Buku Terjemahan

Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap
Ditulis oleh: Fadzli, 17 July 2009 , Komen : 44

Ramai yang kata, orang mahu jadi guru sebab kerja dengan kerajaan. Dengan masalah kekurangan guru yang meruncing terutamanya guru bahasa Inggeris sudah tentu menyebabkan kelompangan yang besar dalam pengurusan sumber manusia. Guru perlu cukup dengan nisbah pelajar yang semakin bertambah hari demi hari.


Masa yang sama ada yang mempertikaikan keupayaan graduan KPLI dan DPLI dalam melayari karier guru. Kata-kata ini diperhebatkan lagi dengan nada yang bernada sinis yang mengatakan golongan ini seolah-olah golongan tiada haluan kerjaya lalu memilih guru sebagai galang ganti menyelamatkan hidup mereka. Apa salahnya selepas ini hentikan sahaja pengambilan KPLI dan DPLI.

Sebagai alternatif ambil guru sandaran tidak terlatih yang diberi kontrak dua tahun lalu dinilai keupayaannya kemudian serapkan mereka jika benar-benar layak. Tinjauan cikgumalaysia mendapati ramai di kalangan GSTT yang memang layak namun masih lagi bertaraf kontrak disebabkan mereka perlu juga bersaing dalam pemilihan KPLI yang akhirnya menyebabkan nama mereka tercicir. Ada di kalangan mereka berkhidmat sebagai GSTT melebihi tiga tahun yang dihantar ke sana ke mari bersesuaian dengan kekosongan guru di sekolah. Tempoh dua tahun bagi GSTT yang bertugas sudah layak menunjukkan komitmen mereka yang bersungguh-sungguh meminati bidang perguruan.

Berilah ruang kepada mereka jika terbukti mereka layak. Ini mengurangkan risiko Bahagian Pendidikan Guru mengambil calon yang hanya pandai berlakon selama beberapa minit semasa sesi temuduga namun lain halnya bila sudah berkhidmat. Jad selepas ini lebih mudah orang kementerian tutup mulut jika mahu mencari calon guru yang sesuai. Daripada mendengar tong kosong menghina saluran itu dan ini yang katanya tidak berkesan menghasilkan bakal guru yang cemerlang.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  19/07/09  at  01:29 AM

Askm, umi setuju dengan pendapat en. fazdli. Umi sdiri ada pengalaman mengajar 2 tahun, pernah 3 kali apply kpli n dpli tapi tak ada luck. Sekarang masih gstt. Semangat untuk mengajar tetap berkobar namun tak ada rezki jd guru tetap. Setakat hari ini umi tak dengar lagi khabar tentang penyerapan gstt. Seandainya KPM akan buat penyerapan alangkah bagusnya. Harap2 akan ada penyerapan gstt.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  19/07/09  at  01:42 AM

Askm, umi setuju dengan pendapat en. fadzli. Umi sdiri telah 2 tahun mengajar di Shah Alam. Sekarang pun masih mengajar di sebuah sekolah menengah di Shah Alam. Umi juga telah apply 3 kali kpli n dpli tapi masih tak ada luck. Umi berharap KPM akan buat penyerapan gstt tapi sampai kini masih tiada khabar.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  23/07/09  at  07:13 PM

secara peribadi, saya melihat GSTT, KPLI dan DPLI ada pro dan kontranya.

saya setuju jika dikatakan sebilangan graduan KPLI dan DPLI menjadikan platform itu sbg jalan pintas untuk menjamin kerjaya mereka di dlm perkhidmatan awam, yakni sbg guru. namun tidak dinafikan ada juga di kalangan mereka yg benar2 berminat menjadi tenaga pengajar, tetapi gagal memperoleh peluang itu ketika belajar di universiti.

ye lah, sistem pendidikan kita berorientasikan exam. Kita sebenarnya bukan memilih, tetapi “terpilih”. maka bila jurusan yg diminati gagal diperoleh, timbullah istilah kurang sedap seperti “dilelong” dan sebagainya. jadi bagi mereka yg benar2 berjiwa pendidik, diri mereka dlm dilema. kalau pohon jadi cikgu, dilabel sbg tiada haluan, kalau tak pohon, cita-cita murni tak tercapai.

baiknya KPLI dan DPLI ini, sekurang2nya mereka digelar graduan pendidikan bertauliah. bukan berniat menyindir golongan GSTT atau mereka yg tidak berpelajaran tinggi, tetapi sekurang2nya di sekolah wujud keseimbangan intelektual di antara tenaga pengajar, krna graduan KPLI dan DPLI itu sendiri tidak dipilih secara semberono.

bagi GSTT, menjadi guru sandaran atau guru ganti bukanlah semudah yg disangka. cabarannya besar, apatah lagi jika ditugaskan untuk mengganti guru yang jauh lebih baik drp yg kita sangkakan. tanpa persiapan mental, kita mungkin dibebani tekanan. golongan GSTT juga perlu menjalani kursus intensif untuk memantapkan lagi diri mereka sebagai seorang pendidik.

untuk melihat GSTT diserap menjadi guru tetap pd masa ini amatlah mustahil. apatah lagi ketika lambakan graduan pendidikan yg masih belum bergelar guru. namun di saat mereka mengejar peluang KPLI dan DPLI, GSTT sebenarnya lebih berpeluang menjadi guru dlm tempoh yg singkat, tanpa melalui proses yang “rumit dan melecehkan”. =)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  26/07/09  at  11:17 AM

=p

Cikgu Eaizan  on  29/07/09  at  04:28 AM

Beberapa tahun lepas, ada program KDP dijalankan bagi guru-guru GSTT ini. Salah seorang yang terlibat ialah rakan setugas saya ketika itu. Sekarang dah menjadi guru tetap pun. hairan juga….kenapa tidak diteruskan (KDP) tersebut?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/08/09  at  03:30 PM

salam..begitu jgk dengan saya..kadang2 kami sebagai seorang gstt tidak dinilai oleh pihak ppd atau kementerian utk memasuki bidang perguruan ini..alangkah baiknya gstt seperti kami diserapka..buka ke mudah…malah gst atau guru sandaran terlatih terus dibahagikan poting kepada mereka..kami gstt diambil kira keprluan masuk ke maktab-maktab ke?tak boleh ke begitu? mengapa kami dipinggirkan..kadan2 tak phm dengan org kementerian nie…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/08/09  at  08:52 PM

assalamualaikum,,saya faiz,,guru gstt,,pada masa sekarang,,bilangan guru lelaki sangat kecil bilangannya…bagaimana kementerian pelajaran nak atasi masalah ini,,kalau masih mementingkan pengambilan guru wanita… harap pihak kementerian bertindak profesional supaya masalah di sekolah dapat dikurangkan…sekarang kita semua dapat lihat,,kementerian pelajaran tidak profesional dalam membuat keputusan,,thanks,,,,

biha  on  22/08/09  at  12:05 AM

saya jadi gstt nak masuk 2 tahun dah. pernah mohon kpli sebanyak 6 kali sejak keluar konvo tahun 2004. Tapi sekalipun tak pernah panggil interview. mungkin belum rezeki lagi.

biha  on  22/08/09  at  12:32 AM

Sekarang semua ingin menjadi guru…dikatakan bidang perguruan meyediakan peluang/kekosongan yg byk…ditambah dgn graduan yg dikeluarkan oleh IPTA & IPTS saban tahun, cabaran mencari kerja semakin mencabar. Saya kini gstt di sebuah sekolah menengah harian. Ya, bidang perguruan sgt mencabar, menuntut komitmen yg tinggi. Jika minat ya satu bonus. Menjadi guru bila ke mana-mana pelajar tetap ingat kita…disayangi pelajar-pelajar menyebabkan kerja yg bertimbun, kepala yg pening menjadikan minda kita damai seketika..alhamdulillah, setakat ini pihak sekolah masih memerlukan khidmat kami gstt lagi. bidang ini serasi dgn jiwa saya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/09/09  at  11:13 AM

salam..
setuju dengan komen fadzli dan Umi..saya pun guru gstt..masih tercari-cari peluang untuk memasuki bidang perguruan yang berstatus tetap…harapan saya pun agar guru-guru gstt akan diserapkan ke tetap..kami sanggup memasuki maktab atau dihantar untuk kursus..harap program kdc akan dibuka semula..sekian terima kasih..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/10/09  at  09:35 AM

Saya bersetuju dengan fazli… saya merupakan guru gstt… pihak sekolah di tempat sy mengajar telah pun memberi kursus seperti LDP dan kursus - kursus lain untuk memantapkan kami sebagai guru… jadi sepatutnya guru gstt sepatutnya diserap tetap…dan saya mendapat tahu dari sumber jabatan pelajaran… seramai lebih kurang 300 orang graduan KPLI telah keluar dan berhenti untuk menjadi guru dan telah memilih jawatan lain..peluang tersebut sepatutnya diberi kepada gstt yg telah pun ada pengalaman mengajar dan berminat kerjaya perguruan ini….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/10/09  at  10:31 AM

sepertimana gstt yang lain,saya pun mengharapkan gstt diserap masuk menjadi guru tetap sama ada melalui KDC atau kursus-kursus lain..saya adalah salah seorang graduan yang sudah lama keluar dari universiti, saya pernah menjadi guru sandaran tidak terlatih selama 5 bulan dan sekarang guru siswazah kontrak selama 6 bulan…saya mengharapkan kementerian pelajaran mengambil mereka yang berpengalaman ke bidang yang profesional.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  24/10/09  at  12:50 PM

Sepertimana gstt yang lain, saya juga berharap agar KPM mendengar luahan dan memahami hasrat seseorang yang memilih gstt sebagai kerjayanya.walaupun tahu gstt hanya bertaraf KONTRAK tetapi masih sanggup mengambil risiko menerimanya.Ini membuktikan kami benar - benar meminati profesyen perguruan.Moga KPM mengutamakan kami ke kpli atau dpli.Adalah lebih baik KPM menyerap gstt ke tetap melalui KDP atau KDC.Moga impian murni kita untuk menjadi guru tetap akan tercapai.AMINNN

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  24/10/09  at  01:03 PM

sepertimana gstt yang lain, saya juga berharap agar KPM memberi peluang kepada kami menjadi guru tetap. untuk pengetahuan semua, saya pernah ke BPG Putrajaya dan bertanyakan mengenai KDC atau KDP untuk gstt.alangkah kecewanya rasa apabila dimaklumkan pihak BPG bahawa mereka tidak menawarkan KDC atau KDP kepada gstt sek. men tetapi hanya untuk gstt sek ren sahaja. Mengapa ini perlu berlaku dan apa bezanya gstt sek ren dan sek men?kami juga dipilih oleh BPG JPN seperti gstt yang lain juga serta bertaraf kontrak dan menandatangani kontrak selama 1 tahun. HARAP KPM MENGUTAMAKAN GSTT KE KPLI, DPLI ATAU SERAP KE JAWATAN GURU TETAP MELALUI KDC ATAU KDP.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  28/10/09  at  07:55 PM

salam…saya juga seorang guru gstt.sudah 2 thn berkhidmat di smk.saya bersetuju dengan pendapat diatas..selama 2 thn menjadi gstt saya telah memegang kelas n dan membuat kerja seperti cikgu tetap yang lain…semua ini merupakan pengalaman yang bermakna…tetapi yang sedihnya tiada khabar berita GSTT akan diserap…berkali2 minta KPLI tetapi masih belum diteriam untuk menjadi guru tetap.Saya sendiri pernah bertanya dengan kakitangan jabtn tentang KDC tetpi hanya dibuka kepada sek ren tamil dan bahasa cina sahaja.tidak dibuka kepada sek men…Saya berasa sangat seronok jika mendengar pengkhabaran bahawa GSTT akan diserap…sebenarnya saya ada mendengar berita ini tetapi tidak mendapat kepastian dan pernah bertanya kepada pihak jabatan dan pihak jabatan memberitahu kita perlu menunggu hitam dan putih daripada kementerian…sama2 la kita berdoa….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  29/10/09  at  02:03 PM

Saya elfie.saya juga seorang GSTT di sekolah rendah cina di Pulau Pinang. Gaji saya pula tidaklah seperti gaji guru sekolah menengah..walaupun setahun bergaji kecil, saya tak hiraukan semua tu… Marilah kita sama-sama berdoa agar dipermudahkan rezeki kepada kita untuk diserap menjadi guru tetap menerusi KDC atau KDP….Hanya Allah Maha Pemurah dan Maha Mengetahui…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  30/10/09  at  10:12 PM

assalammualaikum….sy sgt bersetuju gn pendapat di atas….mmg betul pun apa yg dikatakan…sepatutnya KPM sudah memikirkan gstt yg berkelayakan dan berkhidmat 2 tahun yg menjalankan segala tugas guru yg sebenar…tak kira la membuat soalan peperiksaan, pentaksir kerja khusus, guru kelas atau ape sahaja bidang tugas diserap melalui kdc atau lain2 saluran. bukan semua guru boleh menjalankan tugas gn baik…bermacam2 masalah sering kali menjadi isu bangkitan di sekolah saya dilakukan oleh guru baru posting seperti tidak masuk kelas P&P, tidak menjalankan amali, tidak masuk relief..tetapi saya tabik pengetua saya..kerana tidak pernah memberikan komen negatif terhadap gstt..malah selalu memuji kami bahawa kami tak perlu diajar…sudah tau buat kerja…malah ramai guru2 senior menyatakan rasa segan mereka kerana keupayaan kami tidak pernah menolak kerja kerana kami bukan seorang yg terlatih dalam bidang pendidikan..malah menganjurkan kami supaya meneruskan perkhidmatan kami di sekolah ini…rasa sayang dalam bidang pendidikan makin lama semakin dalam..dan terasa sedih akan menjelma apabila tiba akhir tahun seperti sekarang…tidak tau bagaimana nasib kami tahun hadapan…samada diteruskan berkhidmat tau tidak…terasa sayang kepada anak2 bangsa yg semakin hari semakin rapat dgn kita…berharap sangat KPM mengunakan kuasa yg ada utk memikirkan nasib gstt dan bertindak supaya gstt yg berkebolehan diserap…saya tak pernah amik mc, ditambah tidak layak mendapatkan cuti seperti guru tetap..selama berkhidmat saya belum pernah mengambil mc…kerana dek sayangkan alam pendidikan…saya dah 2 tahun berkhidmat dn ada juga memohon kpli dan dpli….tapi tak der luck lagi…belum rezeki..ditambah pula…kpli akan dimansuhkan….dan sesiapa nak mohon pendidikan….dah takder elaun..sumenyer ptptn….belajar 5 tahun….itu yg diberitahu masa latihan dalam perkhidmatan di sekolah saya…menambah beban pinjaman yg sedia ada…dari diploma hingga ijazah yg sedia ada…tak cukup lagikah pengalaman yg ada…sebagai guru…..kami jg diwajibkan hadir tuk sesi LDP di sekolah walaupun….dalam borang LDP tu hanya bil guru tetap saja di masukkan….takperla..at least…tu adalah sebilangan kursus yg penting tuk memantapkan lagi ilmu pendidikan dlm diri kami….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/11/09  at  08:45 PM

salam alaik, wah.. macam2 isu hangat tentang gstt, kpli, dpli n mcm2 lg ye. sahabat2 semua, perlu diingatkan, pengambilan guru yang rasmi hanyalah mereka yang meneruskan pengajian perguruan di maktab-maktab secara sepenuh mase sahaja. yang lain2 macam gstt, kpli, dpli ismp n mcm2 lag 2 hanyalah program sementara sahaja. maknanya, program tersebut hanya diadakan mengikut keperluan sahaja, bile guru kurang maka timbullah mcam2 program pengambilan, bila dah cukup maka program tersebut akan ditutup dengan serta merta. oleh itu, nasihat saya, para gstt ataupun guru ganti anda perlu peka dengan sebarang pengumuman2 penting tentang pengambilan guru yang adhock 2 kerana itulah peluang anda untuk menjadi guru tetap. jangan berasa selesa dengan status gstt. akan tetapi, bile dah dapat peluang untuk kpli, dpli atau ismp janganlah pula menolaknya kerana hanya 30% sahaja diantara anda akan mendapat opsyen yang anda pilih. selebihnya ikut keperluan. ambik sahaja, jangan fikir2 lagi. itulah masalahnya, bila dah ada peluang xnak ambik. bila xda peluang… susah nak kata. kesimpulannya, bersyukurlah dengan kerjaya yang anda miliki, laksanakanlah tanggungjawab anda sebagai seorang guru yang berstatus profesional. ramai lagi sahabat2 kita di luar sana masih tercari2 pekerjaan. kita yang dah ada pekerjaan ni kenalah betul2 komitmen dengan pekerjaan kita. ikhlaskan hati, tambahkan budi dan tingkatkan prestasi. mudah2an dengan bantuan kalian semua kita dapat membina anak bangsa yang mempunyai jatidiri dan nilai murni yang tinggi. amin..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  24/11/09  at  02:00 PM

