Penceramah motivasi minta bayaran tinggi

Ditulis oleh : Fadzli /

Monday, 15 June 2009

Mendengar keluhan ramai rakan-rakan cikgu khususnya kaunselor menarik perhatian saya. Kata mereka, program motivasi yang sering dianjurkan oleh sekolah mereka mahu mendapatkan penceramah motivasi yang mempunyai nama supaya kelainan dapat ditampilkan dalam program yang diadakan. Menyedari program motivasi yang sering diadakan menjelang hampir peperiksaan.

Keluhan utama yang dapat didengar, penceramah motivasi sering mengenakan bayaran yang tinggi memandangkan mereka mempunyai nama dan sering muncul dalam televisyen. Mungkin di suatu sudut, penceramah yang terkenal serta sering muncul dalam media berhak meminta bayaran yang tinggi setinggi taraf mereka. Namun, seharusnya perkhidmatan motivasi juga perlu memikirkan sekolah bukan mempunyai bajet khusus mengadakan motivasi.

Sumber kewangan selalunya diperolehi dari unit bimbingan & kaunseling dan PIBG sekolah. Selebihnya, mungkin  ditampung oleh peserta motivasi itu sendiri. Kata rakan kaunselor, ada seorang penceramah meminta bayaran sehari RM6000 untuk 200 orang peserta dan meningkat lagi jika ditambah peserta. Bagi menjalankan program berkenaan, rakan saya terpaksa memohon peserta dari sekolah-sekolah berdekatan yang berminat semata-mata mahu mencukupkan korum dan bayaran.

Ada ketikanya, apabila tidak dapat menyediakan bayaran atau memohon diskaun, kebanyakan penceramah berstatuskan  DR susah dibawa berunding. Jawapan mudah mereka, jika tiada duit tidak perlu panggil orang bernama besar. Jika sekolah berkenaan berada di luar bandar serta mahu mendapatkan khidmat penceramah yang terkenal terpaksa melupakan khidmat mereka kerana faktor kos.

Di kalangan pelajar semestinya menyukai penceramah motivasi ini dan ada yang menjadi idola mereka. Sekurang-kurangnya ketepikan soal bayaran jika perlu kerana sekolah mahukan khidmat penceramah yang dapat membangkitkan motivasi mereka yang terdiri penceramah yang berstatus selebriti. Tambahan lagi sekolah bandar, berikanlah mereka khidmat komuniti yang juga dapat membantu mereka melonjakkan prestasi dan nama penceramah sendiri.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  16/06/09  at  12:57 AM

Biasalah, jika sudah ada nama. Semuanya jadi mahal, pada hal modal air liur sahaja.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  16/06/09  at  12:59 AM

Jika tidak mampu, jangan panggil buat susah sekolah sahaja. Alih-alih kalau tak cukup duit cikgu yang kena tampung….

Zamri Mohamad  on  16/06/09  at  05:56 PM

Saya kira pada masa akan datang sekolah perlu memikirkan beberapa jenis bajet yang perlu ditanggung motivator iaitu.

1. Kos pengangkutan
2. Kos penginapan
3. Yuran motivator

Ada info, jika sekolah tak mengambil kira dua kos pertama, memang motivator (meskipun yang biasa-biasa) terpaksa tolak. Kerana jika satu sekolah tak apa, bayangkan 3-5 sekolah.

Yuran motivator antara isu yang diperdebatkan… masih bergantung kepada rasional motivator dan sekolah.

Ketika saya di sekolah saya menguruskan program motivasi DMFK (ketika itu saya di tingkatan lima 1998), RM3000 dikumpul melalui yuran PIBG setiap pelajar, sekitar RM10.00 sekepala bagi motivasi sejam. Sekitar 300 pelajar dalam satu dewan besar. Excel training turut membekalkan buku modul kepada peserta dalam ceramah sejam.

Saya lihat, ada dua staf membantu penyediaan peralatan dan seumpamanya, ini juga kos yang ditanggung daripada nilai caj tersebut.

Mungkin kementerian kena naikan bajet kepada sekolah smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  17/06/09  at  12:39 AM

Tidak salah, kementerian ada keluar pekeliling untuk tidak memanggil penceramah luar yang berbayar. Selalunya kaunselor yang uruskan melalui restu pengetua atau guru besar. Pibg ikut sahaja apa yang baik untuk student.

larangan ini dikenakan disebabkan perkara-perkara begini sehingga ada timbul kemarahan ibu bapa lapor ke kementerian kerana mereka terpaksa bayar pada penceramah. Yang faham tidak mengapa.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  23/10/09  at  11:58 AM

Salam

Saya tertarik dengan isu memanggil penceramah ke sekolah. Sebenarnya tak semua penceramah akan demand tapi memadai disediakan pengangkutan dan penginapan bersesuaian dengan keadaan semasa. Tentang bayaran memang selalunya perlu diambilkira kerana masa dan usaha untuk menyediakan keperluan ceramah serta kepakaran yang ada. Kebanyakan penceramah boleh menerima sama ada honorarium atau dibayar mengikut jam. Tetapi dalam isu yang demand tinggi untuk program sekolah RM6000 untuk 200 orang peserta saya rasa agak keterlaluan.

Antara cara sekolah boleh jimatkan kos adalah mengadakan usahasama dengan pihak universiti. Banyak program boleh dilakukan secara usahasama yang menguntungkan kedua-dua pihak. Diwaktu sama dapatkan penceramah yang berkualiti dan bukannya semestinya glamour. Kebanyakan program tidak melihat kepada kesan yang sepatutnya diperolehi tetapi melihat kepada proses input sahaja. Sebenarnya kalau melihat kepada pelaksanaan program kita juga perlu melihat kepada konteks digunakan, input, proses dan produk diperolehi. Jadi pandangan saya lihatlah kesesuaian dan keperluan dalam isu ini supaya tidak merugikan sekolah dan diwaktu sama memberi input penting kepada pelajar.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  20/05/10  at  10:45 AM

ini pandangan peribadi saja. bayaran bergantung pada penceramah. kos pengangkutan dan penginapan serta makan minum (jika penceramah datang dari jauh) perlu diambil kira.di pihak penceramah pula, mereka perlu ada kesedaran, bertimbang rasa dan bertolak ansur dengan pihak yang menjemput, terutama sekali pihak sekolah (yang biasanya tidak ada sumber tetap) atau mana-mana pihak yang mempunyai dana yang tidak seberapa. servis yang ikhlas dan tidak terlalu demand, saya percaya akan diberkati, malah akan meningkatkan undangan ceramah daripada pihak-pihak lain- insdya-Allah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/07/10  at  05:11 PM

Salam,
Sekiranya anda memerlukan khidmat seorang penceramah motivasi bolehlah menghubungi saya di talian 013-4376752.  atau emel .(JavaScript must be enabled to view this email address).

# Penceramah mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dan telah dijemput ke merata sekolah mahupun  
  IPT untuk menyampaikan ceramah.

Harga yang sangat berpatutan..hubungi segera. insyaallah ceramahnya nanti tidak akan mengecewakan anda.

terima kasih

Page 1 of 1 pages

Komen

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below:


Komen-komen Terkini
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Transformasi pendidikan: Mungkin benar atau pasti

pada pandangan saya peperiksaan UPSR tidak perlu dihapuskan secara totalnya tetapi kita perlu buat penambahbaikan pada corak dan cara peperiksaan itu diadakan. Pada masa sekarang hanya mata pelajaran

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

salam. rata2 yg memberi komen disini adalah gstt dan guru tetap yg tidak berpuas hati dgn hasrat gstt untk mendpt keinginan menjd guru tetp. sy jg merupakan gstt lbh dr 2thn dan telah berkhdmat di 3

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Hak GSTT

assalamualaikum…
Ada sesiapa tahu bila borang GSTT SABK ambilan 2011 nak keluar? Saya calon simpanan 2010. Ingin memohon lagi untuk tahun hadapan.

Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : KPLI: Berkesankah 18 bulan

slm,
kata2 ada myebut, rezeki org msing2,
kalau dpt rm500, alhamdulillah, yg dpt lebeh tu, hulur2 lar ckit..(gurau)
isu alaun kpli lebeh, alaun pismp ckit,
isu biasa jer…bersyukur dgn apa yg ada,[...]

Ramai yang berminat jadi cikgu…tapi apabila dah dapat,baru la kita sedar susah sebenarnya dan besar tanggungjawab kita pada masyarakat.Itu belum ambil kira jika dihantar mengajar jauh dari keluarga

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : KPLI: Berkesankah 18 bulan

Assalamualaikum..

Pertama sekali, saya hairan dengan tajuk utama yang diutarakan..berkesan dari segi apa? akademik?pedagogi? bukankah keputusan peperiksaan meningkat setiap tahun? (walau majoriti

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

Salam guru-guru GSTT..

