Cikgu J-Qaf atau lebih tepat lagi usataz dan ustazah j-qaf dikatakan kurang disenangi pentadbir bagi segelintir sekolah. Serupa dengan nasib semua cikgu KPLI, mereka juga menerima tempias yang sama. Kebanyakan alasan segelintir pentadbir yang kurang berpuas hati dengan prestasi pengajaran j-qaf kerana mereka sudah awal-awal lagi di posting ke sekolah berbanding KPLI. Mereka hanya akan masuk IPGM hanya ketika sekolah bercuti. Kehidupan mereka selama setahun setengah adalah sebegitu.
Kami juga banyak mendapat respon rakan-rakan j-qaf yang mereka tidak disenangi pentadbir kerana membawa imej Islam yang kadangkala disalahtafsir sesetengah pihak. Walaupun mengajar Arab dan Al-quran, imej sebagai ustaz yang selalu mempertikaikan program sekolah yang berentak asing buat mereka dikatakan sebagai punca konflik dengan pentadbir. Keadaan ini mungkin kurang dirasai di sekolah yang berada di luar bandar namun mungkin sedikit berlainan di sekolah-sekolah yang berada di luar bandar.
Kami berasa kadang-kadang perkara ini sengaja dipolemikkan oleh segelintir pentadbir yang kurang senang dengan kehadiran mereka. Semua orang kurang faham dengan tekanan yang dialami cikgu j-qaf kerana mengajar bahasa yang memang asing buat murid si sekolah iaitu arab. Begitu juga al-Quran yang diajar kepada murid. mereka semua bertungkus lumus demi memastikan murid dibangunkan spiritualnya supaya mampu menjadi insan yang kamil.
macam macam hal skrang ini yer..