Ditulis oleh: Fadzli,
11 March 2010 , Peranan pentadbir sekolah memang menjadikan tanda aras kepada kejayaan sekolah. Kepemimpinan sekolah adalah faktor penting dalam menentukan halatuju, pentadbiran dan masa depan sekolah. Dunia pendidikan yang semakin dinamik, para pentadbir menjadi orang yang mengemudi sekolah seharusnya mempunyai pandangan yang jelas mengenai hal dunia pendidikan demi menyediakan formulasi yang terbaik dalam memajukan sekolah.
Ada masanya, pentadbir juga tidak lepas dengan mengamalkan sikap berpuak sehingga menyebabkan ada guru yang berpotensi tetapi tidak sealiran pemikiran. Sikap berpuak ini mewujudkan sindrom pasukan emas yang disukai oleh pihak pentadbir kerana sealiran pemikiran dengan mereka. Seperti mana, politik pejabat yang lain, kecenderungan majikan menjadikan sekelompok pekerja yang dipercayai membuatkan ada yang mengambil sikap tidak mahu ambil tahu dan terlibat kerana jika bersuara pun tiada gunanya. Sebab ia hanya umpama menyalak bukit tiada siapa mahu mendengar.
Pasukan emas ini mendominasi semua tugasan penting dan berpengaruh namun hasil kerja mereka tidak berkualiti sehingga ada yang hanya pandai melepaskan tanggungjawab kepada orang lain jika apa yang dibuat tidak menjadi. Lakonan mereka yang bersifat DramaKing memualkan rakan-rakan sekerja yang lain kerana bila di hadapan baik namun belakang lain halnya. Walaupun tidak semua sekolah ada yang mengamalkan pasukan emas ini tetapi jika wujud sindrom ini secara berterusan, apa yang berisiko adalah transformasi yang diinginkan dalam pendidikan Malaysia mungkin tidak kesampaian.
Adalah lebih baik matalamat dan halatuju sekolah dapat melibatkan apa yang dikatakan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja atau KMK demi melahirkan pelapis baharu dalam mentadbir sekolah berbanding mengambil jalan mudah memilih bulu dan orang yang sealiran dengan pendapat sahaja. Ada masanya, keputusan pentadbir yang dapat dicabar dengan baik melalui rundingan dan musyawarah kesepakatan antara kesemua warga sekolah.
Ditulis oleh: Fadzli,
10 March 2010 , Minggu lalu mempunyai banyak pengumuman penting mengenai pendidikan. Terbaru, mengenai guru yang perlu bersedia berkhidmat di pedalaman. Sama ada guru baharu atau berpengalaman, mereka perlu dipertimbangkan untuk dihantar ke pedalaman. Sememangnya, guru yang muda dan berstatus bujang mungkin tidak bermasalah dengan hal ini. Bagaimana pula buat guru yang sudah berkeluarga kemudian perlu berkhidmat di pedalaman. Walaupun guru perlu menjadi lilin, berkorban demi kemajuan anak bangsa, perlu juga dilihat hal berkaitan kebajikan insan guru itu.
Jika ada guru berpengalamn yang sudah puluhan tahun berkhidmat kemudian sudah menetapkan niat untuk bermukim juga memiliki rumah di sesuatu kawasan, bagaimana pula golongan ini mahu mempertimbangkan ke pedalaman sebagai arahan untuk berkhidmat. Begitu juga ada di antara guru muda sudah mendirikan rumah tangga namun ditugaskan di luar, pertimbangan hal-hal kekeluargaan perlu diambil kira memandangkan mereka juga menjadi golongan yang berpotensi mengisi borang pindah jika keadaan terdesak. Walaupun pertimbangan untuk imbuhan ditambah, namun ada perkara khususnya aspek kekeluargaan juga harus menjadi hal yang penting. Ini kerana aspek emosi dan kesediaan guru mempengaruhi keselesaan untuk mengajar. Ada perkara jawapannya imbuhan, namun ada perkara perlukan pertimbangan kebajikan guru dari aspek yang lebih luas.
Ditulis oleh: Fadzli,
09 March 2010 , Selama ini perjuangan golongan pendidik supaya profesion ini dimartabatkan dengan mengambil kira kebajikan mungkin dapat direalisasikan. Berdasarkan pengumuman menteri yang mahukan melonjakkan pendidikan ke tahap yang baik kini 'mencabar' guru dan pengurusan sekolah dengan imbuhan yang bakal diberikan jika sekolah meningkat prestasi. Walaupun perlu menunggu perincian pak menteri menjelang sambutan Hari Guru 2010, sedikit sebanyak ada yang senyum sampai ke telinga khususnya warga pendidik.
Jika dahulu hanya pentadbir mendapat pujian dan sanjungan tetapi rezeki mungkin berpihak pada guru yang turut sama bersusah payah menaikkan nama sekolah. Sambil tidak mengenepikan sumbangan kepemimpinan pendidikan yang terdiri daripada pentadbir, seharusnya pendidik juga berhak mendapat kredit dan imbuhan yang setimpal dengan usaha keras mereka. Sesetengah masyarakat mungkin mempertikaikan mengapa guru perlu diberikan banyak ganjaran padahal kualiti guru mungkin dapat dipertikaikan. Namun harus disedari dalam membangunkan sekolah, kerja keras guru tidak mengira masa sekolah semata-mata. Ada yang bersengkang mata dalam memastikan persediaan yang terbaik bagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Semua warga pendidik menunggu perincian yang mahu didedahkan nanti. Harapan golongan pendidik biarlah apa yang mahu diberikan seperti imbuhan gaji dan kenaikan pangkat tidak pula perlukan prasyarat yang lain sehingga janji hanya tinggal janji.
Ditulis oleh: Fadzli,
02 March 2010 , Jika diteliti, 20 buah sekolah yang diangkat sebagai Sekolah Beprestasi Tinggi mempunyai kredibiliti yang tersendiri. Namun label sekolah kluster yang dahulu yang menjadi penanda aras sekolah negara dilihat kurang fungsinya masa kini. Walaupun sekolah kluster dipilih mengikut piawaian namun dengan SBT sedikit sebanyak menurunkan populariti sekolah kluster. Terbaru dengan sebanyak 500 buah sekolah bakal ditarafkan sebagai sekolah lima bintang sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya ke mana halanya dengan pelbagai label yang diberikan kepada sekolah.
Adakah dengan wujudnya pelbagai penarafan ini hanya memperbanyakkan kategori atau jenis sekolah berbanding fungsi yang jelas bagi memacukan kecemerlangan sekolah. Terlalu banyak label tanpa ada rasional yang kukuh hanya dapat mengelirukan masyarakat. Adakah sekolah juga nanti ada penarafan sekolah paling popular supaya memudahkan masyarakat mengiktirafkan sekolah berkenaan yang paling terbaik dari baik-baik belaka.
Ditulis oleh: Fadzli,
28 February 2010 , Emosi menyelubungi seluruh rakyat Malaysia kerana gejala mendera yang dasyat telah berlaku. Mangsanya adik Syafia yang selamat dikebumikan semalam. Sebagai warga pendidik, kita semua mengucapkan takziah kepada keluarga adik Syafia. Tidak keterlaluan jika mahu dikatakan manusia yang berwatak binatang sanggup menjadikan seorang kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa sebagai 'bola' tendangan semata-mata melampiaskan nafsu amarah yang tiada keseudahan.
Sungguhpun, pelbagai kes yang membabitkan penderaan. Malah seketika dahulu, seorang kanak-kanak yang juga mangsa dera dicucuh rokok dan pelbagai kecederaan lagi. Sedarkah atau tidak orang-orang begini yang senang-senang mendera dan menganggap nyawa hanya mainan biasa. Mungkin bagi segolongan ini beranggapan nyawa juga boleh dibeli. Semua pasti marah dengan keadaan ini. Komen ini tidak mahu menekan keluarga mangsa, tetapi perbuatan di luar kewarasan akal manusia tidak dapat diterima sama sekali.
Para pendidik khususnya mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menjadi agen penyampai pendidikanyang kini bukan sahaja kepada anak murid malah keluarga serta masyarakat. Perbuatan ini mungkin berulang jika tidak ada komitmen semua pihak khususnya warga pendidik yang dapat menyemaikan ilmu kepada akar umbi.
Ditulis oleh: Fadzli,
24 February 2010 , Awal tahun adalah masa yang sibuk buat para pendidik. Di samping P & P yang menjadi bisnes teras pendidik, kerja pengurusan juga menjadi agenda seharian yang dapat menyibukkan guru. Tidak keterlaluan dikatakan ia kadang-kadang menganggu tugas P & P. Perkara ini sudah lama didebatkan, namun biasanya guru juga dipersalahkan kerana tidak pandai susun prioriti. Sukan juga menjelma saat ini, latihan sukan serta merentas desa juga boleh membuatkan guru hilang fokus, apatah lagi jika ada rakan seperjuangan tidak memberi komitmen.
PIBG juga sudah mula bersidang, agenda itu dan ini dibincangkan sehingga masak namun keputusan yang dicapai kadang-kadang tidak pun dilaksanakan. Ini bukan sekadar luahan berbaur negatif namun jerit ayah guru kadang-kadang diperlekehkan sesetengah pihak yang menganggap guru adalah pekerjaan sekerat hari. Malah ada yang kata senang sahaja jadi guru pergi pagi pulang tengahari. Kebanyakan kerja semua percuma belaka, demi melakukan yang terbaik untuk anak bangsa.
Ditulis oleh: Fadzli,
10 February 2010 , Pihak web cikgumalaysia.com mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada pegunjung berbangsa Tiong Hua. Semoga kerjaya perguruan tahun ini mendapat kejayaan dan berkembang serta menyinar. Semoga limau yang diberi menjadi emas yang menguntungkan, bukan semata-mata sebagai tanda persefahaman dan persahabatan pendidik. Semoga keberanian Tahun Harimau menjadikan profesion perguruan dipandang tinggi di mata masyarakat.
Ditulis oleh: Fadzli,
02 February 2010 , Berikut pertanyaan seorang pengunjung yang dihantar ke web cikgumalaysia.com, diharapkan ada yang dapat respons:
Selamat sejatera.Saya seorang guru sekolah rendah dari penang.soalan saya,
guru guru gstt yang mempunyai degree di seluruh malaysia diberi gaji dc41
kecuali penang.JPN dgn pps penang tidak menunjukan black and white yang sah
untunk practice ini.guru gstt sekolah rendah penang merasa dukacita ...
bagaimana ke kami dapat dibantu
Ditulis oleh: Fadzli,
26 January 2010 , Tahniah kepada semua sekolah yang terpilih menjadi sekolah berprestasi tinggi. Ternyata pengumuman menteri memberikan gambaran transformasi serta tanda aras untuk pendidikan Malaysia. Diharapkan dengan pengumuman ini mampu memberikan semangat pada sekolah berkenaan.
Ditulis oleh: Fadzli,
21 January 2010 , Kepada pengunjung cikgumalaysia.com, kami ingin bertanya adakah buku-buku teks disekolah memang cukup atau tidak. Jika tuan-tuan mempunyai pandangan mengenai hal ini boleh sahaja dimasukkan dalam ruangan komen. Kononnya ada yang kata buku teks di sekolah tidak cukup. Apa benarkah begitu?
I opine that to get the business loans from banks you ought to present a good reason. Nevertheless, once I have got a financial loan, because I was willing to buy a car.
salam..saya telah berjaya dlm temu duga gstt sabk beberapa bulan yang lepas.. tetapi semua yang ditemuduga boleh dikatakan berjaya tetapi menjadi calon simpanan mengikut kekosongan…sehingga december
[...]status GSTT adalah kontrak. Bezanya kontrak gstt dengan kontrak pekerjaan lain ialah kontrak ini tidak tetap. Bila-bila masa, anda boleh ditamatkan perkhidmatan. Contohnya, sekiranya anda berkhidmat
[...]salam semua.. trlebh dulu sy mohon maaf ika tersilap.. sy mrupakan sorang pelajar kursus ISMP, namun itu bknlah isu utama..sy melihat pelbagai watak guru dan kdang sy trfiir camana dia ni blh jd
[...]Saya ingin memaklumkan kepada semua warga pendidik untuk menonton rancangan khas di TV1 bertajuk
...salam…
nmpak masih baru dan saya antara yg terawal kot…
kalau boleh..buat exchanged link ngan
salam…sapa nak tukar dgn sy opsyen agama sek rendah…. sek sy dlm pekan kulim kedah….sy nak tukar
......Tip-tip kekeluargaan, pendidikan, kewangan atau segala yang berkaitan
Assalamualaikum!
Kepada cikgu2 atau bakal cikgu… jangan stress… ramai sahabat saya cikgu2 yang
...
salam admin
semoga kesibukan ini dinilai Allah sebagai ibadah