Buku Terjemahan

Cikgu muda ubah persepsi pelajar malas kepada rajin
Ditulis oleh: Fadzli, 03 July 2009 , Komen : 2

Siapa sangka orang muda juga berbakat dalam perguruan. Semasa menghadiri seminar pendidikan yang diadakan di sebuah IPTA cuti sekolah yang lalu memberikan laluan kepada saya berkenalan dengan seorang kaunselor yang juga di antara pembentang kertas kerja bertajuk ubah persepsi pelajar malas kepada rajin.


Ketika mendaftar, kertas kerja yang diedarkan ada diselitkan kajian beliau yang juga di antara kajian tindakan yang dibuat oleh kaunselor ini. Sungguhpun begitu manusia seperti saya sama seperti insan yang lain hadir seminar hanya apabila diarahkan. Berkata dalam hati saya,

"Alah, kertas kerja ini semua teori, semua orang boleh tulis sekolah mereka berjaya ubah itu dan ini." kata hati saya.

Sehinggalah saya cuba masuk bagi pembentangan rakan kauselor ini dan duduk minum bersamanya semasa seminar berhenti minum pagi. Saya mulakan perbualan dengan ayat biasa,

"Seronok dengar penbentangan cikgu tadi, tidak terasa mengantuk sedikit pun."sapa saya umpama mengampu.

" Betul ke ini? Atau sahaja mengusik saya." kata beliau dengan sedikit curiga

"Betul cikgu, hampir menangis pun ada cikgu. Sebab susah mahu tukar perangai budak-budak ini sekarang." kata saya dengan nada ingin lebih tahu

Semasa berbual, beliau berkongsi pengalaman semasa permulaan bergelar kauselor sekolah. Pembentangan beliau ada menunjukkan wajah-wajah pelajar yang dahulunya dilabelkan malas atau tidak berpotensi kemudian kini ada yang bergelar usahawan muda berjaya walaupun tidak menyambung pengajian ke peringkat universiti. Apabila beliau sampai sahaja ke sekolah, tidak dinafikan semua cikgu dan pentadbir memang mempunyai kerjasama yang baik. Namun begitu, pelajar-pelajar sahaja yang bermasalah sehingga merasakan bersekolah bukan lagi membuatkan mereka pandai namun membuatkan mereka lebih terkongkong.

Bermula saat itulah, beliau mula mengenali seorang demi seorang muridnya yang menyebabkan kaunselor ini bekerja siang dan malam hanya mencari maklumat semua pelajar sekolah itu.

"Hari-hari saya cari maklumat, masuk kampung cari rumah mereka. Berkenalan, memahami budaya dan ibu bapa mereka." jelas beliau

Usaha beliau adalah bermula dari hati. Keyakinan beliau menyebabkan semua tindakan beliau menjadi positif walaupun bekerja seorang diri demi mencari maklumat pelajar-pelajar yang bermasalah. Kata beliau lagi, mereka bukan bermasalah namun hilang punca untuk belajar kerana situasi keluarga yang tidak mengizinkan. Kebanyakan ibu bapa mereka bekerja kilang, buruh dan bekerja sendiri di kampung. Nyata sekali, status ekonomi semua pelajar ini boleh dikatakan sederhana dan miskin.

Selepas mendapatkan maklumat, beliau kerap turun padang bertungkus-lumus membina repoh yang baik dengan ibu bapa terlibat dan komuniti sekitarnya. Sehingga beliau pernah menghabiskan duit simpanannya semata-mata membeli buku-buku rujukan disebabkan kebanyakan pelajarnya kurang meiliki buku-buku berkenaan. Bagi beliau, jika ibu bapa tidak mampu atau tidak mahu beli, biar sahaja beliau yang belikan. Lagipun siapa lagi yang mahu tolong jika buka guru sendiri yang menolong anak muridnya. Budaya itu kemudiannya diikuti oelh guru-guru yang lain sehingga pelajar-pelajar yang bermasalah segan-silu dengan komitmen guru berkenaan.

"Bayangkan, ada yang tidak mahu terima buku yang kami beri sebab ada di antara mereka akan berusaha membeli sendiri." kongsi beliau lagi

Beliau berkata lagi, selepas mendapat reaksi berkenaan, baharu kami guru-guru menerapkan semua jenis motivasi, ulangkaji terancang dan pelbagai program pembangunan rohani sehingga ada di antara mereka berada di kelas tidak bermaya kini mampu berada di universiti. Sungguh pun begitu, ada yang kurang berjaya namun beliau bersama-sama rakan-rakan guru yang lain yakin dengan ilmu Gardner atau kecerdasan pelbagai.

"Bagi kami mudah sahaja, semua pelajar ada potensi. Cuma kami kena kerja keras cungkil potensi mereka. Ternyata ada yang yang berjaya jual sayur selepas SPM sekarang sudah jadi tauke serta ada dua cawangan lagi." jelas beliau lagi.

Borak kami terhenti apabila sesi seminar disambung semula. Semua orang tersentuh ketika di akhir pembentangan beliau yang menunjukkan gambar-gambar imej pelajar sebelum dan selepas berjaya. Dengan gerai sayur yang kehijauan, pelajar yang malas kurang pandai pun berjaya walaupun berstatuskan peniaga sayur. Ingat ada dua cawangan gerai .....

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/07/09  at  12:10 AM

Syukur alhamdulillah, semasa saya di kampung antara orang yang disegani adalah orang yang bergelar CIKGU.

khairul  on  07/07/09  at  10:08 AM

Pelajar hanya memerlukan galakan dan rangsangan sebab terhadap potensi mereka. Kita sepatutnya mendidik mereka mengikut bakat masing-masing. Tidak semestinya ke Universiti. Contohnya Nicole David. Itu sebab bakat mereka ini perlu dirangsang dan diberi galakan walaupun minat mereka dianggap sebagai kurang berfaedah. Contohnya melukis. Walaubagaimanapun, segalanya bergantung kepada guru itu sendiri. Nak berbakti atau sekadar nak dapat gaji???

Page 1 of 1 pages

Komen

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: