Ramai yang kata, orang mahu jadi guru sebab kerja dengan kerajaan. Dengan masalah kekurangan guru yang meruncing terutamanya guru bahasa Inggeris sudah tentu menyebabkan kelompangan yang besar dalam pengurusan sumber manusia. Guru perlu cukup dengan nisbah pelajar yang semakin bertambah hari demi hari.
Masa yang sama ada yang mempertikaikan keupayaan graduan KPLI dan DPLI dalam melayari karier guru. Kata-kata ini diperhebatkan lagi dengan nada yang bernada sinis yang mengatakan golongan ini seolah-olah golongan tiada haluan kerjaya lalu memilih guru sebagai galang ganti menyelamatkan hidup mereka. Apa salahnya selepas ini hentikan sahaja pengambilan KPLI dan DPLI.
Sebagai alternatif ambil guru sandaran tidak terlatih yang diberi kontrak dua tahun lalu dinilai keupayaannya kemudian serapkan mereka jika benar-benar layak. Tinjauan cikgumalaysia mendapati ramai di kalangan GSTT yang memang layak namun masih lagi bertaraf kontrak disebabkan mereka perlu juga bersaing dalam pemilihan KPLI yang akhirnya menyebabkan nama mereka tercicir. Ada di kalangan mereka berkhidmat sebagai GSTT melebihi tiga tahun yang dihantar ke sana ke mari bersesuaian dengan kekosongan guru di sekolah. Tempoh dua tahun bagi GSTT yang bertugas sudah layak menunjukkan komitmen mereka yang bersungguh-sungguh meminati bidang perguruan.
Berilah ruang kepada mereka jika terbukti mereka layak. Ini mengurangkan risiko Bahagian Pendidikan Guru mengambil calon yang hanya pandai berlakon selama beberapa minit semasa sesi temuduga namun lain halnya bila sudah berkhidmat. Jad selepas ini lebih mudah orang kementerian tutup mulut jika mahu mencari calon guru yang sesuai. Daripada mendengar tong kosong menghina saluran itu dan ini yang katanya tidak berkesan menghasilkan bakal guru yang cemerlang.
Saya memahami keadaan dn prsaan gstt ni… sy ni guru kontrak…status sy sama dgn kwn2 gstt, kontrak setahun, pastu x tau lg smbg ke x… sy lg la x tau nasib macamane… kite mengajar, pikul tgs dn tggngjwb same ngan cikgu ttp…tp knp kite tdk diberi peluang untk diserap?...sdgkn penglaman yg kite ada blh dijdkan platform utk mgukur dn menilai keupayaan dan ksgguhan kite utk bergelar seorang pendidik… smg ada rezeki utk kite…Amin…........
salam semua.. trlebh dulu sy mohon maaf ika tersilap.. sy mrupakan sorang pelajar kursus ISMP, namun itu bknlah isu utama..sy melihat pelbagai watak guru dan kdang sy trfiir camana dia ni blh jd ckgu??sdangkn mngajarpun tdk btul,masuk kelas skadar mnghbiskan bab, bangga dpt gaji besar krn krja snang dan mcm2 lg gelagat yg kurang mnyenangkan…sy amat trkilan mlihat guru2 yg tdk mnunjukkan peribadi yg spatutnya trhadap plajar2nya. oleh itu sy tdk hairn mngapa persepsi org ramai trhadap guru amat teruk. namun bg2 fenomena ini bknlah trjd kpd semua guru, masih rmai lg yg mngajar dgn telus…
perhatian kpd semua pihak tdk kirala graduan DPLI,KPLI ataupun ISMP, sedarlah bhw profesion keguruan bknnya tmpat skadar utk cari mkn,prhatikan anak2 generasi kta, mrk,kami prlukan pendidik yg telus yg mempunyai kesungguhan dan ketelusan dalam mendidik bknnya skadar lulus peperiksaan, ttp ingin mnjadi insan yg brguna..kami tdk kisah siapa guru trsebut,lpasan apakah dia??ttp apa yg pnting minat dan ksungguhan utk mngajar dan mndidik..bknnya krn ingin mrebut pluang ksong dlm pkerjaan,,,.cuba tnya pada dri sndri knp ingin mnjad guru, dan fkir sndri btulkah tndakan mnjd guru,,.minatkah anda atu sebaliknya..ingat pepatah ini,.GURU KENCING BERDIRI, MURID KENCING BERLARI..siapa yg tak faham masi blh ditrima, tp yg buat2 tak faham harap maaf anda tdk layak mnjadi pendidik..good luck 4 u all..
salam….
Aku pun seorang gstt- 3 tahun dah!!! menunggu buah seperti tak gugur untuk bergelar guru tetap…
Assalamualaikum..dgr cerita akan ada pengumuman penting sempena sambutan Hari Guru 2010. Semoga perkhabaran gembira itu nanti juga b’pihak kepada GSTT.Bg GSTT, bukan berita kenaikan gaji dan elaun yg kami harap2kan tetapi khabar gembira bahawa kami diserap ke jawatan guru tetap melalui KDC & KDP. B’sama2lah kita m’doakannya.
Saya juga bersetuju dgn penyerapan bekas GSTT dipanggil semula untuk diberikan latihan seperti mana guru yang baru keluat maktab dan U.
Saya merupakan salah seorang bekas GSTT di sebuah sekolah di Ulu Baram suatu ketika dulu (2008),hanya setahun kontrak sahaja sedangkan kami masih lagi dalam proses pengenalan dan pengalaman masih perlu banyak yang ditimba.
Seperti yang kita tahu,GSTT ialah seorang yang pernah bekerja,mengharungi pahit manis mengajar berbanding keluaran KPLI kerana kami terus ke arah pratikal,mereka hanyalah teori yang banyak.Jadi segelintir guru yang saya lihat di sekolah tempat saya mengajar dulu kebanyakkannya dari negeri SM dan ternyata pengajaran mereka amat kekok kerana mungkin benar teori yang dipelajari tak sama dgn pratikal.
Saya berharap akan mendapat perkembangan lanjut berkenaan dgn penyerapan GSTT untuk menjdi guru tetap,dgn ini anak jati Sarawak tidaka akan ketinggalan untuk menjadi pendidik di negeri sendiri.Andai ada kursus dan latihan semasa cuti,saya ingin mengikutinya kerana dua tahun saya lepas berkhidmat sebagai GSTT di ulu,saya hanya mendengar perkhabaran untuk memberikan latihan kepada GSTT tapi sehingga sekarang tindakan masih belum terbukti lagi.
Sekian terima kasih.
Tahun 2008 lalu saya pernah menjadi gstt dalam opsyen bahasa inggeris..tetapi kontrak kami tidak di sambung sedangkan kami amat bersemangat untuk mendidik, dan berusahau untuk memberi yang terbaik dalam tugasan kami..
Adakah kemungkinan kami akan di ambil semula untuk ambilan guru tetap di pedalaman? Kami amat berharap agar peluang itu di beri.. walaupun banyak rintangan untuk memikul tanggungjawab sebagai pendidik..tetapi matlamat adalah tetap yang sama iaitu untuk membantu masyarakat yang berada di pedalaman agar mereka tidak ketinggalan dengan arus kemajuan.. saya menyokong saranan kerajaan untuk menyerap gstt yang pernah bertugas dua tahun yang lalu..kami berharap kerajaan dapat memberi kepada kami gstt 2008.
Saya juga merupakan antara bekas GSTT 2008 yang habis kontrak pada disember 2008. Jika benar khabar tentang penyerapan bekas guru GSTT 2008 dipanggil semula, saya sebagai rakyat negeri Sabah juga akan sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak mensia-siakan usaha dan pengalaman yang kami timba sepanjang bergelar guru GSTT. Sememangnya apa yang diperkatakan oleh Jessica ada benarnya. Kebanyakan guru GSTT yang benar-benar memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bergelar guru, lebih berdikari untuk meningkatkan prestasi P&P dari masa ke semasa. Jika guru-guru KPLI diberi kelas teori pedagogi, kelas itu dan ini setiap hari, guru-guru GSTT membuat praktikal mengajar setiap hari, dan kursus matapelajaran yang diadakan di PPD itu sahajalah yang dijadikan kelas untuk menjana pengetahuan dan berkongsi ilmu dan maklumat dari guru-guru dan pegawai-pegawai pendidikan yang mahir. Dari kursus dan bimbingan memantapkan P&P (contohnya kursus untuk PPSMI, Bahasa Inggeris dan sebagainya) ini sahajalah yang diambil sebagai asas. Selebihnya guru-guru GSTT harus belajar dari guru-guru sekolah yang sedia ada. Ketika itu juga guru GSTT harus mencari idea-idea lain bagi menjadikan P&P tersebut lebih berkesan dan memberansangkan di dalam kelas. Jika guru KPLI diajar tentang ABM, guru GSTT pula harus berdikari sendiri bagaimana untuk menyedia dan melaksanakannya.
Oleh itu, sekiranya benar khabar penyerapan dan pengambilan semula GSTT 2008 dilaksanakan, maka usaha keras yang kami berikan dulu akan pasti kami beri dan gandakan lagi. Lagipun kebanyakan GSTT tahun 2008 juga memiliki ijazah sebagaimana guru-guru KPLI. Pengalaman kami sebagai GSTT tidak seharusnya disia-siakan, dan wajarlah jika peluang untuk membantu kami berdiri semula sebagai guru dapat direalisasikan. Sekian.
saya pernah menjadi GSTT selama 2 tahun, kemudian memhon program KPLI. Alhamdulillah dapat. Kini telah menjadi PPPS. Rakan semua, harap terus berusaha tanpa kecewa, semoga pintu rezeki ada berpihak bersama kita untuk memartabatkan pendidikan di Malaysia dan mendidik anak bangsa dengan penuh tanggungjawab.
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia buat semua,,,,saya amat bersetuju dengan kenyataan rakan-rakan bahawa GSTT amat komited dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Saya pun telah hampir 2 tahun dalam bidang ini, telah mencuba memohon kpli dan dpli namun nasib belum menyebelahi diri saya,,,,,mungkin ijazah saya yang kurang related dengan bidang pendidikan ,,,,,,Harap kerajaan berilah kami peluang KDC atau latihan perguruan mana-mana sekalipun agar kami dapat diserap dan memiliki tauliah untuk mengajar,,,,kasihanilah kami wahai kerajaan,,,,saya rela ditempatkan diceruk rantau mana sekalipun,,,,
Yang ikhlas,,,
Beremas K
salam kawan2…sy rslah yg meluahkan perasaan di sini majoritinya adalah gstt…pastilah gstt akan cuba sedaya upaya menaikkan nama mereka…benar ke semua gstt skrg ni menjadi guru kerana benar2 berminat?bukan kerana anda susah utk mendapat pekerjaan yg sesuai dgn ijazah anda?di sekolah sy hampir 10 org gstt…dan takde sorang pun gstt tersebut yg sy rs berpotensi menjadi guru dan benar2 berminat nak jd guru…rsnye sekadar memenuhi jawatan “penganggur” sedia ada kot…sy tak nafikan ada yg benar2 nak menjadi guru, namun setakat yg sy perhatikan setakat ini tiada…kenapa sy cakap camni??
kerana gstt di sekolah sy tidak menjalankan tanggungjawab yg diberikan kepada mereka dengan sepenuhnya…masuk kelas lambat, keluar lebih awal dr locengnya…mengajar sambil lewa…tugas yg diberikan tidak pernah dilaksanakan tepat pd masa yg diberikan…cuti sekolah 2 minggu pun, masih tidak siap menanda kertas periksa…kenapa macam tu?sedangkan yg beranak pinak pun boleh masih boleh menanda dan memberi markah tepat pd masanye…dtg lewat, balik pula terkocoh2 macam tak cukup kaki…bile disuruh buat kerja menolak…pandai pula menolak untuk relief kelas cikgu lain…sedangkan guru tetap pun tak berani…kelas tak masuk dan asyik mabuk berfacebook…inikah yg dikatakan minat utk menjadi guru??biarpun status anda gstt, anda sepatutnya sanggup memikul tanggungjawab menjadi guru seperti guru sebenar…dan gaji anda cuma beza sedikit je dgn guru tetap…mengapa tak boleh nak menjalankan tanggungjawab???? jika semua gstt akan diserap utk tetap, sy sgt2lah tidak setuju…sy berharap agar pihak KPm menimbangkan semula cadangan tersebut…bagaimana nak memajukan anak bangsa jika jiwa gurunya bukan untuk menjadi guru??dan bagaimana pula nasih guru2 yg terlatih yang masih menunggu peluang mereka menjadi guru??bukankah ini akan menjadi lebih kacau bilau…sedarlah gstt, anda hanya diambil utk sementara, terang2 ditulis anda sebagai guru sandaran sahaja…mengapa kecoh2 untuk diserap menjadi tetap…macam kerja kontrak dipejabat juga begitu…habis kontrak, habislah…ada yg berani nak bising2???fikir2kan kan wahai gstt…adakah anda layak??dan sekiranya anda akan diserap juga, mungkin rezeki anda, tiada yg dapat menghalang melainkan kuasa Allah…tetapi berubahlah kepada seorang yg bertanggungjawab…Allah melihat anda menjalankan tanggubgjawab atau pun tidak…
To Guru tetap..
Terima kasih atas pandangan cikgu. Saya tak nafikan ada antara gstt yang tidak bertanggungjawab dan menganggap jadi cikgu adalah kerjaya alternatif semata-mata.
Tapi tidak semua GSTT adalah begitu. Pengalaman saya menjadi GSTT selama setahun benar-benar menjadikan saya matang. Saya dilambakkan dengan pelbagai kerja kerana guru tetap sendiri tidak mahu memikulnya. Saya sendiri pernah diarah oleh PPD untuk membuat laman web, membuat kertas kerja dewan sekolah ( mungkin kerana kemahiran saya dalam bidang kejuruteraan) dan sedikit sebanyak ia juga memberi kelebihan kepada sekolah.
Harus diingatkan GSTT juga mempunyai ijazah. Mereka juga bukan calang-calang ijazahnya. Ada antara mereka graduan kejuruteraan, IT, Komputer, Fizik dan macam-macam lagi. Mungkin ada faktor kenapa mereka tidak memilih kerja lain di luar sana..
Dan sedikit sebanyak GSTT ini jugalah membantu pihak sekolah dalam memudahkan kerja mereka. Bayangkan jika sekolah cikgu tiada gstt? Sudah semestinya beban cikgu sendiri akan bertambah. Terpaksa mengajar lebih masa, mengurus pelbagai perkara dan ini semua akan jadi beban….
Apa suarakan disini bukanlah mengatakan kami ini layak jadi guru atau tidak..tapi sejauh mana layanan guru tetap dan pentadbir terhadap kami. Ada antara kami dipandang sebelah mata sahaja. Malah, kesalahan-kesalahan kecil dijadikan modal untuk menyindir kami di dalam mesyuarat.
Saya juga rasakan bahawa ada sahaja guru tetap yang masuk lewat kelas, tidak menyiapkan buku rekod, lambat datang sekolah, tidak menyertai aktiviti ko-q ............dan kesemua tugas itu dilakukan oleh GSTT. Saya pernah kena bawa budak berkhemah sedangkan dalam pekeliling sememangnya melarang GSTT menjadi guru pengiring mana-mana lawatan atau perkhemahan.
Tapi semua ini berlaku kerana tiada guru tetap yang sanggup nak berteduh di bawah hutan belantara..dan bagi guru perempuan, alasan tipikal mereka, taknak tinggalkan anak di rumah.
Sekiranya KPM berhasrat untuk menjadikan GSTT sebagai guru tetap, sudah semestinya ada modul dan cara tersendiri. SUdah pastinya pentadbir, PPD dan JPN akan datang menilai terlebih dahulu sebelum diserap. Bukan mudah untuk ke jawatan tetap. Kalau nak diukur prestasi guru tetap dengan saya sendiri, saya rasakan saya sudah banyak menang. Bukan saya nak berlagak atau meninggi diri, saya boleh sendiri lampirkan betapa banyak kerja yang telah saya lakukan untuk sekolah saya.
Dari segi PnP, saya pernah dinilai oleh ketua Jabatan dan mendapat markah antara tertinggi berbanding guru tetap. Malah ketua jabatan memuji cara kreatif saya mengajar. Selain itu, saya juga terlibat dengan kelas tuisyen dan alhamdulillah, 90% pelajar saya lulus dengan cemerlang semasa peperiksaan akhir tahun.
Kualiti seseorang guru bukan terletak kepada ijazah apa yang mereka pegang, sebaliknya ialah kemahiran kendiri dan kaedah mengajar yang kreatif untuk mendidik anak-anak bangsa supaya berjaya.
Kesimpulannya..to guru tetap, cuba letakkan diri cikgu di tempat kami, dan cubalah berkongsi masalah dengan gstt di sekolah cikgu. mungkin mereka juga ada sesuatu kenapa mereka bertindak sedemikian rupa…
Thanks,
Azrul.
salam semuer…sy merupakan salah seorang gstt di daerah perak..tahun ini merupakan tahun ke 3 saya bergelar gstt…masuk thn ini jg dah 4 kali sy memohon kpli n dpli tapi nasib masih tidak menyebelahi sy…sy mmg bercita2 utk menjadi seorg guru sejak dulu lg..sy telah grad thn 2006..kini sy berusaha utk mencapai impian sy iaitu mjd seorang guru..sy berharap sgt agar gstt aliran perdana akan diserap menjadi guru tetap serta menerima latihan dan kursus…setakat ini yg sy tahu hanya gstt bahasa tamil, bahasa cina dan pendidikan khas sahaja ada penyerapan..sy berharap sgt kpm memberi peluang kpd gstt aliran perdana mndapat taraf jawatan tetap sebagai guru…
salam…
sy telah membaca semua komen di atas, rata2nya smua GSTT. semua berharapan agar GSTT diserap menjadi sebahagian daripada anggota pendidik tetap. apakah tindakan yang kita boleh laksanakan agar kerajaan khususnya KPM memandang saranan atau suara kita semua ini sebagai suatau perkara yang perlu dititikberatkan..??
sebenarnya hasrat untuk GSTT menjadi guru tetap telah lama diperkatakan di peringkat kita, naman adakah ia telah sampai ke telinga KPM untuk dibentangkan di meja bulat mereka?? jika tidak ia hanya satu harapan yang tidak akan dikecapi.
Assalamualaikum.. buat sahabat-sahabat GSTT.. ingatlah, Allah Maha Adil… Teruskan berdoa. Moga Allah membuka jalan untuk kita menjadi pendidik berstatus tetap. Allah takkan ubah nasib hambanya andai tiada usaha hambanya untuk mengubah keadaan. Di laman ni, ramai yang dah meluah perasaan. Jadi dah sampai masanya untuk kita fikir-fikirkan bagaimana caranya untuk kita nyatakan hasrat dan harapan kita agar didengar oleh pihak KPM. Kepada guru_tetap, janganlah hanya kerana sikap segelintir GSTT yang bermasalah, terus nak hukum semua GSTT tu sama bermasalah. Kami pun manusia biasa juga, tak lari daripada melakukan kesilapan..
salam kepada semua
saya yakin semua sudah maklum dengan cabaran mendidik sekarang. bagi insan yang memang mempunyai nurani seorang pendidik, asam garam menjadi guru sangat indah walaupun cabarannya sangat hebat. saya yakin seseorang yang tidak mempunyai hati untuk menjadi guru, dengan sendirinya akan tersingkir dari dunia pendidikan.
sebelum menjadi seorg gstt,saya pernah ada pengalaman menjadi guru di sekolah swasta dengan hanya gaji RM600 walaupun berkerja dari jam 7.30pg-3.45ptg. itu belum termasuk dengan mesyuarat dan aktiviti sekolah.sy juga tidak dibayar kwsp.malahan hanya diberikan cuti selama tiga minggu setahun sahaja.(sminggu cuti penggal pertama+2 ming cuti akhir tahun). kalu ambil cuti kecemasan kena potong gaji iku hari berkerja.kalau cuti sakit tak dapat claim duit rawatan klinik.malah sekolah juga takde kerani,jd cekgu kena buat giliran jaga pejabat dan buat promotion utk sekolah.apa yg lagi teruk,guru diwajibkan hadir kursus yang perlu ditanggung oleh guru sendiri,kalau tak datang pun kena bayar.
itulah senario menjadi guru di sekolah swasta. sy percaya bagi orang tak ada jiwa menjadi pendidik,PASTI tidak akan memilih untuk menjadi guru di sek swasta.namun saya dapat bertahan selama dua tahun di situ sblm berkahwin dan berpindah ikut suami.
bagi saya pada masa itu,perasaan sayang saya pada pelajar dan rasa tanggungjawab untuk mendidik mereka sehingga menduduki peperiksaan lebih penting dari segala-galanya walaupun terpaksa ikat perut.housemate sy yg hanya lulus spm keje cashier kat tesco pun lg banyak gaji dari sya.
bayangkan gaji seorang guru yang ada ijazah setaraf dengan gaji bibik.tapi kenapa masih ada orang yang sanggup jadi guru?sebabnya jiwa mereka hanya mahu menjadi seorang guru.
saya cabar guru2 yang dah jadi guru tetap,sanggupkah anda menjadi guru sekiranya dibayar sebanyak itu. jadi, janganlah memandang rendah kepada orang lain yang memang nurani mereka sangat mencintai dunia pendidikan.siapakah yang berkuasa menyentuh hati manusia dengan jiwa seorang guru kalau bukan Allah Taala.so,jangan cepat sangat menghukum gstt sebagai penganggur yang nak cari makan saja..
kawan2 gstt sekalian apa kata yang beragama islam setiap tempat kita adakan solat hajat dimurahkan rezeki jadi guru, beramai ikut kawasan dan bentuk persatuan gstt untuk mencari penyelesaian menjadi guru tetap. Moga2 kita semua diserap.
Betulka dgr kata tahun hadapan gstt nk dimansuhkan?
Kalau betul, musnahlah harapan gstt yg dah hampir cecah 35 tahun ni.
Tolonglah KPM kepada kami yg dah hampir 35 tahun dan sangat berminat menjadi guru sepanjang masa ini. Mohon maaf jika ada kesalahan.
To Guru Tetap
saya bukan nak curahkan minyak dlm api tapi apa yg dkatakan oleh Azrul tu betul.Guru tetap ke,gstt ke, semua manusia.saya dah 2 tahun jd gstt.Alhamdullilah sekrg sya d lantik jadi guru disiplin.Pengetua amat berpuas hati dgn keje saya.Saya selalu di cerap oleh ketua bidang.KP dan juga PK.Semua memuji cara saya mengajar malah markah saya lagi bagus dari guru tetap di sekolah saya yang dah ada master.So,maknanya bukan semua guru tetap bagus.dekat sekolah saya ramai jer guru tetap yg selalu MC.dah la tu suka2 xmasuk kelas.kalau masuk pun bukan ngajar,duduk jer kat kerusi.sepaptutnye awk tu bersyukur dgn ape yg awk dah dapat bkannya kutuk2 org.Awk rasa awk dah jalankan tanggungjawab sepenuhnya ke sebagai guru.Jangan tipu la.kalau manusia tu,manusia jugak,suka nak tunding jari kat org,sedangkan lagi 4 jari menunding kearah awk.Kita ni dah la sama2 melayu,sama agama,sepatutnya bagila semangat,bukan mengata.Ini ke sikat profesional awk sebagai seorang guru tetap yang awak bangga2kan tu….kalau mcm ni awk xlayak di gelar guru.Seorang manusia yang berjiwa pendidik tak akan ada perasaan seperti awk.Macam mana nak didik pelajar.mendidik pelajar bukan sahaja untuk lulus exam tapi juga sikapnya.Kalau guru bersikap mcm awk,rasnya layak ke awk nak nasihat kat pelajar lain.
Saya bukan nak puji diri saya,tapi di sekolah kebanyakan kerja saya buat.Kelas dah ada 7 waktu tapi masih di beri relief…tapi saya xpernah merungut…dan awk kena ingat yang guru gstt lepasan universiti…golongan yang bijak pandai mcm awk juga.Dan ada yang lagi bijak dari awak..
Saya puji pengetua sekolah saya.Walau pun dia bos,tapi dia xsombong.selalu beri nasihat dan kata2 semangat.tak pernah dia mengutuk guru2 di bawahnya.xkira guru tetap,guru gstt atau guru praktikal.Semua dilayan sama dan di beri peluang yang sama utk menunjukkan bakat yang ada.
Kepada guru lain,pesan saya sentiasa bersabar,doa dan tawakal.Jika kita buat kerja ikhlas,in’allah Allah akan menolong.Allah hanya satu dan bukan dua..pada Guru Tetap,jgan la sombong sangat,kalau Allah nak,dia boleh tarik nikmat yang DIA beri dlm sesaat tanpa notis…sedar la dan minta maaf la…ramai guru yang terasa dan marah…
saya minta maaf kalau ada yang terasa.Bukan saya nak bermusuh dgan sape2 tapi nak perbetulkan apa yang salah.Bukan saya nak kata saya ni baik sgt.saya pun manusia…kita sama saja…
salam.. sebagai guru GSTT, saya juga berharap agar KDP diwujudkan semula. jika dikira daripada sudut pengalaman mengajar, guru GSTT ini lebih berpengalaman daripada produk KPLI atau DPLI. Bagi mereka yang sudah bertugas 2 tahun sebagai GSTT adalah satu tahap yang membanggakan kerana GSTT adalah guru yang mengajar bermula dari O tanpa teori daripada mana2 IPTA sebagai guru. adalah lebih cantik jika guru GSTT ini diserap sebagai guru tetap jika benar2 layak kerana itu KDP perlu diwujudkan semula
Salam guru-guru GSTT..
Setelah membaca luahan perasaan dan keinginan kalian yang tinggi untuk menjadi pendidik, amatlah wajar untuk dikatakan bahawa menjadi GSTT bukanlah jaminan untuk diserapkan ke jawatan tetap, walaupun ada antara kalian sudah mengajar lebih dari 5 tahun.
Hal ini kerana, GSTT diwujudkan hanya sementara di sekolah, bagi mengisi kekosongan guru dan sekiranya ada bakal guru dari IPG/IPTA akan ditempatkan di sekolah anda, maka pastinya khidmat GSTT itu sudah tidak lagi relevan.
Memahami keinginan kalian untuk menjadi pendidik, maka cubalah di saluran yang disediakan seperti KPLI/DPLI atau GSTT SABK.
Kalian tidak boleh menyalahkan Kementerian Pelajaran semata-semata, kerana tujuan diwujudkan GSTT sudah dinyatakan dengan jelas lagi sebelum kalian menerima jawatan itu. Kalian harus mengerti dengan jelas akan maksud “kontrak” itu.
Tidak kiralah sama ada kalian ada ijazah dalam bidang mana pun, pastinya KPM akan mengutamakan pelajar dari jurusan pendidikan juga kerana mereka ini sudah dilatih 4@5 tahun untuk menjadi guru.
Bukan untuk merendahkan motivasi atau menjatuhkan taraf GSTT, kehadiran kalian sememangnya diperlukan di sekolah yang kekurangan guru, namun jika benar-benar berminat..gunakanlah saluran yang sepatutnya untuk memohon menjadi guru tetap.
semoga kalian, guru-guru GSTT akn berjaya kelak dan berkhidmat dengan jiwa pendidik yang sebenar.
Sekian. Assalamualaikum.
salam. rata2 yg memberi komen disini adalah gstt dan guru tetap yg tidak berpuas hati dgn hasrat gstt untk mendpt keinginan menjd guru tetp. sy jg merupakan gstt lbh dr 2thn dan telah berkhdmat di 3 buah sekolah. dalam perhatian sy slm lbh 2thn menjd gstt, rata2 guru tetp memg tidak berpuas hati dgn gstt, mereka slalu memperlekehkan gstt kerana bg mrk kami tidak mempunyai pglamn dalam mngajar bagaimana ingn mengajar. memang sy tdk nafikan kami adalah baru namun pglaman telah mematangkan kami menjd seorg yg lbh baik. mgkin thn pertama kami agak kekok namun stlh hmpir 2,3 thn mgajar kslpan dpt diatasi dgn baik utk berhadpn dgn pgrsan sek, pelajar nakal dan bermasalh serta ibu bapa yg pelbagai kerenah.
saya msh ingt salah seorg pgetua sek penah bercerita mngenai pglamn beliau sms menjd guru. beliau jg spt kami serta guru2 baru bnyk melakukan kesilpn namun keslpn dn pglaman itu yg bnyk mngajar beliau dn menjadikan beliau lbh baik. jd alangkah baiknye jk KPM meliht kami gstt menjalani proses praktikal sblm kami diberi pembelajran iaitu memski kdc /kpli/dpli untk memntapkan pngajaran kami berbandg merk yg belajar baru (kpli/dpli) diberi peluang mgajar. dgn mgutamakan kami gstt berbandg pegmbilan baru spt kpli/dpli.
ini kerana sy brasa kecewa pabila mengetahui ada yg mendpt kpli/dpli drp mrk yg baru tamat pgjian atau yg tiada pglamn mgajar. dan bertambh kecewa pabila pemeriksa mtest thn lps membritahu bhw mtest kali ke 2 itu rata2 berumur 28thn ke atas dan mendoakan kami berjaya. dgn itu sy beranggpan mtest kali ke2 itu utk wat syarat semata2. dimanakah kami untk berhrp menjd seorg guru tetap sekiranya keadaan begini berlaku?sy berhrp masih ada insan yg prihatin terhdp mslah kami. adakah 2-5thn pglamn msh belum cukup utk kami. wallahualam
saya sokong cadangan en azrul
Antaranya:-
1. Mengekalkan jawatan kontrak selama 3 -5 tahun. Setelah itu, boleh diserap sebagai guru tetap.
2. Membuka KPLI dan DPLI hanya kepada GSTT sahaja.
3. Memberi peluang kepada GSTT untuk membuat kursus dalam cuti (KDC) atau Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS).
Ayuh semua gstt kita bangkit, bersuara dan menyuarakan hak kita, insyallah, Allah itu maha adil dan mengetahui apa yang kita hasratkan.