinan ini tidak menjadikan sekolah pula diheret ke kancah politik walaupun sebelum ini sudah ada yang senyap mahupun terang terangan menggelar diri mereka pahlawan parti masing-masing. Seandainya tahap profesionalisme dapat dikekalkan pada tahap yang baik, tiada masalah. Tetapi bagaimana jika masing-masing tegar mahu menegakkan pendirian politik masing-masing sehingga tercetusnya perbalahan. Atau berkemungkinan wujud kelompok partisan dalam satu sekolah yang secara tidak langsung boleh melumpuhkan perjalanan sekolah.

Sememangnya langkah kerajaan ini selari dengan tuntutan prinsip demokrasi, tetapi banyak cabaran jika ia sudah dilesenkan bagi bergiat dalam politik. Soal lebih banyak buruk atau baik, ia bergantung kepada individu guru yang berkaitan dalam menghindarkan emosi dan fanatik kepartian dalam sekolah. Biarpun ada garis panduan, hanya tahap profesionalisme sahaja mampu menjamin tidak ada yang berperang mulut, poster, pendirian dalam waktu persekolahan. Biar berbeza ideologi politik tetapi tidak meminggirkan tugas utama sebagai pendidik yang mahu memandaikan bangsa.


Komen

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: