Seandainya diteliti dengan cadangan untuk memansuhkan UPSR dan PMR adalah titik tolak kepada tranformasi besar yang mahu dilakukan oleh kementerian supaya identiti orientasi peperiksaan sistem pendidikan Malaysia berubah kepada cara yang lebih holistik membangunkan generasi muda negara.
Walaupun dalam segala perubahan yang mahu dilakukan kementerian, mungkin cadangan pemansuhan ini menjadi polemik di kalangan pendidik, pelajar, ibu bapa, dan masyarakat. Disebabkan kita sudah lama mengamalkan sistem peperiksaan, ia menjadi susah bagi membuat sebarang perubahan cara berfikir. Seharusnya semangat Falsafah Pendidikan Negara perlu disebar luas dengan lebih praktikal kepada masyarakat supaya wujud kefahaman yang pendidikan bukan hanya terletak pada deretan ‘A’ yang diperolehi.
Sambil tidak merendahkan keupayaan masyarakat dalam hal menilai isu pemansuhan ini, kita khususnya sebagai pendidik mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memahamkan masyarakat kehendak FPK yang menyebut :
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
Ia jelas yang penumpuan FPK mengandungi harapan yang besar dalam melahirkan generasi yang serba boleh, berkeyakinan, berintegriti dan nilai-nilai murni yang ingin diterapkan kepada pelajar. Soalnya sekarang kita sudah berada pada final lap menuju wawasan 2020, yang mahu ditukar adalah cara kita berfikir supaya tidak lagi mahu mengukur seseorang dengan kejayaan beberapa jam berada di meja peperiksaan yang menilai keseluruhan keupayaannya selama bertahun belajar.
Assalamu’alaikum WBT
‘Soalnya sekarang kita sudah berada pada final lap menuju wawasan 2020, yang mahu ditukar adalah cara kita berfikir supaya tidak lagi mahu mengukur seseorang dengan kejayaan beberapa jam berada di meja peperiksaan yang menilai keseluruhan keupayaannya selama bertahun belajar’
deretan ayat ini harus diberi perhatian, maksud perkataan dan istilahnya mesti diterjemahkan dalam bahasa ketuhanan. Mengapa perlu menggunakan bahasa ketuhanan, tentulah kerana FPK yang seolah telah dihafaz dalam sanubari guru-guru berjiwa pendidik! lebih daripada itu adalah kerana kita semua adalah hamba Tuhan!
cuba kita fikirkan bersama!
wallah a’lam
pada pandangan saya peperiksaan UPSR tidak perlu dihapuskan secara totalnya tetapi kita perlu buat penambahbaikan pada corak dan cara peperiksaan itu diadakan. Pada masa sekarang hanya mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matemaik dan Sains sahaja yang diuji. mengapakah pihak berkenaan tidak merujuk kepada Akta Pendidikan berkaitan dengan mata pelajaran teras. Dalam Akta Pendidikan Mata Pelajaran Teras termasuk Agama Islam. Jadi saya cadangkan dalam peperiksaan UPSR yang akan datang ditambahkan dengan mata pelajaran Agama Islam.
Peperiksaan UPSR merupakan penentu hala tuju pelajar. jikalau tidak ada peperiksaan UPSR tidak adalah kayu penyukur keupayaan pelajar. Seandainya Penilaian Berasas Sekolah diadakan bagi melaksanakan UPSR, ketulenan keputusannya akan diragui. Ini kerana para guru, pentadbirkan akan melakukan apa saja untuk memastikan sekolah mereka berada di tahap yang tertinggi. jadi renung-renungkanlah
selari dengan pandangan cpj kan? terima kasih…