Semasa berbual dengan rakan pendidik yang datang ke rumah saya, agak tersentuh mendengar cerita beliau. Rakan saya ini baharu sahaja memulakan tugas di Perlis setelah berpindah daripada Johor. Beliau kini bergelar pengetua selepas 20 tahun menjadi guru. Peristiwa pertama yang beliau ceritakan semasa sampai bagi melaporkan diri adalah beliau sendiri ditahan Guru Penolong Kanan Pentadbiran kerana terlewat seminit dari masa. Guru berkenaan tidak kenal rakan saya memandangkan beliau hanya bermotosikal ke sekolah pada pagi itu. Jadi, beliau dianggap cikgu baru yang kebetulan terdapat tiga orang cikgu yang juga perlu melaporkan diri pada hari yang sama.
Setelah dikhutbah dengan nada yang baik, beliau diajak ke pejabat tanpa berkenalan terlebih dahulu. Dalam hati rakan saya ini, hanya sabar sahaja yang menjadi azimat ketika itu. Selepas sampai seterusnya diajak duduk dalam bilik GPK (pentadbiran) sehingga bermulanya induksi khas yang diadakan. Sehingga itu, GPK berkenaan masih belum tahu siapa di hadapannya memandangkan GPK hanya mengagak beliau di antara guru yang bakal melaporkan diri hari itu. Rakan saya ini juga masih tidak bersuara kecuali hanya memberitahu nama yang kemudiannya disemak oleh GPK bukan di antara guru baru yang perlu melapor diri ke sekolah berkenaan.
Rasa bahang mula terasa, GPK menggaru kepala kerana siapa manusia ini di hadapannya? Hanya apabila pembantu tadbir mengetuk bilik kemudian memanggil GPK, keluar sebentar serta masuk kembali selepas beberapa minit. GPK pula seraya berkata:
"Maaf Tuan Haji, saya ingatkan cikgu baharu tadi sebab tuan haji datang dengan motor sahaja." jelasnya dalam keadaan sedikit menggigil
"Tidak mengapa cikgu, itu tugas saudara, saya bangga dapat GPK macam cikgu senang kerja saya, tegas dan maklumlah orang muda." jawab rakan saya dengan selamba.
Secara tidak sengaja perkara yang boleh mewujudkan konflik hanya dapat dipadamkan dengan sekelip mata dengan mengurangkan prasangka buruk dan melihat perkara yang baik dibuat oleh orang bawahan kita. Dalam kes rakan saya ini, beliau menurut sahaja dan membiarkan ketegasan GPK beliau serta mahu melihat sejauh mana tindakan GPk berkenaan sehingga beliau dapat membaca bakat kepemimpinan orang bawahannya menjalankan tugas.
Akhir perjumpaan saya dengan beliau, nasihat utama bagi menjadi pemimpin adalah perlu kreatif melihat potensi dan bakat orang bawahan supaya akhir nanti dapat membentuk kerjasama kumpulan yang berkesan. Dalam konteks sekolah, pentadbir mencorakkan budaya sekolah, jika kena caranya semuanya berjalan lancar. Jika tidak pening kepala dibuatnya...
salam cikgu,
saya boleh bayangkan bagaimana malunya cikgu itu ya…tapi, bagus. dia tegas tanpa mengira siapa…
Alhamdulillah. Bagus sungguh pengetua ini.
Saya ada baca buku bertajuk BRONTOK. Buku ini di tulis oleh bekas pengetua dan ketua sektor.
Bagus buku ini kalau di baca oleh guru-guru muda dan pengetua baru.
Buku ini ditulis menceritakan pengalaman hajah ini sepanjang bergelas ketua sektor dan pengetua.
Ramai juga pengetua bermotorsikal ke sekolah. Mungkin dapat dilihat di luar bandar. Tidak kurang juga yang suka berbasikal sahaja.
Apapun kereta atau kenderaan tidak tunjukkan karisma. Hanya tindakan pengetua menunjukkan karisma.
Ada ole-ole untuk tersenyum sendiri apabila bersara kelak
Teringat kisah Prof. Dr. Sidiq Baba akan jalan yang dirintisnya dalam menjadi seorang pendidik. Umi kagumi pengetua sekolah yg humble sebegitu…
Terharu bila ada pengetua yang macam ni.
Mudah-mudahan akan cemerlang bangsa kita dikemudian hari
Harap2 GB pun akan mencontohi sikap Pengetua ini.