Tahun Baru yang banyak agenda
Ditulis oleh: Fadzli, 07 January 2010 , Komen : 2

Tahun baru ini diharapkan menjadi suatu kelainan kepada dunia pendidikan negara. Dengan pelbagai isu yang menghiasi 2009, pendidikan nampaknya menjadi agenda utama negara. Pendidikan menjadi perkara penting untuk pembangunan insan negara. MBMMBI yang sudah dijangka menjadi agenda utama kerana tuntutan pelaksanaan lebih awal pada 2011. Walaupun pelbagai ranjau berduri golongan pendidik dan NGO yang lain bertungkus-lumus membantah PPSMI, masih ada lagi yang mahukan PPSMI. Jelas sekali tahun ini perlu perubahan supaya pendidikan negara tidak lagi dijadikan eksperimen pihak tertentu. Semoga datangnya 2010, mampu memberikan harapan baru kepada pendidikan negara.

Selamat tahun baru daripada cikgumalaysia.com


Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee  on  07/01/10  at  07:13 PM

Ya. Cuma yang menjadi masalah terbesar ialah kewangan. Banyak bajet untuk pendidikan dipotong. Banyak perkara yang tidak dapat dilakukan. Nampaknya bebanan ibu bapa yang mempunyai anak di asrama juga pasti akan bertambah. Mana tidaknya para pelajar disuruh balik tiap-tiap minggu. Sudah tentu ianya membabitkan kos yang banyak.

Tambahan pula ada ura-ura yang menyatakan guru-guru yang menjadi pengawas tidak dibenarkan membuat tuntutan.

Hanya pemain yang bermain dengan permainan ini sahaja tahu apakah risikonya..

shamsuddin  on  10/01/10  at  10:58 PM

Kalau nak dengar ulasan dan perutusan Tan Sri KPPM sempena tahun baru ni, lihat http://www.eduwebtv.com pada hari Selasa, jam 9.00 pagi. Ada webcast live dgn semua sekolah dan sesi interaktif dengan beberapa guru dan pegawai pendidikan dari STF, SMK Ampang Pecah dan MCKK.

Page 1 of 1 pages

Komen

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: