Komen ramai rakan-rakan pendidik di bahagian Shoutmix yang mempertikaikan pengambilan GSTT atau Guru Sandaran Tidak Terlatih. kami juga banyak mendengar rungutan beberapa pelajar IPTA pendidikan yang hak mereka untuk posting awal berkemungkinan dinafikan dengan pengambilan GSTT. Sama ada kebetulan ataupun tidak, keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan ramai graduan diberi peluang menjadi GSTT seperti mana pengambilan 1000 guru kontrak awal tahun ini.
Sungguh pun persoalan ini adalah berbalik kepada rezeki namun implikasinya tetap ada. Sekiranya dakwaan atau statistik guru yang kurang menckupi menajdi sandaran yang tindakan mengambil GSTT adalah wajar. Tetapi timbul persoalan mengapa wujud pelajar IPTA bidang pendidikan tidak mendapat sekolah selepas sahaja graduasi.
Pada masa yang sama, GSTT diambil kerana masalah kekurangan guru. Adakah status GSTT ini menganggu kedudukan pelajar IPTA untuk posting. Ada yang menganggap pelajar IPTA dianaktirikan kerana berlainan kementerian yang mengeluarkannya. Walaupun ada rundingan dan koordinasi semenjak tahun lalu di antara dua kementerian pelajaran dan pendidikan tinggi tetapi masih belum ada penyelesaian yang efektif berhubung isu ini.Bagaimana pemetaan sumber manusia dilakukan sehingga ada yang terlepas pandang kedudukan pelajar IPTA bidang pendidikan tidak mendapat tempat di sekolah lebih awal. Seharusnya, sebelum graduasi lagi mereka ini diberi sekolah yang ditetapkan berbanding mendaftarkan diri di web Kementerian Pelajaran serta perlu menunggu giliran untuk dipostingkan.
terima kasih atas pandangan en fadzli. Saya merupakan guru sandaran tidak terlatih di sebuah sekolah luar bandar di daerah maran pahang dan telah berkhidmat selama 1 tahun lebih semenjak tahun 2008. sehingga kini telah bertukar sekolah sebanyak 2 kali mengikut kekosongan guru. berkenaan keluhan pelajar-pelajar IPTA yang mengambil jurusan pendidikan yang dikatakan tidak berjaya ditempatkan di sekolah-sekolah. Bakal-bakal graduan ini tidak perlu risau dengan guru-guru sandaran tidak terlatih. ini kerana jika terdapat guru-guru posting, pihak kami yang menjadi GSTT akan ditamatkan kontrak terlebih dahulu. Jika terdapat kekosongan di sekolah lain barulah kami ditempatkan semula di sekolah tersebut. Itu terpulang kepada kekosongan guru. Walau pun kami kadang-kadang dianaktiri baik di kalangan guru mahupun kakitangan pentadbiran sekolah, tetapi kami rasa bersyukur dapat mengajar anak bangsa menjadi pelajar yang berguna. Terlalu besar cabaran mengajar anak bangsa sekarang.
berkenaan dgn bakal guru lepasan ipta atau gst, mereka yang yang masih belum posting ini bukan di sebabkan oleh gstt sebaliknya kegagalan mereka ketika menghadiri temuduga gst di setiap negeri ataupun mereka tidak memohon gst.ada yang mengharapkan bakal guru lepasan ipta akan terus mendapat pekerjaan sebagai guru.anda silap kerana kpm perlu juga membuat tapisan bagi mengelakan pengambilan guru yang tidak layak.seperti kes di kelantan tahun lalu dimana ada cikgu yang terlibat dengan perilaku pondan.walaupun ianya kes minoriti, kpm perlu mengambil iktibar dari kes ini.sekian..
betul la ape yg korang utarakan….tak sume graduasi diploma pendidikan tu akan layak tuk posting…jgn la cakap gstt tu mengganggu hak kalian…..2 tahun berpengalaman di sekolah yg sama….kehadiran gstt ni terlalu byk membantu, meringankan dan melicinkan tugas2 guru tetap terutama di bidang pengkeranian dan pengurusan pentadbiran….tak sume org nak bekerja…tapi sume org nak duit….kami yg gstt tau…betapa perit nak cari keje…tau susah payah mencari keje…so..bila dah dapat gstt ni..ni rezeki paling besar tuk kami…so kami gstt kat sekolah ni..buat keje….tak menolak…kami hargai bidang tugas ni…..mencabar, meyeronokkan ....dapat mengajar anak bangsa….saya sgt suka bidang ini…mcm2 pengalaman dapat sy pelajari sebgai seorang gstt…gn anak2 murid yg semakin mencabar…tak boleh la gstt ni dianaktirikan oleh mana2 pihak terutama kpm..bila nak..ambil gstt..bila taknak..tamatkan kontrak bagitu sahaja…ramai di kalangan gstt ni….lebih bagus dari yg sedia ada…leh buat keje…tu paling penting…
so berharap sgt…KPM meneliti kembali….hak2 GSTT…kami jg penyumbang dalam dunia pendidikan…adakah logik..gstt yg berpengalaman lebih dari setahun…dan praktik di sekolah….di ajar segala mcam di sekolah…bila mohon kpli dan dpli….susah tuk dapat…..sedangkan….pengalaman juga sgt penting dalam dunia pendidikan…di situ kita tau gstt ni dah berulit dalam dunia pendidikan..dah tau asam garam, keje mendidik..pengkeranian…pentadbiran…..dah sayang dunia pendidikan….turut ditapis utk kemasukan kpli dn dpli….disuruh…bersaing dgn graduan2 baru yg tiada pengalaman langsung…paling tidak pun…pengalaman sebagai gstt tu adalah key indicator yg baik tuk memilih seorg pendidik..sayangla..kalau KPM masih tak nampak sume ni….sya berharap sangat KPM mendengar luahan para guru sandaran tak terlatih tapi berpengalaman ni…...tu diserap atau pun membuka peluang tuk kami menjadi seorang guru tetap..bukakanla jalan tuk kami…
setuju dengan lieda. guru gstt banyak membantu guru lain di sekolah.kalau minta kerja di bidang swasta, pengalaman dan kelayakan akademik dilihat. tumpuan lebih kepada pengalaman. tapi kalau mohon kpli @ dpli, pengalaman langsung x di nilai agaknyalah. sebabnya walaupun saya mempunyai pengalaman 2 tahun lebih mengajar sbg guru gstt, ijazah dengan cpa 3.42 spm pangkat 1 tapi x pernah dapat utk kpli @dpli.hampir bputus asa dah nak mohon. tp pelik pula ramai yang baru keluar u, belum pun konvo tp dah boleh masuk kpli dan dpli. bila ditanya biasalah, guna ??xx?...sakit hatinya. saya dahulu berhenti kerja semata-mata nak jd guru. rasa x de peluang untuk dapat kpli @ dpli. hanya mengharap dengan menjadi guru gstt moga2 dipertimbangkan untu kdc.
kepada pelajar ipt yang ambil bidang perguruan, dah cermin ke diri sendiri? layakkah kamu jd guru?atau masuk u pun guna kabel juga?berapa cpa skrg? sikap kamu terhadap kerja mcm mana? adakah kamu seorng yg suka menangguh kerja? suka komen hal org tp kerja sendiri pun ntah apa2.fikirkanlah.walaupun lambat posting tapi anda tetap ada kerja juga nt.
setuju dengan jabat dan semua. menjadi gstt umpama ayam masuk ke rumah. gstt di sekolah biasanya dipandang sinis oleh kebanyakan guru di sekolah. baik dari pentadbir, mahupun guru-guru tetap. pengetua adalah ibarat ibu kepada ramai anak. kalau ada anak kandung, ada la anak angkat, anak tiri, dan anak luar nikah. di sekolah kami bertugas, organisasinya begini, pengetua ibu, guru kaunseling anak kandung, guru disiplin anak angkat, guru biasa anak tiri, manakala gstt anak luar nikah. kasta gstt memang sangat rendah dan mungkin agak sampah sedikit di kacamata mereka. namun, gstt ini la yang sanggup untuk segalanya. menerima tugas yang semua guru memang tidak sanggup lakukan. kami gstt, tidak pernah mengharap apa-apa balasan termasuklah faedah elaun dan sebagainya mahupun kenaikan pangkat ataupun pujian setelah melaksanankan tugas. namun, sekalung ucapan terima kasih pun agak sukar kedengaran khas untuk kami. sekurangnya, berilah jaminan supaya kami dapat menjadi gstt lagi untuk tahun berikutnya. kami gstt, ibarat hamba kepada tuan. “baik puan…...”. kami sering disebut dalam sesi info mingguan dengan perkara negatif, walhal sebenarnya tidak begitu. kami dan guru tetap, mungkin lebih kurang sama sahaja prestasi kerja terutama komitmen, bahkan mungkin lebih komited dengan arahan. namun, antara kaca dan permata, tidak dapat membezakan antara keduanya. kalau buta mata tidak mengapa, namun kalau buta hati itu lah masalahnya. tidak dapat bezakan antara hak dan batil. kami gstt dibebani lagi untuk hujung tahun ini.
“DIMINTA SEMUA GSTT WAJIB BERTUGAS DI SEKOLAH SEPANJANG CUTI HUJUNG TAHUN, SEPANJANG HARI CUTI BULAN DISEMBER DARI PUKUL 8 PAGI HINGGA 5 PETANG KERANA ANDA SEMUA DIBAYAR GAJI SEHINGGA 31 DISEMBER 2009, SEKIAN TERIMA KASIH”
salam..benarlah apa yang dikatakan oleh BAJINGAN,kami guru GSTT lebih komited dengan tugas masing2..lebih2 lagi kontrak kami sehingga 31 Disember 2009..kami pun terpaksa bertugas seperti guru biasa yang dikira tetap..kami yang hampir 2tahun pengalaman sebagai GSTT ini sepatutnya layak untuk dinilai dan diserap oleh kementerian untuk jawatan tetap..yang sepatutnya hak kami..tak sepatutnya dianaktirikan..sedang pelajar yang fresh keluar IPTA/IPG boleh kah melaksanakan tugas seperti kami? Kami minta keadilan bagi kami yang selalu dipandang rendah oleh segelintar manusia…di dalam bidang pendidikan…ini..kami mahu hak kami ...kalau tak kerana nak mendidik anak bangsa sendiri .bukan lah kerana wang semaat tetapi komitmen dan tanggungjawab kepada negara membawa kami..ke alam pendidikan ini apatah lagi profesion perguruan ini..Sayanglah jika kami ini di sia2 kan…dan menamatkan kontrak begitu..harap pihak2 berkenaan mengambil berat kebajikan kami….
salam..
Saya sokong rakan-rakan gstt diatas. Saya juga GSTT, sudah setahun. Saya tak nafikan, konsep anak tiri memang berlaku di sekolah saya.Apa yang kami buat dipandang sebelah mata. Banyak sudah saya lakukan di sekolah, mengajar, mengurus kelas, bawa budak-budak ke lawatan, membuat laman web sekolah, buat kertas kerja…hish..pendek kata, pelbagai benda lah.
Tapi itu semua mereka (pentadbir, guru tetap) tak nampak. Mereka nampak kesalahan kita sahaja. Kalau kita lewat masuk, hurm..abeslah. Kalau kita tak datang meeting, terpaksa MC dan sebagaianya…siaplah, mesti kena sindir. Memang teruk lah….
Nasib gstt ini seperti bola. Kita tak tahu akan ditendang ke arah mana. Buat graduan pendidikan, sedarlah, nasib anda terbela. Anda diberi elaun semasa belajar, keluar dari maktab terus dapat jadi cikgu.
Saya harap adalah pihak dapat membawa suara gstt ini ke peringkat atasan. Bukan apa, pengalaman, ilmu dan syarat kami dah cukup matang untuk jadi cikgu. Ia ibarat seperti buah durian yang cukup masak…sudah sedap untuk dimakan.
terima kasih.
saya pun bakal GSTT yg akan mengajar d sek men agama di johor. bila dengar lauhan dr rakan2 semua saya rasa mencabarnya jd GSTT ni. apa lah plak nasib saya nanti yek? pd pendapat saya KPM perlu beri perhatian T’hadap nasib dan masa depan GSTT ni, mungkin perlu ada cadangan dimana guru Gstt yg telah berkhidmat selama lebih 3 tahun diserap menjadi guru tetap berdasarkan pengalaman yang didapati dan usaha yg telah dicurahkan. kerana pd pendapat saya mereka yg mengambil bidang ini pun perlu menamatkan ijazah mereka selama 3 tahun. mereka belajar secara teorinya sahaja dah ambil masa 3 tahun, praktikalnya pun tak sampai 3 tahun. tp guru2 Gstt ni mempunyai ijazah khusus dlm bidang masing2 mungkin selama 3 atau 4 tahun ditambah pula bila menjadi Gstt dan tambahan lagi telah berkhidmat selama 2 atau 3 tahun..so pada pendapat korang la tak patut ke golongan GSTT sepeti yg saya terangkan td dserap sebagai guru tetap? saya rasa patut dan mungkin berbaloi baloi…: )
beza GSTT dan GST tetap ialah Sejauh mana kalian dua golongan ini bersyukur dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan. Tiada kerisauan…Tiada keluhan…cari jalan penyelesaian itu adalah lebih bagus.
salam…
utk makluman semua..sy adalh salah seorang dr gstt…masuk tahun ni dh 4 tahun sy mengajar tanpa apa2 kelulusan ikhtisas….tp alhamdulillah, berkat pengalaman yg sy dapat tahun demi tahun mungkin sy rasa segala tugas yg sy buat selama ni dh menyerupai guru tetap…malahan mungkin ada guru tetap yg tugasnya tak seberat seperti tugas yg saya jalankan di sekolah (mmg ada situasi ni di sekolah sy)...mmg agak terkilan kalau ada di antara graduan pendidikan yg agak tidak puas hati dengan kami si gstt…tp kami bukannya merampas tempat2 anda…kami cuma membantu….kami dah puas rasa mcm mana seksanya nk cari pekerjaan, mungkin rezeki kami ada di bidang pendidikan, kami cuba untuk beri yg terbaik, untuk kemudahan pihak sekolah juga….mmg btol kenyataan kawan2 gstt kat atas…kami si gstt akan ditamatkan kontrak jika ada kemasukkan guru baru, pertukaran guru, dll…..kami terima seadanya….
sy ada satu kisah nk dikongsikan….ini melalui pemerhatian sy….di sekolah sy skrg ada menerima 3 org guru praktikum dr sebuah u di utara….tp sy tgk semangat mereka utk mengajar langsung tak ada….sy tak tahu sama ada mereka ni sbnrnya betul2 minat dgn bidang perguruan atau tidak…wallahualam….
ramai sangat guru gstt yang komen. takde pun guru dari ipta yang nak komen disini.. biarlah saya orang pertama guru ipta yang akan komen disini.
mengenai guru gstt.. saya atau guru ipta lain x salahkan kamu kerna mengambil sebagai gstt. memang kamu semua menolong sekolah dimana seperti jika ada guru sekolah yang mengandung maka kamu akan diambil menjadi guru gantian di sekolah itu.
bagi pihak cikgu ipta yang tak posting itu adalah mengenai masalah dimana gst ini tidak mendapat tempat di sekolah2 di malaysia ini. pengambilan guru di sekolah juga bukan berdasarkan temuduga sahaja tetapi berdasarkan permintaan disekolah2 yang kekurangan guru. meskipun temuduga lulus tidak semestinya guru ipta ini mendapat tempat di sekolah2 kerana sekolah sendiri yang tidak membuat permintaan guru kepada kpm.
bagi guru gstt pula memang benar kamu sudah ada pengalaman menjadi guru tetapi bagi guru ipta seorang guru ipta mempunyai obsyen masing2. mereka telah dilatih untuk menjadi cikgu dan samalah macam kamu semua. kamu telah memilih bidang yang berlainan dengan bidang cikgu jadi kamu juga harus tahu macam mana rasa agak kecewa bila kita habis belajar kita tidak mendapat perkerjaan yang sama dengan apa yang kita ambil semasa di ipta dulu.
bagi seorang guru ipta.. jikalau mereka tidak mendapat pekerjaan di bidang pendidikan mereka tidak dapat memohon pekerjaan yang bukan di dalam pendidikan walaupun mempunyai kelulusan ijazah. ini kerana kelulusan ijazah pendidikan hanya boleh mengambil pekerjaan dalam profesion pendidikan sahaja.. jadi kelulusan ijazah ini tidak laku jika mengambil pekerjaan selain dari bidang pendidikan.
itulah sebabnya mungkin ramai guru ipta tidak berpuas hati apabila mereka tidak mendapat pekerjaan yang sepatutnya diberikan kepada mereka.
sekarang ini pemilihan bakal cikgu juga memerlukan temuduga untuk dinilai supaya dapat berkhidmat dengan untuk anak bangsa kita juga.
sekian.. kepada gstt.. kami tidak menyalahkan kamu. kalau kamu buat yang terbaik tidak salah sekolah akan mengambil kamu sebagai guru di sekolah berkenaan.
pendapat saya, guru pelatih di IPTA xperlu risau sbb kontrak GSTT akan di tamatkan apabila datang GST dr IPTA @ IPG..ini pengalaman saya sebagai GSTT sendiri..jd jgnlah anggap kehadiran GSTT menggangu posting kalian…jgn lah tergugat dgn GSTT pula..anggaplah kehadiran GSTT sebagai pembantu kalian mengajar anak didik kita drp tiada org mengajar mereka…t.kasih