Setelah membaca luahan perasaan dan keinginan kalian yang tinggi untuk menjadi pendidik, amatlah wajar untuk dikatakan bahawa menjadi GSTT bukanlah jaminan untuk diserapkan ke

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : KPLI: Berkesankah 18 bulan

Wahai rakan-rakan seperjuangan (bakal guru+guru) yg saya hormati. KPLI ke KPLSPM ke ..semua akan jadi bakal guru kan? Kenapa perlu bergaduh sesama rakan seperjuangan? Kita nie semua bakal guru+guru,

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Hak GSTT

Assalamualaikum…

Berkenaan dengan GSTT Simpanan. Sebenarnya masalah ini bukan sahaja melanda kalian malah hampir keseluruhan calon simpanan. Ini berlaku kerana tiada kekosongan untuk mata pelajaran

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Hak GSTT

Assalamualaikum..

Saya GSTT KDC yang baru menerima tawaran GST dr KPM.. Dlm surat dinyatakan gaji bermula semula pada DC P1T4.. Pada masa ini saya menerima gaji DC P1T6.. Soalan saya :-

1) Rakan

[...]
Komen : farid | Artikel : Mansuh PMR dan UPSR

Saya setuju UPSR dan PMR dimansuhkan.Ini kerana sistem pendidikan sekarang membuatkan pelajar yang tidak berada dalam level peperiksaan awam akan selalu menganggap mereka berada dalam honeymoon year

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Perbezaan GSTT dan Guru Ganti

salam….  sharing is caring… sy sedang menjadi guru ganti di sekolah menengah selama 2 bulan. tempoh tamat shingga 2/9/2010. berkaitan dengan elaun, refer kepada surat tawaran dr ppd, guru ganti di

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : GSTT menganggu kedudukan saluran utama perguruan

salam kpd semua..pd pndpt sy, gstt ni lgsg tak mengganggu gugat posting utk gst. jika ada masalah pon, hanya pd gst lepasan u..sbb terlalu rmai gst lepasan u, so korang kne la tngu giliran tuk

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

salam.. sebagai guru GSTT, saya juga berharap agar KDP diwujudkan semula. jika dikira daripada sudut pengalaman mengajar, guru GSTT ini lebih berpengalaman daripada produk KPLI atau DPLI. Bagi mereka

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : KPLI: Berkesankah 18 bulan

terima kasih PISMP..anda semua berbakat…memang kpli tak pandai buat kerja..yang mereka tau tolak tugas saja kalau di beri..

Komen : silver pang | Artikel : Hak GSTT

bila boleh mohon KDC??? saya sebagai Guru Sandaran Tidak Terlath selama 3 tahun.

Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

To Guru Tetap
saya bukan nak curahkan minyak dlm api tapi apa yg dkatakan oleh Azrul tu betul.Guru tetap ke,gstt ke, semua manusia.saya dah 2 tahun jd gstt.Alhamdullilah sekrg sya d lantik jadi guru

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Transformasi pendidikan: Mungkin benar atau pasti

Assalamu’alaikum WBT

‘Soalnya sekarang kita sudah berada pada final lap menuju wawasan 2020, yang mahu ditukar adalah cara kita berfikir supaya tidak lagi mahu mengukur seseorang dengan kejayaan

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

kawan2 gstt sekalian apa kata yang beragama islam setiap tempat kita adakan solat hajat dimurahkan rezeki jadi guru, beramai ikut kawasan dan bentuk persatuan gstt untuk mencari penyelesaian menjadi

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Guru Sandaran Tidak Terlatih

hi, saya ni lepasan spm thn 2003. saya tidak dpt menyambung pelajaran atas sbb2 yg tdk dpt dielakkan…saya ingin tahu, boleh saya mohon utk gstt menggunakan sijil spm saya? saya pelajar score ‘A’ spm

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : GSTT menganggu kedudukan saluran utama perguruan

salam
kepada graduan ISMP yang rasa gstt ni merampas rezeki kalian,sanggupke kalian merasa jadi cekgu kat sekolah swasta dengan gaji RM600, kerja dari dari 7.30 pg- 4.45 ptg belum termasuk meeting

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

salam kepada semua
saya yakin semua sudah maklum dengan cabaran mendidik sekarang. bagi insan yang memang mempunyai nurani seorang pendidik, asam garam menjadi guru sangat indah walaupun cabarannya

[...]

selari dengan pandangan cpj kan? terima kasih…

Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

Assalamualaikum.. buat sahabat-sahabat GSTT.. ingatlah, Allah Maha Adil… Teruskan berdoa. Moga Allah membuka jalan untuk kita menjadi pendidik berstatus tetap. Allah takkan ubah nasib hambanya andai

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Hanya yang cemerlang boleh jadi guru

Cadangan tersebut memang baik dan dialu-alukan tetapi hakikat yg sebenar tidak ada pelajar terbaik yg mahu menjadi guru. Berapakah pelajar terbaik sesuatu sekolah yakni 8A ke atas yg berminat menjadi

[...]
Jam Cikgu
Sembang Bilik Guru
Ditaja Oleh