Buku Terjemahan

Hanya yang cemerlang boleh jadi guru
Ditulis oleh: Fadzli, 19 June 2010 , Komen : 3

Ketika membaca keluaran khas Berita Harian bagi RMK-10, di halaman 11 ada dinyatakan kelayakan menjadi guru diletakkan pada tahap cemerlang pada pengajian di universiti dan IPG. Ini memungkinkan hanya yang terbaik dijanjikan jawatan sebagai guru berbanding sebelum ini. Ukuran kecemerlangan semasa pengajian menjadi taruhan penting bagi melayakkan setiap individu bergelar guru. 

Aspek prestasi semasa pengajian diambil kira dengan merangkumi semua pencapaian semasa pengajian. Tiada lagi jaminan khusus untuk diserapkan sebagai tenaga pendidik jika tidak menunjukkan kecemerlangan semasa pengajian. Dengan itu, tidak semua pelajar yang mengambil kursus perguruan pada masa akan datang mendapat jaminan mereka diserapkan dalam perkhidmatan jika tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Justeru, kesemua pelajar yang mengikuti kursus perguruan perlu menunjukkan kesungguhan mereka dalam memastikan tempat mereka dalam perkhidmatan. Itulah KPI yang perlu dicapai oleh mereka yang mahu bergelar guru pada masa akan datang.


.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  24/06/10  at  08:35 PM

memang betul aspek kecemerlangan penting bagi guru dlm menentukan kejayaan seseorang anak muridnya…namun, jika ianya terlalu rigid, bukankah ia tidak adil kepada pelajar2 yg sedaya upaya telah berjuang dan menunggu peluang utk diposting??sedangkan gstt yg tidak dikira asal usul ijazah yg dimilikinya dan tidak terlatih dlm bidang pendidikan pula ingin diserap menjadi guru tetap??malah mereka juga tidaklah semuanya benar2 berminat menjadi guru??maaf, cuma meluahkan rasa sebal hati melihat gelagat gstt di sekolah…

cikgupj  on  10/07/10  at  01:18 AM

cikgupj sokong 100%, cikgu akan lebih di hormati…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/07/10  at  04:09 PM

Cadangan tersebut memang baik dan dialu-alukan tetapi hakikat yg sebenar tidak ada pelajar terbaik yg mahu menjadi guru. Berapakah pelajar terbaik sesuatu sekolah yakni 8A ke atas yg berminat menjadi guru?

Sekiranya kerajaan ingin mengambil yg cemerlang shj di IPG @ IPT utk menjadi guru maka akan berlaku kekurangan guru yg mendadak sedangkan bilangan pelajar kian bertambah saban tahun.

Jalan penyelesaiannya harus lebih rasional. Kerajaan perlu mentakrifkan semula gelaran “cemerlang” yg diingankan itu. Cemerlang blh dilihat pelbagai bentuk sama ada sahsiah, minat, peperiksaan atau apa2 shj.

Sekiranya aspek keputusan peperiksaan dan ko-kurikulum pelajar IPG yg diambil kira sbg cemerlang maka IPG telah melanggar teori pedagogi yg diajar kpd bakal guru iaitu “Pengajaran adalah satu seni”.

Oleh itu, sistem penilaian terhadap bakal2 guru harus dinilai dan diubahsuai semula.

Page 1 of 1 pages

Komen

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: