Jika diamati GSTT dilantik sebagai perjawatan kontrak. Jika guru ganti ia bukan GSTT. Guru Sandaran Tidak Terlatih mempunyai surat tawaran rasmi daripada JPN yang juga mengkehendaki tuan-tuan perlu menjalani proses medical check-up dan prosedur memasuki perjawatan kerajaan yang lain. Jadi, jika sudah menjadi GSTT tuan-tuan semua adalah kakitangan awam namun mempunyai kontrak. Jadi segala tindak-tanduk perlu berlunaskan undang-undang kakitangan awam.
Namun kelebihan seperti pinjaman atau lain-lain tidak dapat dinikmati seperti kakitangan awam kecuali elaun yang selayaknya dengan kelulusan saudara apabila berkhidmat sebagai GSTT. Untuk diserapkan ke perkhidmatan tetap, itu tidak dijamin. Namun kontrak dapat disambung berdasarkan keperluan.
Assalamualaikum…baru2 ini saya telah mendapat panggilan temuduga gstt sabk kpm,di sini saya ada beberapa kemusykilan :
1.sekiranya gstt sabk ini ditawarkan KDC,adakah gstt yang hamil dalam tempoh KDC tersebut akan ditamatkan kontrak serta merta atau pengajiannya ditangguhkan?
2.adakah gstt sabk layak memohon cuti bersalin? ..dan adakah mereka dibayar gaji untuk tempoh 60 hari tersebut?
Assalamualaikum Nurnaemah.
Sebagai orang yang berkhidmat di SABK izinkan saya menjawab pertanyaan saudari.
1. Jika seorang GSTT hamil ketika masih dalam tempoh perkhidmatan, GSTT tersebut tidak akan ditamatkan kontrak. Tidak seperti j-QAF. Cuma mungkin akan memberi sedikit masala ketika KDC. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada peraturan BPG yang terbaru. Sebagai contoh, pada tahun 2007. Jika GSTT tersebut didapati hamil sebelum berkursus di IPGM yang ditetapkan, guru tersebut dikehendaki menolak tawaran KDC dan terpaksa menunggu tawaran IPGM untuk tahun berikutnya. Pada tahun 2008 pula, peraturan itu telah dilonggarkan. Mana-mana GSTT yang didapati hamil sebelum mengikuti KDC, GSTT tersebut masih boleh menerima tawaran KDC asalkan tidak mengganggu pelajaran. Contohnya, tarikh kelahiran tidak jatuh pada waktu berkursus atau waktu praktikum. Walau bagaimanapun, saya kira peraturan itu masih longgar. Kerana didapati ada GSTT yang hamil dalam tempog KDC masih diberi keringanan ketika BIG. Ada juga yang bersalin ketika induksi tetapi masih diberi peluang untuk mengambil peperiksaan agar dapat berkonvokesyen bersama-sama rakan-rakan yang lain.
2. GSTT TIDAK layak memohon cuti bersalin. Biasanya GSTT akan mengambil cuti bersalin dalam lingkungan 30 hari. Dan gaji yang diterima semasa cuti tersbut terpaksa dipulangkan semula. Walau bagaimanapun sehingga kini masih belum ada kes guru yang memulangkan wang tersebut. Sama ada pihak BPI terlepas pandang atau buat-buat tak tahu itu tidak berada dalam pengetahuan saya. Tambah malang lagi jika guru tersebut bersalin ketika praktikum. Ada kes guru yang cuti hanya seminggu kemudian kembali semula ke sekolah untuk mengikuti praktikum. Apa pon, bergantung kepada pensyarah pembimbing. Sebenarnya boleh sahaja jika pensyarah tersebut mahu berkompromi dengan pelajar.
Harap soalan saudari telah terjawab. Terima kasih.
assalamualaikum…saya ingin tanya,apakah beza antara gstt SABK dengan gstt sekolah biasa?
gstt yang mana satukah dapat mengikuti KDC?
Saya telah selesai temuduga GSTT SABK pada 15 Disember 2009 yg lalu. Tahu tak bila keputusan akan keluar dan ada tak cara nak hubungi bg bertanya keputusan temuduga tersebut?
1. Salam,boeh saya tahu bila keputusan temuduga GSTT SABK akan dikeluarkan?saya temuduga pada 24/12/09
2. Pada kebiasaannya, pada bulan berapa KDC diadakan?
1) Biasanya surat tawaran akan dihantar sekitar bulan 2 atau 3 dan penempatan kebiasaannya akan dilakukan pada bulan 4. Cuma pada tahun 2008 penempatan dibuat pada bulan 6.
2) Kalau rasa xsabar nak tahu keputusan, boleh terus hubungi Bahagian Sumber Manusia KPM.
3) KDC biasanya dijalankan pada cuti sekolah hujung tahun.
4) Perbezaan GSTT sekolah biasa dan SABK. Saya tak berapa arif dalam bidang tu. Tapi kalau diikutkan GSTT hanya kepada guru ganti sahaja. Sebagai contoh guru yang menggantikan guru bersalin selama 2 bulan itu dinamakan GSTT. Bila diwujudkan j-Qaf dan SABK GSTT telah dinaiktarafkan. KPLI SABK atau KPLI j-Qaf juga dikenali sebagai GSTT. Sebab tu terdapat kekeliruan dalam pembayaran gaji. Walaupun seseorang telah mencapai tangga gaji P1T7 untuk GSTT, tetapi bila dia telah memegang taraf GST tangga gajinya diturunkan semula kepada P1T5. Bermakna gajinya terpaksa diturunkan.
Walaubagaimanapun Selamat Berjaya dan Selamat Menyertai Keluarga SABK.
Terima kasih kepada En Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee di atas penerangan saudara itu..sekarang baru la saya faham tentang gstt sabk dan KDC ni..
Saya ingin tanya serba sedikit tips untuk menghadiri temuduga GSTT. ada sesiapa yang sudi untuk membantu?
Sudah ada post tips2 temuduga sebelum ini. Sila semak artikel terkini di muka hadapan di sebelah ruangan Sembang Bilik Guru. Semoga berjaya. Terima Kasih.
Saya ada temuduga GSTT pada hari Khamis ni 28/1… Dengarnya yang nak amik sedikit sahaja berbanding yg apply hampir seribu orang…. Benar2 banyak persaingan ... Mudahan berjaya kali ni…
I have a fear for doctors and the idea that someone need to stick something up between my legs just for check up is really.scary to me. Does anyone know if it’s one of the requirement included in the medical checkup?Bridges To Recovery
salam..saya telah berjaya dlm temu duga gstt sabk beberapa bulan yang lepas.. tetapi semua yang ditemuduga boleh dikatakan berjaya tetapi menjadi calon simpanan mengikut kekosongan…sehingga december 201… tapi sampai bila harus menunggu dan bagaimana untuk mengetahui kekosongan yang ada dan diperlukan
Assalamualaikum tuan,
Saya sangat teruja apabila bercerita tentang GSTT. Tambahan pula, bila pihak kerajaan memperkenalkan KPLI j-QAF dan KPLI SABK beberapa tahun yang lalu. Setiap guru yang terpilih, diserap sebagai GSTT dengan gred DC41. Kemudian diberi kemudahan dengan ditaja untuk melanjutkan pelajaran ke IPGM mengikut pengkhususan masing-masing. Bergantung. Jika KPLI mungkin memakan masa 1 1/2 tahun dan jika KDPM memakan masa 3 tahun untuk menggenggam segulung diploma perguruan.
Sepanjang KDC guru tersebut memegang title GSTT sehinggalah berjaya di IPGM dan mendapat surat tawaran GST.
Sepanjang memegang title GSTT guru tersebut juga menerima kenaikan tahunan seperti kakitangan awam yang lain. Bermula dengan tangga gaji P1T5 untuk gred DC, seseorang guru akan mencapai sehingga P1T7 untuk gred DC selepas dia tamat di IPGM.
Malangnya, apabila menerima surat tawaran GST, tangga gaji yang ditawarkan turun semula kepada P1T5. Ini bermakna, guru tersebut terpaksa memulangkan semula kenaikan gaji yang telah diterima sebelum ini. Begitulah menurut pihak BPI.
Bagi saya, ini satu yang tidak adil. Sudahlah diturun gaji, kemudian terpaksa bayar semula gaji yang telah diterima. Malah jika dibuat pelarasan sekalipon, ia akan mengikut gaji yang terhampir.
Masalah ni melibatkan semua guru SABK dan mungkin j-Qaf juga. Inilah nasib kami.