Saya juga sudah 2 tahun mengajar. Harap-harap KPM mendengar suara kita…Di sekolah bidang tugas kita sama dengan guru tetap tiada bezanya. GSTT sekurang-kurangnya dah ada pengalaman ada juga yang dah sampai 5 enam tahun mengajar… Saya memohon KPLI bermula tahun 2005 sehingga 2009. Pernah mendapat panggilan interview tapi pada masa yang sama saya mengandung. Permohonan terpaksa ditangguh..sama2 kita doakan cikgu GSTT atau cikgu kontrak diserap sebagai guru tetap. Saya betul2 berminat dalam bidang perguruan. Setiap akhir tahun kami terpaksa memikirkan apakah nasib kami pada tahun-tahun akan datang.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  25/11/09  at  10:49 AM

nasib guru gstt perlu diperjuangkan…pihak kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk guru gstt yang telah membantu dan berkhidmat untuk kerajaan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/12/09  at  11:53 PM

kepada semua gstt!

Saya merupakan gstt berkhidmat sudah hampir setahun. Bagi mereka yang tidak pernah bergelar gstt, mereka tidak faham apa perasaan kami semua. Tugas gstt sama sahaja dengan guru biasa. Kami juga mempunyai ijazah, dan ditemuduga sebelum menjadi gstt. Beza kami cuma satu iatu KONTRAK, dan kami ibarat bola ping-pong, ditendang ke hulu ke hilir.

Pada pandangan saya, sudah tiba kerajaan memberi laluan kepada GSTT ini. Jika dilihat, KPLI dan DPLI masih dibuka, saya sendiri tak faham, mengapa kerajaan tidak mengutamakan GSTT? Jika begitu, kami terpaksa bersaing dengan mereka yang bukan terlibat dlm bidang perguruan (yang tak pernah mengajar pun).

Saya juga tak nafikan, GSTT juga dianggap seperti anak tiri di sekolah.  Ada gstt, maka guru tetap (bukan semua) lepas tangan dan serahkan tugas kepada kami. Alasan mereka, ini tugas cikgu! Itu belum lagi yang disindir, atau mengata kami dari belakang.

Uniknya GSTT, ada antara kami mempunyai nilai tambah yang cukup hebat. Ini kerana kami mempunyai ijazah bukan dalam bidang pendidikan. Contohnya macam saya, berkelayakan dalam bidang kejuruteraan, sering terlibat dalam pengendalian kertas kerja teknikal di sekolah, dan kawan saya (GSTT juga) mempunyai ijazah dalam multimedia terlibat dalam pengendalian laman web sekolah.

Nilai-nilai tambah ini menjadi kami unik. Kami tidak merungut, sebaliknya melakukan kerja sebaik mungkin.


Saya mohon kepada pihak kementerian mempertimbangkan supaya ada satu mekanisme khas bagi menyerap tenaga kerja GSTT sebagai jawatan tetap. Rasionalnya ialah:-

1. GSTT telah berpengalaman macam guru terlatih di sekolah.
    -Ada antara kami pernah berkhidmat lebih dari setahun. Malah ada antara kami berkhidmat sudah lebih dari 5 tahun.

2. Mereka juga ada ijazah.
  - Untuk dilantik sebagai GSTT, mereka dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah sarjana muda. Ada antara kami yang mempunyai Master. Tak kurang juga mempunyai Ijazah dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, sains, komputer dan sebagainya.

3. Mereka memang berminat.
-Sudah semestinya, GSTT amat berminat dalam bidang perguruan.

4. Mereka telah melalui proses temuduga sebelum dilantik ke GSTT.
-Seperti jawatan guru tetap, kami akan melalui proses temuduga sebelum dilantik sebagai GSTT.


5. Mereka telah teruji di lapangan/sekolah.
-Kami telah diuji dengan pelbagai jenis karenah murid, ibubapa dan sebagainya.

Berdasarkan rasional diatas, adalah wajar kementerian memikirkan satu kaedah terbaik supaya GSTT ini diberikan masa depan yang lebih cemerlang.

Antaranya:-
1. Mengekalkan jawatan kontrak selama 3 -5 tahun. Setelah itu, boleh diserap sebagai guru tetap.
2. Membuka KPLI dan DPLI hanya kepada GSTT sahaja.
3. Memberi peluang kepada GSTT untuk membuat kursus dalam cuti (KDC) atau Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS).

