Awal tahun adalah masa yang sibuk buat para pendidik. Di samping P & P yang menjadi bisnes teras pendidik, kerja pengurusan juga menjadi agenda seharian yang dapat menyibukkan guru. Tidak keterlaluan dikatakan ia kadang-kadang menganggu tugas P & P. Perkara ini sudah lama didebatkan, namun biasanya guru juga dipersalahkan kerana tidak pandai susun prioriti. Sukan juga menjelma saat ini, latihan sukan serta merentas desa juga boleh membuatkan guru hilang fokus, apatah lagi jika ada rakan seperjuangan tidak memberi komitmen.
PIBG juga sudah mula bersidang, agenda itu dan ini dibincangkan sehingga masak namun keputusan yang dicapai kadang-kadang tidak pun dilaksanakan. Ini bukan sekadar luahan berbaur negatif namun jerit ayah guru kadang-kadang diperlekehkan sesetengah pihak yang menganggap guru adalah pekerjaan sekerat hari. Malah ada yang kata senang sahaja jadi guru pergi pagi pulang tengahari. Kebanyakan kerja semua percuma belaka, demi melakukan yang terbaik untuk anak bangsa.
Guru mendapat pahala dan ganjaran sehingga ke akhirat. Amal jariah yang dilakukan oleh guru tidak dapat digantikan dengan wang ringgit di dunia. Selamat bertugas dan menabur kebajikan kepada guru-guru. Semoga diberkati.
keutamaan kita ialah mengajar iaitu P&P..
salam admin
semoga kesibukan ini dinilai Allah sebagai ibadah