Peranan pentadbir sekolah memang menjadikan tanda aras kepada kejayaan sekolah. Kepemimpinan sekolah adalah faktor penting dalam menentukan halatuju, pentadbiran dan masa depan sekolah. Dunia pendidikan yang semakin dinamik, para pentadbir menjadi orang yang mengemudi sekolah seharusnya mempunyai pandangan yang jelas mengenai hal dunia pendidikan demi menyediakan formulasi yang terbaik dalam memajukan sekolah.
Ada masanya, pentadbir juga tidak lepas dengan mengamalkan sikap berpuak sehingga menyebabkan ada guru yang berpotensi tetapi tidak sealiran pemikiran. Sikap berpuak ini mewujudkan sindrom pasukan emas yang disukai oleh pihak pentadbir kerana sealiran pemikiran dengan mereka. Seperti mana, politik pejabat yang lain, kecenderungan majikan menjadikan sekelompok pekerja yang dipercayai membuatkan ada yang mengambil sikap tidak mahu ambil tahu dan terlibat kerana jika bersuara pun tiada gunanya. Sebab ia hanya umpama menyalak bukit tiada siapa mahu mendengar.
Pasukan emas ini mendominasi semua tugasan penting dan berpengaruh namun hasil kerja mereka tidak berkualiti sehingga ada yang hanya pandai melepaskan tanggungjawab kepada orang lain jika apa yang dibuat tidak menjadi. Lakonan mereka yang bersifat DramaKing memualkan rakan-rakan sekerja yang lain kerana bila di hadapan baik namun belakang lain halnya. Walaupun tidak semua sekolah ada yang mengamalkan pasukan emas ini tetapi jika wujud sindrom ini secara berterusan, apa yang berisiko adalah transformasi yang diinginkan dalam pendidikan Malaysia mungkin tidak kesampaian.
Adalah lebih baik matalamat dan halatuju sekolah dapat melibatkan apa yang dikatakan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja atau KMK demi melahirkan pelapis baharu dalam mentadbir sekolah berbanding mengambil jalan mudah memilih bulu dan orang yang sealiran dengan pendapat sahaja. Ada masanya, keputusan pentadbir yang dapat dicabar dengan baik melalui rundingan dan musyawarah kesepakatan antara kesemua warga sekolah.
Memang diakui ada segelintir pentadbir yang mempunyai pasukan emas. Tetapi tidak semua yang mempunyai pasukan emas berseifat sambil lewa dan sebagainya.
Sebagai contoh. Saya juga merupakan ahli dalam pasukan emas. Saya rasa saya memang patut dan layak untuk berada dalam pasukan tersebut. Memegang jawatan sebagai Setiausaha Unit Bimbingan Dan Kaunseling memang menjadi tangungjawab saya untuk memikir dan melaksanakan program yang mampu membina pencapaian akademik murid-murid dan melonjakkan kecemerlangan sekolah. Malah saya juga merupakan orang yang pertama tahu jika pihak pentadbir ingin merancang sesuatu program. Kerana semua program yang dirancang, sayalah pelaksananya.
Tetapi malangnya, bila tiba di penghujung tahun pasti banyak suara sumbang akan kedengaran. Anak emas pentadbir, kaki ampu, tak adil dan banyak lagi ungkapan akan dilemparkan kepada saya. Kadang-kadang ingin juga saya khabarkan kepada mereka, sudahlah kerja yang diberi tidak pernah selesai, bila ada yang bersungguh-sungguh, bukan pujian yang dilemparkan tetapi saya pula dicemuh. Bila penilaian prestasi melepasi 93% makin ramai yang berbunyi. Selalu saya terangkan kepada mereka, UBK ada KPI tersendiri. Jika saya melepasi KPI tersebut saya rasa saya layak untuk memiliki penilaian prestasi sebegitu rupa. Alhamdulillah, makin lama makin ramai yang faham tugas seorang Guru Bimbingan Dan Kaunseling.
Pasukan yang selalu tergolong dalam pasukan emas ini ialah Pengetua, PK1, PK HEM, Ketua Bidang dan S/U UBK. Kami selalu bekerja dalam pasukan demi menjamin program yang dilaksana berjaya dan berkesan.
Jadi saya rasa, tidak semua pasukan emas akan melakukan perkara yang boleh dianggap sebagai ibarat melepaskan batu di tangga.
Sekian Terima Kasih.