Buku Terjemahan

Guru muda dan tua perlu ke pedalaman
Ditulis oleh: Fadzli, 10 March 2010 , Komen : 1

Minggu lalu mempunyai banyak pengumuman penting mengenai pendidikan. Terbaru, mengenai guru yang perlu bersedia berkhidmat di pedalaman. Sama ada guru baharu atau berpengalaman, mereka perlu dipertimbangkan untuk dihantar ke pedalaman. Sememangnya, guru yang muda dan berstatus bujang mungkin tidak bermasalah dengan hal ini. Bagaimana pula buat guru yang sudah berkeluarga kemudian perlu berkhidmat di pedalaman. Walaupun guru perlu menjadi lilin, berkorban demi kemajuan anak bangsa, perlu juga dilihat hal berkaitan kebajikan insan guru itu.

Jika ada guru berpengalamn yang sudah puluhan tahun berkhidmat kemudian sudah menetapkan niat untuk bermukim juga memiliki rumah di sesuatu kawasan, bagaimana pula golongan ini mahu mempertimbangkan ke pedalaman sebagai arahan untuk berkhidmat. Begitu juga ada di antara guru muda sudah mendirikan rumah tangga namun ditugaskan di luar, pertimbangan hal-hal kekeluargaan perlu diambil kira memandangkan mereka juga menjadi golongan yang berpotensi mengisi borang pindah jika keadaan terdesak. Walaupun pertimbangan untuk imbuhan ditambah, namun ada perkara khususnya aspek kekeluargaan juga harus menjadi hal yang penting. Ini kerana aspek emosi dan kesediaan guru mempengaruhi keselesaan untuk mengajar. Ada perkara jawapannya imbuhan, namun ada perkara perlukan pertimbangan kebajikan guru dari aspek yang lebih luas.


Farhan  on  23/03/10  at  10:25 AM

Cuba lihat dari perspektif lebih luas seperti perkhidmatan tentera, polis dan sebagainya. Guru mempunyai tanggungjawab yang besar. Kerjaya guru amatlah penting dan guru sepatutnya telah sedar akan perkara ini sebelum memilih kerjaya sebagai guru. sekadar renungan…

Page 1 of 1 pages

Komen

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: