Hak GSTT

Ditulis oleh : Fadzli /

Sunday, 01 November 2009

Jika diamati GSTT dilantik sebagai perjawatan kontrak. Jika guru ganti ia bukan GSTT. Guru Sandaran Tidak Terlatih mempunyai surat tawaran rasmi daripada JPN yang juga mengkehendaki tuan-tuan perlu menjalani proses medical check-up dan prosedur memasuki perjawatan kerajaan yang lain. Jadi, jika sudah menjadi GSTT tuan-tuan semua adalah kakitangan awam namun mempunyai kontrak. Jadi segala tindak-tanduk perlu berlunaskan undang-undang kakitangan awam.

Namun kelebihan seperti pinjaman atau lain-lain tidak dapat dinikmati seperti kakitangan awam kecuali elaun yang selayaknya dengan kelulusan saudara apabila berkhidmat sebagai GSTT. Untuk diserapkan ke perkhidmatan tetap, itu tidak dijamin. Namun kontrak dapat disambung berdasarkan keperluan.

Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee  on  21/11/09  at  07:35 AM

Assalamualaikum tuan,

Saya sangat teruja apabila bercerita tentang GSTT. Tambahan pula, bila pihak kerajaan memperkenalkan KPLI j-QAF dan KPLI SABK beberapa tahun yang lalu. Setiap guru yang terpilih, diserap sebagai GSTT dengan gred DC41. Kemudian diberi kemudahan dengan ditaja untuk melanjutkan pelajaran ke IPGM mengikut pengkhususan masing-masing. Bergantung. Jika KPLI mungkin memakan masa 1 1/2 tahun dan jika KDPM memakan masa 3 tahun untuk menggenggam segulung diploma perguruan.

Sepanjang KDC guru tersebut memegang title GSTT sehinggalah berjaya di IPGM dan mendapat surat tawaran GST.

Sepanjang memegang title GSTT guru tersebut juga menerima kenaikan tahunan seperti kakitangan awam yang lain. Bermula dengan tangga gaji P1T5 untuk gred DC, seseorang guru akan mencapai sehingga P1T7 untuk gred DC selepas dia tamat di IPGM.

Malangnya, apabila menerima surat tawaran GST, tangga gaji yang ditawarkan turun semula kepada P1T5. Ini bermakna, guru tersebut terpaksa memulangkan semula kenaikan gaji yang telah diterima sebelum ini. Begitulah menurut pihak BPI.

Bagi saya, ini satu yang tidak adil. Sudahlah diturun gaji, kemudian terpaksa bayar semula gaji yang telah diterima. Malah jika dibuat pelarasan sekalipon, ia akan mengikut gaji yang terhampir.

Masalah ni melibatkan semua guru SABK dan mungkin j-Qaf juga. Inilah nasib kami.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/12/09  at  01:59 PM

Assalamualaikum…baru2 ini saya telah mendapat panggilan temuduga gstt sabk kpm,di sini saya ada beberapa kemusykilan :

1.sekiranya gstt sabk ini ditawarkan KDC,adakah gstt yang hamil dalam tempoh KDC tersebut akan ditamatkan kontrak serta merta atau pengajiannya ditangguhkan?

2.adakah gstt sabk layak memohon cuti bersalin? ..dan adakah mereka dibayar gaji untuk tempoh 60 hari tersebut?

Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee  on  12/12/09  at  09:56 PM

Assalamualaikum Nurnaemah.

Sebagai orang yang berkhidmat di SABK izinkan saya menjawab pertanyaan saudari.

1. Jika seorang GSTT hamil ketika masih dalam tempoh perkhidmatan, GSTT tersebut tidak akan ditamatkan kontrak. Tidak seperti j-QAF. Cuma mungkin akan memberi sedikit masala ketika KDC. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada peraturan BPG yang terbaru. Sebagai contoh, pada tahun 2007. Jika GSTT tersebut didapati hamil sebelum berkursus di IPGM yang ditetapkan, guru tersebut dikehendaki menolak tawaran KDC dan terpaksa menunggu tawaran IPGM untuk tahun berikutnya. Pada tahun 2008 pula, peraturan itu telah dilonggarkan. Mana-mana GSTT yang didapati hamil sebelum mengikuti KDC, GSTT tersebut masih boleh menerima tawaran KDC asalkan tidak mengganggu pelajaran. Contohnya, tarikh kelahiran tidak jatuh pada waktu berkursus atau waktu praktikum. Walau bagaimanapun, saya kira peraturan itu masih longgar. Kerana didapati ada GSTT yang hamil dalam tempog KDC masih diberi keringanan ketika BIG. Ada juga yang bersalin ketika induksi tetapi masih diberi peluang untuk mengambil peperiksaan agar dapat berkonvokesyen bersama-sama rakan-rakan yang lain.

2. GSTT TIDAK layak memohon cuti bersalin. Biasanya GSTT akan mengambil cuti bersalin dalam lingkungan 30 hari. Dan gaji yang diterima semasa cuti tersbut terpaksa dipulangkan semula. Walau bagaimanapun sehingga kini masih belum ada kes guru yang memulangkan wang tersebut. Sama ada pihak BPI terlepas pandang atau buat-buat tak tahu itu tidak berada dalam pengetahuan saya. Tambah malang lagi jika guru tersebut bersalin ketika praktikum. Ada kes guru yang cuti hanya seminggu kemudian kembali semula ke sekolah untuk mengikuti praktikum. Apa pon, bergantung kepada pensyarah pembimbing. Sebenarnya boleh sahaja jika pensyarah tersebut mahu berkompromi dengan pelajar.

Harap soalan saudari telah terjawab. Terima kasih.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  16/12/09  at  08:48 PM

assalamualaikum…saya ingin tanya,apakah beza antara gstt SABK dengan gstt sekolah biasa?
gstt yang mana satukah dapat mengikuti KDC?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  29/12/09  at  11:44 PM

Saya telah selesai temuduga GSTT SABK pada 15 Disember 2009 yg lalu. Tahu tak bila keputusan akan keluar dan ada tak cara nak hubungi bg bertanya keputusan temuduga tersebut?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/01/10  at  12:26 PM

1. Salam,boeh saya tahu bila keputusan temuduga GSTT SABK akan dikeluarkan?saya temuduga pada 24/12/09

2. Pada kebiasaannya, pada bulan berapa KDC diadakan?

Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee  on  07/01/10  at  06:31 PM

1) Biasanya surat tawaran akan dihantar sekitar bulan 2 atau 3 dan penempatan kebiasaannya akan dilakukan pada bulan 4. Cuma pada tahun 2008 penempatan dibuat pada bulan 6.

2) Kalau rasa xsabar nak tahu keputusan, boleh terus hubungi Bahagian Sumber Manusia KPM.

3) KDC biasanya dijalankan pada cuti sekolah hujung tahun.

4) Perbezaan GSTT sekolah biasa dan SABK. Saya tak berapa arif dalam bidang tu. Tapi kalau diikutkan GSTT hanya kepada guru ganti sahaja. Sebagai contoh guru yang menggantikan guru bersalin selama 2 bulan itu dinamakan GSTT. Bila diwujudkan j-Qaf dan SABK GSTT telah dinaiktarafkan. KPLI SABK atau KPLI j-Qaf juga dikenali sebagai GSTT. Sebab tu terdapat kekeliruan dalam pembayaran gaji. Walaupun seseorang telah mencapai tangga gaji P1T7 untuk GSTT, tetapi bila dia telah memegang taraf GST tangga gajinya diturunkan semula kepada P1T5. Bermakna gajinya terpaksa diturunkan.

Walaubagaimanapun Selamat Berjaya dan Selamat Menyertai Keluarga SABK.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/01/10  at  08:35 AM

Terima kasih kepada En Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee di atas penerangan saudara itu..sekarang baru la saya faham tentang gstt sabk dan KDC ni..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  19/01/10  at  05:50 PM

Saya ingin tanya serba sedikit tips untuk menghadiri temuduga GSTT. ada sesiapa yang sudi untuk membantu?

Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee  on  21/01/10  at  09:25 PM

Sudah ada post tips2 temuduga sebelum ini. Sila semak artikel terkini di muka hadapan di sebelah ruangan Sembang Bilik Guru. Semoga berjaya. Terima Kasih.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  26/01/10  at  03:50 PM

Saya ada temuduga GSTT pada hari Khamis ni 28/1… Dengarnya yang nak amik sedikit sahaja berbanding yg apply hampir seribu orang…. Benar2 banyak persaingan ... Mudahan berjaya kali ni…

Bridges To Recovery  on  30/01/10  at  11:27 PM

I have a fear for doctors and the idea that someone need to stick something up between my legs just for check up is really.scary to me. Does anyone know if it’s one of the requirement included in the medical checkup?Bridges To Recovery

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  22/02/10  at  04:13 PM

salam..saya telah berjaya dlm temu duga gstt sabk beberapa bulan yang lepas.. tetapi semua yang ditemuduga boleh dikatakan berjaya tetapi menjadi calon simpanan mengikut kekosongan…sehingga december 201… tapi sampai bila harus menunggu dan bagaimana untuk mengetahui kekosongan yang ada dan diperlukan

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/03/10  at  01:14 PM

em..betul 2.ramai sgt yg dpt calon simpanan.bilelah agaknye dpt mengajar.dah x sabar ni.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/03/10  at  01:35 PM

Salam,saya ingin bertanya adakah guru2 GST-Guru Sandaran Terlatih DC41 tidak layak untuk mengemukakan GL ketika ingin berurusan di Hospital Kerajaan?? adakah kena tunggu hingga menerima surat latihan sah dalam Jawatan ,baru boleh guna GL di hospital kerajaan.

Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee  on  15/03/10  at  09:47 PM

Assalamualaikum…

Mengikut pengalaman saya, GL DC41 hanya layak untuk individu itu sahaja dan tidak layak digunakan untuk anak dan isteri. Pernah terjadi ketika isteri saya bersalin. GL saya tidak layak untuknya. Begitu juga ketika anak saya dimasukkan ke wad, saya terpaksa membayar menggunakan wang sendiri. Mujurlah tidak begitu mahal.

Walau bagaimanapun sekarang hospital kerajaan telah menggunakan applikasi terkini iaitu HRMIS. Penjawat awam tidak perlu membawa GL kerana segala maklumat sudah disimpan di dalam database. Tetapi applikasi itu terhad kepada hospital yang besar sahaj seperti HKL dan beberapa hospital yang lain.

Terima kasih.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  29/03/10  at  12:43 PM

saya dengar cerita untuk pengambilan pertama untuk guru gstt sabk dah panggil dah 2minggu lepas… dah seramai 62org je KPM amik untuk seluruh malaysia… jadi kami calon2 simpanan yang duduk asyik menunggu ni bila boleh tahu? apakah nasib kami selepas 31 dis 2010 jika tidak di panggil?? adakah panggilan kedua akan di buat?? berapakah ramai lagi akan di panggil???

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/04/10  at  08:27 AM

Saya juga merupakan calon simpanan dan kini masih menunggu surat tawaran…berdebar-debar jugak rasanyer ..takut selepas 31 dis masih juga tidak di panggil ...

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  21/04/10  at  02:55 PM

salam…..saya nak tanya bila ada temuduga untuk pelajar upsi yang telah tamat pengajian pada september 2009, mendapat kelulusan senat pada november 2009 dan telah konvokesyen pada mac 2010. saya telah mengisi borang permohonan temuduga gsst 2010 pada 1 mac 2010-31 mac 2010. harap tuan dapat reply message saya ni secepat mungkin. kerjasama tuan amatlah dihargai dan disanjungi…..SEKIAN TERIMA KASIH

nri  on  21/04/10  at  02:57 PM

haaii…salam 1 MALAYSIAA..

SAYA ADA KEMUSYIKALAN SEDIKIT…BOLEH BERTANYA…...

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  14/05/10  at  01:08 AM

salam… saya pon nk tau sampai biler akn jd calon simpanan utk gstt sabk ni… klu sampai 31hb dis x dpt, rase mcm tertipu jer…..ader sape2 tau mcm mn nk pastikan dpt penempatan tu?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  17/06/10  at  01:14 PM

sy pn sme gak..lm dh jd calon simpanan..mengharap sngt..bl n dpanggil yerr.ada gak call kpm tp dia kt x bt panggilan lg..hu hu

Page 1 of 1 pages

Komen

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below:


Komen-komen Terkini
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

kawan2 gstt sekalian apa kata yang beragama islam setiap tempat kita adakan solat hajat dimurahkan rezeki jadi guru, beramai ikut kawasan dan bentuk persatuan gstt untuk mencari penyelesaian menjadi

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Guru Sandaran Tidak Terlatih

hi, saya ni lepasan spm thn 2003. saya tidak dpt menyambung pelajaran atas sbb2 yg tdk dpt dielakkan…saya ingin tahu, boleh saya mohon utk gstt menggunakan sijil spm saya? saya pelajar score ‘A’ spm

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : GSTT menganggu kedudukan saluran utama perguruan

salam
kepada graduan ISMP yang rasa gstt ni merampas rezeki kalian,sanggupke kalian merasa jadi cekgu kat sekolah swasta dengan gaji RM600, kerja dari dari 7.30 pg- 4.45 ptg belum termasuk meeting

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

salam kepada semua
saya yakin semua sudah maklum dengan cabaran mendidik sekarang. bagi insan yang memang mempunyai nurani seorang pendidik, asam garam menjadi guru sangat indah walaupun cabarannya

[...]

selari dengan pandangan cpj kan? terima kasih…

Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

Assalamualaikum.. buat sahabat-sahabat GSTT.. ingatlah, Allah Maha Adil… Teruskan berdoa. Moga Allah membuka jalan untuk kita menjadi pendidik berstatus tetap. Allah takkan ubah nasib hambanya andai

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Hanya yang cemerlang boleh jadi guru

Cadangan tersebut memang baik dan dialu-alukan tetapi hakikat yg sebenar tidak ada pelajar terbaik yg mahu menjadi guru. Berapakah pelajar terbaik sesuatu sekolah yakni 8A ke atas yg berminat menjadi

[...]

cikgupj sokong 100%, cikgu akan lebih di hormati…

Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : KPLI: Berkesankah 18 bulan

salam semua..bg sy,adik2 pispm n kpli patut bersyukur kerana kt terpilih untuk menjadi seorang guru kelak. bg sy adalah amat rasional stud KPLI dpt alaun rm1300, ini krn kami telah memiliki

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Penceramah motivasi minta bayaran tinggi

Salam,
Sekiranya anda memerlukan khidmat seorang penceramah motivasi bolehlah menghubungi saya di talian 013-4376752.  atau emel .(JavaScript must be enabled to view this email address)

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

sy telah membaca semua komen di atas, rata2nya smua GSTT. semua berharapan agar GSTT diserap menjadi sebahagian daripada anggota pendidik tetap. apakah tindakan yang kita boleh laksanakan agar

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : KPLI: Berkesankah 18 bulan

salam…sy mewakili warga pismp amat kecewa dengan kata2 anda. Walaupun kami ni awak kata ” budak” tapi pergi ja sekolah pentadbiran selalu puji kami dan KPLI SELALU KENA KONDEM. yela…mau taknye kna

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Perbezaan GSTT dan Guru Ganti

ohw….terima kasih bg feedback..alhamdulillah…pas 2 hri hbis guru ganti..dpt pula kerja di upsi..tetap..xpa lah wlau gaji hnye ikt stpm…yg pnting ada kerja…utk semua..good luck

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : GSTT menganggu kedudukan saluran utama perguruan

Bersetuju dengan pandangan V. Pokok pangkal adalah usaha. Kalau jadi Gstt, malas pun tak guna. Kalau jadi cikgu tetap, tapi mengajar sambil lewa, perkara sama gak akan berlaku.

Saya bekas GSTT, saya

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

salam…

Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

salam semuer…sy merupakan salah seorang gstt di daerah perak..tahun ini merupakan tahun ke 3 saya bergelar gstt…masuk thn ini jg dah 4 kali sy memohon kpli n dpli tapi nasib masih tidak menyebelahi

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : GSTT menganggu kedudukan saluran utama perguruan

guru tetap, GSTT, GST.. all working under 1 roof.. why can’t we work together and respect each other. stop the blaming and looking down on us. dan komen NZ… you have a point there…. Pada pendapat

[...]
Komen : hafizul | Artikel : Banyak sangat produk minda

Assalamualaikum EN Fadzi..
Saya tertarik komen En bekenaan produk minda. Ya saya akui memang banyak produk minda berada di pasaran. Cuma saya ingin memberi info kerana saya pengamal produk minda.

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

To Guru tetap..

Terima kasih atas pandangan cikgu. Saya tak nafikan ada antara gstt yang tidak bertanggungjawab dan menganggap jadi cikgu adalah kerjaya alternatif semata-mata.

Tapi tidak semua

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : GSTT menganggu kedudukan saluran utama perguruan

alah korang gstt carilah je lah keje lain…tak abis2 nak cakap ayat korang bela diri korang…sepatutnya korang sedar yg korang mmg kerja kontrak a.k.a sandaran…so kenapa nak bising2 kan???terima lah

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Hanya yang cemerlang boleh jadi guru

memang betul aspek kecemerlangan penting bagi guru dlm menentukan kejayaan seseorang anak muridnya…namun, jika ianya terlalu rigid, bukankah ia tidak adil kepada pelajar2 yg sedaya upaya telah

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

salam kawan2…sy rslah yg meluahkan perasaan di sini majoritinya adalah gstt…pastilah gstt akan cuba sedaya upaya menaikkan nama mereka…benar ke semua gstt skrg ni menjadi guru kerana benar2

[...]
Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Perbezaan GSTT dan Guru Ganti

pernah jadi guru ganti gak pas grad..mmg elaun 820 jer..pastu kalo cuti skola tolak gaji..jadi cikgu ganti dr sept 2009 smpai nov 2009..then januari 2010 dpt jadi gstt smpai skrg..so kalo minat jadi

[...]

produk minda ajaran rasul dalam mendidik anak pasti berkesan…

Komen : .(JavaScript must be enabled to view this email address) | Artikel : Jadikan GSTT sebagai guru yang diserap masuk sebagai guru tetap

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia buat semua,,,,saya amat bersetuju dengan kenyataan rakan-rakan bahawa GSTT amat komited dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Saya pun telah hampir 2 tahun

[...]
Jam Cikgu
Sembang Bilik Guru
Ditaja Oleh