Ayuh semua gstt kita bangkit, bersuara dan menyuarakan hak kita, insyallah, Allah itu maha adil dan mengetahui apa yang kita hasratkan.

salam…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/12/09  at  12:53 AM

salam..hye..saya pernah btugas sbg guru kgsk di dua buah sekolah…dan telah memohon gstt…semalam saya dapat surat tawaran temuduga gstt sabk kpm…boleh x saya nak mintak tips contoh2 soalan dan jawapan nya..jika ada yg sudi bantu..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/12/09  at  07:00 PM

salam sy dean..sy bersetuju ngan fadzli…sy memang meminati menjadi seorang pendidik sejak dr zmn sklh..tp kesilapan sy memilih kos di Universiti yg lalu disbbkan kurang pengetahuan dan bantuan dr pihak berpengalaman sy masih gagal bergelar pendidik..tapi saya tidak putus asa dan masih mencari ruang dan peluang untuk bergelar pendidik,Jd sejak 2005 sy memohon kpli, tapi memang belum ada rezeki…sehingga kini cuma bergelar guru gstt..kami selaku gstt memang mengharapkan agar ada peluang untuk kami bergelar pendidik…komen yang diberi oleh rakan sejawatan memng saya sokong..hujung tahun menjelang lagi, menjadi titik noktah atau koma pada kami…bagaimanakah nasib kami…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/01/10  at  01:15 AM

Assalamualaikum.. masuk tahun 2010 ni genab 3 tahun saya menjadi seorang Gstt walau pada hakikatnya saya boleh menjadi gsst. DI mana silapnya? saya adalah salah seorang graduan IPTS yang ditawarkan bidang pendidikan. Sejurus tamat ijazah, saya menghantar permohonan ke KPM untuk dipanggil temuduga tapi tiada sebarang maklumbalas dari mereka. kemudian saya sendiri ke Putrajaya untuk menghantar borang secara by-hand pada Ogos 2008 dan masih tiada sebarang jawapan. tahun 2009 saya mengisi secara online (2008) belum ada nama Universiti saya dalam sistem tersebut) dan akhirnya penantian saya berakhir apabila dipanggil untuk temuduga pada Ogos 2009. temuduga berjalan lancar tanpa masalah. Namun rezeki saya untuk bergelar guru tetap masih belum ada apabila nama saya tiada dalam penempatan. Apabila dihubungi KPM memaklumkan bahawa calon IPTS tidak boleh menyemak secara online. Keputusan hanya boleh diketahui secara bersurat dan sekiranya tidak menerima apa2 berita dalam masa 6 bulan, saya perlu memohon semula.  Rasa sangat kecewa kerana status IPT juga menjadi penghalang. Tetapi saya tetap bersyukur kerana ada jawatan Gstt. Walaupun kontrak, saya tetap ada kerjaya dalam bidang yang saya minati.

Mengenai Gstt, saya setuju sekiranya diberi kelebihan dan keutamaan dalam temuduga KPLI dan DPLI. Melalui pengalaman saya, sesetengah guru KPLI/DPLI yang saya temui hanya memilih kerjaya guru kerana gagal mendapat kerja lain. Guru dijadikan pilihan terakhir. walhal menjadi guru bukannya senang. tanpa minat, lesson akan menjadi hambar, pelajar bosan dan akhirnya P&P menjadi tidak berkesan. Guru GSTT setidaknya memiliki minat dan kemahiran ( mempunyai ijazah dalam bidang masing2). Diharap tahun 2010 memberi sinar baru untuk kita semua. Assalamualaikum.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/01/10  at  07:11 PM

saya setuju bahawa gstt seharusnya diberi peluang untuk diserap masuk ke jawatan tetap. Jika dibandingkan antara gstt dengan kpli dan dpli, mereka belajar menjadi seorang guru melalui pengalaman. Di ketika guru KPLI dan DPLI harus menjalani kursus, mempelajari teori pedagogi dan macam-macam, gstt mempelajarinya melalui pengalaman dan berhadapan dengan situasi sebenar setiap hari.
Jika guru-guru kpli dan dpli memperolehi cabaran sebagai guru di ulu pedalaman dan pulau selepas habis tempoh kursus, gstt pula menghadapinya setiap hari, seperti hampir maut di sungai sewaktu masuk ke sekolah pedalaman, berjalan kaki selama lebih 6 jam dan dimakan pacat di hutan ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Bagi saya pihak kementerian wajar memberikan peluang kepada gstt yang ada, termasuk memberi peluang kepada gstt tahun 2008 yang tamat pada disember 2008, kerana saya percaya bahawa pengalaman yang mereka ada tidak harus disia-siakan.

Page 1 of 2 pages  1 2 >

Komen

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: