Pengetua dan guru besar berhak pecat guru…

Ditulis oleh : Fadzli /

Saturday, 19 December 2009

Awal disember yang lalu, timbalan menteri ada menyatakan yang kandungan revolusi pendidikan yang akan diketengahkan bakal memberikan kuasa mutlak memecat guru kepada guru besar dan pengetua. Jika dilihat kepada niat dan kehendak transformasi pendidikan, mungkin ia ada baiknya namun berbaloikah jika kuasa yang diberikan dapat menjanjikan efisien kepada pendidikan negara.

Jika di luar negara, kebanyakan guru mampu dipecat oleh pengurusan sekolah memandangkan lesen untuk mengajar adalah ditanggung sendiri oleh guru berkenaan. Dalam erti kata lain, guru mengeluarkan wang sendiri menghadiri kursus yang berwajib bagi menjadi seorang guru. Jadi mudahlah bagi pihak pengurusan untuk memecat mana-mana guru yang tidak menepati KPI yang ditetapkan.

Perkembangan ini, mampu meletakkan sekolah ke tahap yang memuaskan kerana kuasa yang diberikan kepada guru besar dan pengetua memecat guru mampu membuang mana-mana guru semborono atau kurang pencapaian dan inisiatif mereka ke arah kecemerlangan sekolah. Tetapi jika kuasa yang diberikan tidak mempunyai batas, bimbang salah guna kuasa boleh berlaku sehingga menyebabkan kebajikan guru tidak terbela. Jika ada masalah, guru yang tidak disukai boleh dibuang manakala yang baik di mata guru besar dan pengetua dikekalkan.

Apabila berbual dengan beberapa pentadbir dan guru biasa, terdapat rasional yang baik jika kuasa mutlak memecat guru kepada guru besar dan pengetua. Ia termasuk menjadikan transformasi berjalan dengan lancar khususnya peringkat akar umbi iaitu sekolah. Bermakna guru yang betul-betul bermasalah baharu dipecat dan bukan guru yang tidak disukai kerana sifat lantang memberikan cadangan baik kepada pihak pengurusan.

Oleha sebab itu, ada baiknya pelaksanaan ini mempunyai kajian yang mendalam sehingga mengambil kira kebajikan serta kedudukan guru dan sumbangan mereka supaya kuasa yang diberikan kepada guru besar dan pentadbir tidak disalahgunakan. Mungkin juga ada jawatankuasa khas mengkaji keputusan guru besar dan pengetua dan mekanisme rayuan diadakan bagi mencabar kembali keputusan yang kurang relevan jika kuasa ini diberikan kepada mereka.

Guru permulaan yang berstatus GST juga adalah golongan yang perlu diperhatikan dari segenap sudut supaya mereka benar-benar kompeten menjadi guru jika tidak guru besar dan pengetua berhak memecat terus mereka jika mereka ternyata melanggar peraturan dan tidak mempunyai personaliti yang baik sehingga mencemarkan nama baik pendidikan negara.Heboh ketika dahulu seorang guru menyertai pertandingan ratu pondan menjadi justifikasi jelas yang golongan seperti ini perlu disingkirkan terus dari perkhidmatan perguruan berasaskan kuasa guru besar dan pengetua. Maka ia menjadi perkara yang jelas untuk menggunakan kuasa memecat ke atas individu guru yang tidak bertanggungjawab serta tidak bermoral.

Walaubagaimanapun, Falsafah Pendidikan Guru dapat dijadikan asas kepada menggubal dan menyediakan kuasa mutlak untuk guru besar dan pengetua memecat guru. Jangan nanti hanya berbeza pendapat, pecat sana serta pecat sini dengan semudahnya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  29/01/10  at  10:17 AM

Nampaknya satu cadangan yang baik. Tapi….jika sekolah prestasi tinggi tukarkan guru yang berprestasi rendah, mereka ni nak diletakkan di mana? Di sekolah prestasi rendah? Adakah ini bermaksud, alang-alang bodoh biar mereka terus dunggu?  Bukankah tanggungjawab guru besar atau pengetua membina sekolah dari segi guru dan pelajarnya? Tengok-tengok le semula. Idea dari atas tidak semuanya baik kalau tak selam dari bawah.

Page 1 of 1 pages

Komen

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below:


Komen-komen Terkini
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

kawan2 gstt sekalian apa kata yang beragama islam setiap tempat kita adakan solat hajat dimurahkan rezeki jadi guru, beramai ikut kawasan dan bentuk persatuan gstt untuk mencari penyelesaian menjadi

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Guru Sandaran Tidak Terlatih

hi, saya ni lepasan spm thn 2003. saya tidak dpt menyambung pelajaran atas sbb2 yg tdk dpt dielakkan…saya ingin tahu, boleh saya mohon utk gstt menggunakan sijil spm saya? saya pelajar score ‘A’ spm

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : GSTT menganggu kedudukan saluran utama perguruan

salam
kepada graduan ISMP yang rasa gstt ni merampas rezeki kalian,sanggupke kalian merasa jadi cekgu kat sekolah swasta dengan gaji RM600, kerja dari dari 7.30 pg- 4.45 ptg belum termasuk meeting

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

salam kepada semua
saya yakin semua sudah maklum dengan cabaran mendidik sekarang. bagi insan yang memang mempunyai nurani seorang pendidik, asam garam menjadi guru sangat indah walaupun cabarannya

[...]

selari dengan pandangan cpj kan? terima kasih…

Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

Assalamualaikum.. buat sahabat-sahabat GSTT.. ingatlah, Allah Maha Adil… Teruskan berdoa. Moga Allah membuka jalan untuk kita menjadi pendidik berstatus tetap. Allah takkan ubah nasib hambanya andai

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Hanya yang cemerlang boleh jadi guru

Cadangan tersebut memang baik dan dialu-alukan tetapi hakikat yg sebenar tidak ada pelajar terbaik yg mahu menjadi guru. Berapakah pelajar terbaik sesuatu sekolah yakni 8A ke atas yg berminat menjadi

[...]

cikgupj sokong 100%, cikgu akan lebih di hormati…

Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : KPLI: Berkesankah 18 bulan

salam semua..bg sy,adik2 pispm n kpli patut bersyukur kerana kt terpilih untuk menjadi seorang guru kelak. bg sy adalah amat rasional stud KPLI dpt alaun rm1300, ini krn kami telah memiliki

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Penceramah motivasi minta bayaran tinggi

Salam,
Sekiranya anda memerlukan khidmat seorang penceramah motivasi bolehlah menghubungi saya di talian 013-4376752.  atau emel .(JavaScript must be enabled to view this email address)

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

sy telah membaca semua komen di atas, rata2nya smua GSTT. semua berharapan agar GSTT diserap menjadi sebahagian daripada anggota pendidik tetap. apakah tindakan yang kita boleh laksanakan agar

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : KPLI: Berkesankah 18 bulan

salam…sy mewakili warga pismp amat kecewa dengan kata2 anda. Walaupun kami ni awak kata ” budak” tapi pergi ja sekolah pentadbiran selalu puji kami dan KPLI SELALU KENA KONDEM. yela…mau taknye kna

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Perbezaan GSTT dan Guru Ganti

ohw….terima kasih bg feedback..alhamdulillah…pas 2 hri hbis guru ganti..dpt pula kerja di upsi..tetap..xpa lah wlau gaji hnye ikt stpm…yg pnting ada kerja…utk semua..good luck

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : GSTT menganggu kedudukan saluran utama perguruan

Bersetuju dengan pandangan V. Pokok pangkal adalah usaha. Kalau jadi Gstt, malas pun tak guna. Kalau jadi cikgu tetap, tapi mengajar sambil lewa, perkara sama gak akan berlaku.

Saya bekas GSTT, saya

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

salam…

Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

salam semuer…sy merupakan salah seorang gstt di daerah perak..tahun ini merupakan tahun ke 3 saya bergelar gstt…masuk thn ini jg dah 4 kali sy memohon kpli n dpli tapi nasib masih tidak menyebelahi

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : GSTT menganggu kedudukan saluran utama perguruan

guru tetap, GSTT, GST.. all working under 1 roof.. why can’t we work together and respect each other. stop the blaming and looking down on us. dan komen NZ… you have a point there…. Pada pendapat

[...]
Komen : hafizul | Artikel : Banyak sangat produk minda

Assalamualaikum EN Fadzi..
Saya tertarik komen En bekenaan produk minda. Ya saya akui memang banyak produk minda berada di pasaran. Cuma saya ingin memberi info kerana saya pengamal produk minda.

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

To Guru tetap..

Terima kasih atas pandangan cikgu. Saya tak nafikan ada antara gstt yang tidak bertanggungjawab dan menganggap jadi cikgu adalah kerjaya alternatif semata-mata.

Tapi tidak semua

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : GSTT menganggu kedudukan saluran utama perguruan

alah korang gstt carilah je lah keje lain…tak abis2 nak cakap ayat korang bela diri korang…sepatutnya korang sedar yg korang mmg kerja kontrak a.k.a sandaran…so kenapa nak bising2 kan???terima lah

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Hanya yang cemerlang boleh jadi guru

memang betul aspek kecemerlangan penting bagi guru dlm menentukan kejayaan seseorang anak muridnya…namun, jika ianya terlalu rigid, bukankah ia tidak adil kepada pelajar2 yg sedaya upaya telah

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

salam kawan2…sy rslah yg meluahkan perasaan di sini majoritinya adalah gstt…pastilah gstt akan cuba sedaya upaya menaikkan nama mereka…benar ke semua gstt skrg ni menjadi guru kerana benar2

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Perbezaan GSTT dan Guru Ganti

pernah jadi guru ganti gak pas grad..mmg elaun 820 jer..pastu kalo cuti skola tolak gaji..jadi cikgu ganti dr sept 2009 smpai nov 2009..then januari 2010 dpt jadi gstt smpai skrg..so kalo minat jadi

[...]

produk minda ajaran rasul dalam mendidik anak pasti berkesan…

Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia buat semua,,,,saya amat bersetuju dengan kenyataan rakan-rakan bahawa GSTT amat komited dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Saya pun telah hampir 2 tahun

[...]
Jam Cikgu
Sembang Bilik Guru
Ditaja Oleh