Komen ramai rakan-rakan pendidik di bahagian Shoutmix yang mempertikaikan pengambilan GSTT atau Guru Sandaran Tidak Terlatih. kami juga banyak mendengar rungutan beberapa pelajar IPTA pendidikan yang hak mereka untuk posting awal berkemungkinan dinafikan dengan pengambilan GSTT. Sama ada kebetulan ataupun tidak, keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan ramai graduan diberi peluang menjadi GSTT seperti mana pengambilan 1000 guru kontrak awal tahun ini.
Sungguh pun persoalan ini adalah berbalik kepada rezeki namun implikasinya tetap ada. Sekiranya dakwaan atau statistik guru yang kurang menckupi menajdi sandaran yang tindakan mengambil GSTT adalah wajar. Tetapi timbul persoalan mengapa wujud pelajar IPTA bidang pendidikan tidak mendapat sekolah selepas sahaja graduasi.
Pada masa yang sama, GSTT diambil kerana masalah kekurangan guru. Adakah status GSTT ini menganggu kedudukan pelajar IPTA untuk posting. Ada yang menganggap pelajar IPTA dianaktirikan kerana berlainan kementerian yang mengeluarkannya. Walaupun ada rundingan dan koordinasi semenjak tahun lalu di antara dua kementerian pelajaran dan pendidikan tinggi tetapi masih belum ada penyelesaian yang efektif berhubung isu ini.Bagaimana pemetaan sumber manusia dilakukan sehingga ada yang terlepas pandang kedudukan pelajar IPTA bidang pendidikan tidak mendapat tempat di sekolah lebih awal. Seharusnya, sebelum graduasi lagi mereka ini diberi sekolah yang ditetapkan berbanding mendaftarkan diri di web Kementerian Pelajaran serta perlu menunggu giliran untuk dipostingkan.
kawan2 gstt sekalian apa kata yang beragama islam setiap tempat kita adakan solat hajat dimurahkan rezeki jadi guru, beramai ikut kawasan dan bentuk persatuan gstt untuk mencari penyelesaian menjadi
[...]hi, saya ni lepasan spm thn 2003. saya tidak dpt menyambung pelajaran atas sbb2 yg tdk dpt dielakkan…saya ingin tahu, boleh saya mohon utk gstt menggunakan sijil spm saya? saya pelajar score ‘A’ spm
[...]salam
kepada graduan ISMP yang rasa gstt ni merampas rezeki kalian,sanggupke kalian merasa jadi cekgu kat sekolah swasta dengan gaji RM600, kerja dari dari 7.30 pg- 4.45 ptg belum termasuk meeting
salam kepada semua
saya yakin semua sudah maklum dengan cabaran mendidik sekarang. bagi insan yang memang mempunyai nurani seorang pendidik, asam garam menjadi guru sangat indah walaupun cabarannya
selari dengan pandangan cpj kan? terima kasih…
Assalamualaikum.. buat sahabat-sahabat GSTT.. ingatlah, Allah Maha Adil… Teruskan berdoa. Moga Allah membuka jalan untuk kita menjadi pendidik berstatus tetap. Allah takkan ubah nasib hambanya andai
[...]Cadangan tersebut memang baik dan dialu-alukan tetapi hakikat yg sebenar tidak ada pelajar terbaik yg mahu menjadi guru. Berapakah pelajar terbaik sesuatu sekolah yakni 8A ke atas yg berminat menjadi
[...]cikgupj sokong 100%, cikgu akan lebih di hormati…
salam semua..bg sy,adik2 pispm n kpli patut bersyukur kerana kt terpilih untuk menjadi seorang guru kelak. bg sy adalah amat rasional stud KPLI dpt alaun rm1300, ini krn kami telah memiliki
[...]Salam,
Sekiranya anda memerlukan khidmat seorang penceramah motivasi bolehlah menghubungi saya di talian 013-4376752. atau emel .(JavaScript must be enabled to view this email address)
sy telah membaca semua komen di atas, rata2nya smua GSTT. semua berharapan agar GSTT diserap menjadi sebahagian daripada anggota pendidik tetap. apakah tindakan yang kita boleh laksanakan agar
[...]salam…sy mewakili warga pismp amat kecewa dengan kata2 anda. Walaupun kami ni awak kata ” budak” tapi pergi ja sekolah pentadbiran selalu puji kami dan KPLI SELALU KENA KONDEM. yela…mau taknye kna
[...]ohw….terima kasih bg feedback..alhamdulillah…pas 2 hri hbis guru ganti..dpt pula kerja di upsi..tetap..xpa lah wlau gaji hnye ikt stpm…yg pnting ada kerja…utk semua..good luck
[...]Bersetuju dengan pandangan V. Pokok pangkal adalah usaha. Kalau jadi Gstt, malas pun tak guna. Kalau jadi cikgu tetap, tapi mengajar sambil lewa, perkara sama gak akan berlaku.
Saya bekas GSTT, saya
[...]salam…
salam semuer…sy merupakan salah seorang gstt di daerah perak..tahun ini merupakan tahun ke 3 saya bergelar gstt…masuk thn ini jg dah 4 kali sy memohon kpli n dpli tapi nasib masih tidak menyebelahi
[...]guru tetap, GSTT, GST.. all working under 1 roof.. why can’t we work together and respect each other. stop the blaming and looking down on us. dan komen NZ… you have a point there…. Pada pendapat
[...]Assalamualaikum EN Fadzi..
Saya tertarik komen En bekenaan produk minda. Ya saya akui memang banyak produk minda berada di pasaran. Cuma saya ingin memberi info kerana saya pengamal produk minda.
To Guru tetap..
Terima kasih atas pandangan cikgu. Saya tak nafikan ada antara gstt yang tidak bertanggungjawab dan menganggap jadi cikgu adalah kerjaya alternatif semata-mata.
Tapi tidak semua
[...]alah korang gstt carilah je lah keje lain…tak abis2 nak cakap ayat korang bela diri korang…sepatutnya korang sedar yg korang mmg kerja kontrak a.k.a sandaran…so kenapa nak bising2 kan???terima lah
[...]memang betul aspek kecemerlangan penting bagi guru dlm menentukan kejayaan seseorang anak muridnya…namun, jika ianya terlalu rigid, bukankah ia tidak adil kepada pelajar2 yg sedaya upaya telah
[...]salam kawan2…sy rslah yg meluahkan perasaan di sini majoritinya adalah gstt…pastilah gstt akan cuba sedaya upaya menaikkan nama mereka…benar ke semua gstt skrg ni menjadi guru kerana benar2
[...]pernah jadi guru ganti gak pas grad..mmg elaun 820 jer..pastu kalo cuti skola tolak gaji..jadi cikgu ganti dr sept 2009 smpai nov 2009..then januari 2010 dpt jadi gstt smpai skrg..so kalo minat jadi
[...]produk minda ajaran rasul dalam mendidik anak pasti berkesan…
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia buat semua,,,,saya amat bersetuju dengan kenyataan rakan-rakan bahawa GSTT amat komited dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Saya pun telah hampir 2 tahun
[...]
pendapat saya, guru pelatih di IPTA xperlu risau sbb kontrak GSTT akan di tamatkan apabila datang GST dr IPTA @ IPG..ini pengalaman saya sebagai GSTT sendiri..jd jgnlah anggap kehadiran GSTT menggangu posting kalian…jgn lah tergugat dgn GSTT pula..anggaplah kehadiran GSTT sebagai pembantu kalian mengajar anak didik kita drp tiada org mengajar mereka…t.kasih
terima kasih atas pandangan en fadzli. Saya merupakan guru sandaran tidak terlatih di sebuah sekolah luar bandar di daerah maran pahang dan telah berkhidmat selama 1 tahun lebih semenjak tahun 2008. sehingga kini telah bertukar sekolah sebanyak 2 kali mengikut kekosongan guru. berkenaan keluhan pelajar-pelajar IPTA yang mengambil jurusan pendidikan yang dikatakan tidak berjaya ditempatkan di sekolah-sekolah. Bakal-bakal graduan ini tidak perlu risau dengan guru-guru sandaran tidak terlatih. ini kerana jika terdapat guru-guru posting, pihak kami yang menjadi GSTT akan ditamatkan kontrak terlebih dahulu. Jika terdapat kekosongan di sekolah lain barulah kami ditempatkan semula di sekolah tersebut. Itu terpulang kepada kekosongan guru. Walau pun kami kadang-kadang dianaktiri baik di kalangan guru mahupun kakitangan pentadbiran sekolah, tetapi kami rasa bersyukur dapat mengajar anak bangsa menjadi pelajar yang berguna. Terlalu besar cabaran mengajar anak bangsa sekarang.
berkenaan dgn bakal guru lepasan ipta atau gst, mereka yang yang masih belum posting ini bukan di sebabkan oleh gstt sebaliknya kegagalan mereka ketika menghadiri temuduga gst di setiap negeri ataupun mereka tidak memohon gst.ada yang mengharapkan bakal guru lepasan ipta akan terus mendapat pekerjaan sebagai guru.anda silap kerana kpm perlu juga membuat tapisan bagi mengelakan pengambilan guru yang tidak layak.seperti kes di kelantan tahun lalu dimana ada cikgu yang terlibat dengan perilaku pondan.walaupun ianya kes minoriti, kpm perlu mengambil iktibar dari kes ini.sekian..
betul la ape yg korang utarakan….tak sume graduasi diploma pendidikan tu akan layak tuk posting…jgn la cakap gstt tu mengganggu hak kalian…..2 tahun berpengalaman di sekolah yg sama….kehadiran gstt ni terlalu byk membantu, meringankan dan melicinkan tugas2 guru tetap terutama di bidang pengkeranian dan pengurusan pentadbiran….tak sume org nak bekerja…tapi sume org nak duit….kami yg gstt tau…betapa perit nak cari keje…tau susah payah mencari keje…so..bila dah dapat gstt ni..ni rezeki paling besar tuk kami…so kami gstt kat sekolah ni..buat keje….tak menolak…kami hargai bidang tugas ni…..mencabar, meyeronokkan ....dapat mengajar anak bangsa….saya sgt suka bidang ini…mcm2 pengalaman dapat sy pelajari sebgai seorang gstt…gn anak2 murid yg semakin mencabar…tak boleh la gstt ni dianaktirikan oleh mana2 pihak terutama kpm..bila nak..ambil gstt..bila taknak..tamatkan kontrak bagitu sahaja…ramai di kalangan gstt ni….lebih bagus dari yg sedia ada…leh buat keje…tu paling penting…
so berharap sgt…KPM meneliti kembali….hak2 GSTT…kami jg penyumbang dalam dunia pendidikan…adakah logik..gstt yg berpengalaman lebih dari setahun…dan praktik di sekolah….di ajar segala mcam di sekolah…bila mohon kpli dan dpli….susah tuk dapat…..sedangkan….pengalaman juga sgt penting dalam dunia pendidikan…di situ kita tau gstt ni dah berulit dalam dunia pendidikan..dah tau asam garam, keje mendidik..pengkeranian…pentadbiran…..dah sayang dunia pendidikan….turut ditapis utk kemasukan kpli dn dpli….disuruh…bersaing dgn graduan2 baru yg tiada pengalaman langsung…paling tidak pun…pengalaman sebagai gstt tu adalah key indicator yg baik tuk memilih seorg pendidik..sayangla..kalau KPM masih tak nampak sume ni….sya berharap sangat KPM mendengar luahan para guru sandaran tak terlatih tapi berpengalaman ni…...tu diserap atau pun membuka peluang tuk kami menjadi seorang guru tetap..bukakanla jalan tuk kami…
setuju dengan lieda. guru gstt banyak membantu guru lain di sekolah.kalau minta kerja di bidang swasta, pengalaman dan kelayakan akademik dilihat. tumpuan lebih kepada pengalaman. tapi kalau mohon kpli @ dpli, pengalaman langsung x di nilai agaknyalah. sebabnya walaupun saya mempunyai pengalaman 2 tahun lebih mengajar sbg guru gstt, ijazah dengan cpa 3.42 spm pangkat 1 tapi x pernah dapat utk kpli @dpli.hampir bputus asa dah nak mohon. tp pelik pula ramai yang baru keluar u, belum pun konvo tp dah boleh masuk kpli dan dpli. bila ditanya biasalah, guna ??xx?...sakit hatinya. saya dahulu berhenti kerja semata-mata nak jd guru. rasa x de peluang untuk dapat kpli @ dpli. hanya mengharap dengan menjadi guru gstt moga2 dipertimbangkan untu kdc.
kepada pelajar ipt yang ambil bidang perguruan, dah cermin ke diri sendiri? layakkah kamu jd guru?atau masuk u pun guna kabel juga?berapa cpa skrg? sikap kamu terhadap kerja mcm mana? adakah kamu seorng yg suka menangguh kerja? suka komen hal org tp kerja sendiri pun ntah apa2.fikirkanlah.walaupun lambat posting tapi anda tetap ada kerja juga nt.
setuju dengan jabat dan semua. menjadi gstt umpama ayam masuk ke rumah. gstt di sekolah biasanya dipandang sinis oleh kebanyakan guru di sekolah. baik dari pentadbir, mahupun guru-guru tetap. pengetua adalah ibarat ibu kepada ramai anak. kalau ada anak kandung, ada la anak angkat, anak tiri, dan anak luar nikah. di sekolah kami bertugas, organisasinya begini, pengetua ibu, guru kaunseling anak kandung, guru disiplin anak angkat, guru biasa anak tiri, manakala gstt anak luar nikah. kasta gstt memang sangat rendah dan mungkin agak sampah sedikit di kacamata mereka. namun, gstt ini la yang sanggup untuk segalanya. menerima tugas yang semua guru memang tidak sanggup lakukan. kami gstt, tidak pernah mengharap apa-apa balasan termasuklah faedah elaun dan sebagainya mahupun kenaikan pangkat ataupun pujian setelah melaksanankan tugas. namun, sekalung ucapan terima kasih pun agak sukar kedengaran khas untuk kami. sekurangnya, berilah jaminan supaya kami dapat menjadi gstt lagi untuk tahun berikutnya. kami gstt, ibarat hamba kepada tuan. “baik puan…...”. kami sering disebut dalam sesi info mingguan dengan perkara negatif, walhal sebenarnya tidak begitu. kami dan guru tetap, mungkin lebih kurang sama sahaja prestasi kerja terutama komitmen, bahkan mungkin lebih komited dengan arahan. namun, antara kaca dan permata, tidak dapat membezakan antara keduanya. kalau buta mata tidak mengapa, namun kalau buta hati itu lah masalahnya. tidak dapat bezakan antara hak dan batil. kami gstt dibebani lagi untuk hujung tahun ini.
“DIMINTA SEMUA GSTT WAJIB BERTUGAS DI SEKOLAH SEPANJANG CUTI HUJUNG TAHUN, SEPANJANG HARI CUTI BULAN DISEMBER DARI PUKUL 8 PAGI HINGGA 5 PETANG KERANA ANDA SEMUA DIBAYAR GAJI SEHINGGA 31 DISEMBER 2009, SEKIAN TERIMA KASIH”
salam..benarlah apa yang dikatakan oleh BAJINGAN,kami guru GSTT lebih komited dengan tugas masing2..lebih2 lagi kontrak kami sehingga 31 Disember 2009..kami pun terpaksa bertugas seperti guru biasa yang dikira tetap..kami yang hampir 2tahun pengalaman sebagai GSTT ini sepatutnya layak untuk dinilai dan diserap oleh kementerian untuk jawatan tetap..yang sepatutnya hak kami..tak sepatutnya dianaktirikan..sedang pelajar yang fresh keluar IPTA/IPG boleh kah melaksanakan tugas seperti kami? Kami minta keadilan bagi kami yang selalu dipandang rendah oleh segelintar manusia…di dalam bidang pendidikan…ini..kami mahu hak kami ...kalau tak kerana nak mendidik anak bangsa sendiri .bukan lah kerana wang semaat tetapi komitmen dan tanggungjawab kepada negara membawa kami..ke alam pendidikan ini apatah lagi profesion perguruan ini..Sayanglah jika kami ini di sia2 kan…dan menamatkan kontrak begitu..harap pihak2 berkenaan mengambil berat kebajikan kami….
salam..
Saya sokong rakan-rakan gstt diatas. Saya juga GSTT, sudah setahun. Saya tak nafikan, konsep anak tiri memang berlaku di sekolah saya.Apa yang kami buat dipandang sebelah mata. Banyak sudah saya lakukan di sekolah, mengajar, mengurus kelas, bawa budak-budak ke lawatan, membuat laman web sekolah, buat kertas kerja…hish..pendek kata, pelbagai benda lah.
Tapi itu semua mereka (pentadbir, guru tetap) tak nampak. Mereka nampak kesalahan kita sahaja. Kalau kita lewat masuk, hurm..abeslah. Kalau kita tak datang meeting, terpaksa MC dan sebagaianya…siaplah, mesti kena sindir. Memang teruk lah….
Nasib gstt ini seperti bola. Kita tak tahu akan ditendang ke arah mana. Buat graduan pendidikan, sedarlah, nasib anda terbela. Anda diberi elaun semasa belajar, keluar dari maktab terus dapat jadi cikgu.
Saya harap adalah pihak dapat membawa suara gstt ini ke peringkat atasan. Bukan apa, pengalaman, ilmu dan syarat kami dah cukup matang untuk jadi cikgu. Ia ibarat seperti buah durian yang cukup masak…sudah sedap untuk dimakan.
terima kasih.
saya pun bakal GSTT yg akan mengajar d sek men agama di johor. bila dengar lauhan dr rakan2 semua saya rasa mencabarnya jd GSTT ni. apa lah plak nasib saya nanti yek? pd pendapat saya KPM perlu beri perhatian T’hadap nasib dan masa depan GSTT ni, mungkin perlu ada cadangan dimana guru Gstt yg telah berkhidmat selama lebih 3 tahun diserap menjadi guru tetap berdasarkan pengalaman yang didapati dan usaha yg telah dicurahkan. kerana pd pendapat saya mereka yg mengambil bidang ini pun perlu menamatkan ijazah mereka selama 3 tahun. mereka belajar secara teorinya sahaja dah ambil masa 3 tahun, praktikalnya pun tak sampai 3 tahun. tp guru2 Gstt ni mempunyai ijazah khusus dlm bidang masing2 mungkin selama 3 atau 4 tahun ditambah pula bila menjadi Gstt dan tambahan lagi telah berkhidmat selama 2 atau 3 tahun..so pada pendapat korang la tak patut ke golongan GSTT sepeti yg saya terangkan td dserap sebagai guru tetap? saya rasa patut dan mungkin berbaloi baloi…: )
beza GSTT dan GST tetap ialah Sejauh mana kalian dua golongan ini bersyukur dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan. Tiada kerisauan…Tiada keluhan…cari jalan penyelesaian itu adalah lebih bagus.
salam…
utk makluman semua..sy adalh salah seorang dr gstt…masuk tahun ni dh 4 tahun sy mengajar tanpa apa2 kelulusan ikhtisas….tp alhamdulillah, berkat pengalaman yg sy dapat tahun demi tahun mungkin sy rasa segala tugas yg sy buat selama ni dh menyerupai guru tetap…malahan mungkin ada guru tetap yg tugasnya tak seberat seperti tugas yg saya jalankan di sekolah (mmg ada situasi ni di sekolah sy)...mmg agak terkilan kalau ada di antara graduan pendidikan yg agak tidak puas hati dengan kami si gstt…tp kami bukannya merampas tempat2 anda…kami cuma membantu….kami dah puas rasa mcm mana seksanya nk cari pekerjaan, mungkin rezeki kami ada di bidang pendidikan, kami cuba untuk beri yg terbaik, untuk kemudahan pihak sekolah juga….mmg btol kenyataan kawan2 gstt kat atas…kami si gstt akan ditamatkan kontrak jika ada kemasukkan guru baru, pertukaran guru, dll…..kami terima seadanya….
sy ada satu kisah nk dikongsikan….ini melalui pemerhatian sy….di sekolah sy skrg ada menerima 3 org guru praktikum dr sebuah u di utara….tp sy tgk semangat mereka utk mengajar langsung tak ada….sy tak tahu sama ada mereka ni sbnrnya betul2 minat dgn bidang perguruan atau tidak…wallahualam….
ramai sangat guru gstt yang komen. takde pun guru dari ipta yang nak komen disini.. biarlah saya orang pertama guru ipta yang akan komen disini.
mengenai guru gstt.. saya atau guru ipta lain x salahkan kamu kerna mengambil sebagai gstt. memang kamu semua menolong sekolah dimana seperti jika ada guru sekolah yang mengandung maka kamu akan diambil menjadi guru gantian di sekolah itu.
bagi pihak cikgu ipta yang tak posting itu adalah mengenai masalah dimana gst ini tidak mendapat tempat di sekolah2 di malaysia ini. pengambilan guru di sekolah juga bukan berdasarkan temuduga sahaja tetapi berdasarkan permintaan disekolah2 yang kekurangan guru. meskipun temuduga lulus tidak semestinya guru ipta ini mendapat tempat di sekolah2 kerana sekolah sendiri yang tidak membuat permintaan guru kepada kpm.
bagi guru gstt pula memang benar kamu sudah ada pengalaman menjadi guru tetapi bagi guru ipta seorang guru ipta mempunyai obsyen masing2. mereka telah dilatih untuk menjadi cikgu dan samalah macam kamu semua. kamu telah memilih bidang yang berlainan dengan bidang cikgu jadi kamu juga harus tahu macam mana rasa agak kecewa bila kita habis belajar kita tidak mendapat perkerjaan yang sama dengan apa yang kita ambil semasa di ipta dulu.
bagi seorang guru ipta.. jikalau mereka tidak mendapat pekerjaan di bidang pendidikan mereka tidak dapat memohon pekerjaan yang bukan di dalam pendidikan walaupun mempunyai kelulusan ijazah. ini kerana kelulusan ijazah pendidikan hanya boleh mengambil pekerjaan dalam profesion pendidikan sahaja.. jadi kelulusan ijazah ini tidak laku jika mengambil pekerjaan selain dari bidang pendidikan.
itulah sebabnya mungkin ramai guru ipta tidak berpuas hati apabila mereka tidak mendapat pekerjaan yang sepatutnya diberikan kepada mereka.
sekarang ini pemilihan bakal cikgu juga memerlukan temuduga untuk dinilai supaya dapat berkhidmat dengan untuk anak bangsa kita juga.
sekian.. kepada gstt.. kami tidak menyalahkan kamu. kalau kamu buat yang terbaik tidak salah sekolah akan mengambil kamu sebagai guru di sekolah berkenaan.
Pada pendapat saya perkara ni berpunca dari isu penempatan guru. Terdapat lambakan yang berlaku terhadap bakal2 guru yang belum posting terutamanya dari IPTA. Walhal banyak sekolah2 yang kekurangan guru. Buktinya ialah lambakan GSTT yang boleh dikatakan wujud di setiap sekolah. GSTT ni tugasnye adalah untuk menggantikan guru-guru yang cuti bersalin….sekolah yang kurang guru dan sebagainya agar tugasan2 guru ni tak tersangkut. thats why mereka diberikan lesen mengajar @ kontrak mengikut tempoh tertentu selalunya 2 hingga 6 bulan bergantung lah pada keadaan.
Menghairankan di sini adalah setiap tahun ada saja masalah posting ni terutama yang melibatkan bakal2 guru lepasan IPTA. Punca sure sebab keutamaan terhadap bakal2 guru dari IPG dan juga DPLI. Then lepas tu bila ada kekosongan baru lah guru2 IPTA ni diberi peluang untuk posting. Kasihan pada kami ni yang sebelum nak amik ISMP ni kena jugak mohon pastu ditapis untuk Medsi then pastu ditapis untuk temuduga then baru dapat buat ISMP….then lepas tu masa nk keje pun kene jgk temuduga…..apa beza proses2 yang kami lalui dulu tu?
Korng yang de kelulusan ni (degree terutamanya) sepatutnya korang mulakan lah kerjaya korg dlm bdang masing2…kitorg ni wpun dah ade ISMP but kitorg mmg tkde pluang untuk kerja dlm bdg len cm korg….dah la bilangan kami ni ramai tgk je kt UPSI….itu blum lagi IPTA2 len….thats why dari dlu lagi patutnye DPLI ke KPLI ke dimansuhkan…...dah banyak kali dengar tapi tak jalan2 jugak…..
Kementerian patutnya amik srius hal ni….patut diorg tu detect smua skolah spya diorg tau mn yg kurg guru then pastu detect graduan2 yang tak posting lagi spaya dipostingkan. So takdela GSTT ni berkhidmat terlalu lama n jadi penghalang kitorg psoting (maaf ye tapi ini realiti). Kalu diperhatikan di negara len cth singapore mn de berlaku kes2 cmni. Kalu lah perkara ni tak boleh diselesaikan so cmne profesionalisme guru tu nak dicapai sedangkan sekolah2 masih mempunyai rmai GSTT n rmai guru2 tak posting. Mslh posting ni mmg diakui oleh pnsyarah2 kami sndri…so bayangkanlah psaan kitorg ms dlm dewn kuliah…....
GSTT tak salah dalm hal ni..pada saya kalu nk selesaikan hal ni…selesaikan mslh posting ni secra total barulah kami ni beroleh hak kami…pd korg yg GSTT korg cri lah keje len jugk. jgn lah asyik nk mengharapkan kerjaya guru dengan alsan nk berbakti….pensyarah2 kitorg pnh cakap ayat nk berbakti tu “bleh jalan” pd kitorg ms mule2 jejak kaki kt IPTA…..kalu kata nk berbakti kitorg pun sama….Klaua korg kata korg ni dianktririkan ms kat skolah….ala keje ape pun kalu da mule2 msuk mmg sure kene buli…...melainkan la kalu korg ni bos…..tu la cbrn nye…tmbh2 bile brdpn dgn pgtua skola yg lgsung tk komited dengn kerja dier…..cite2 ni pnh dgr bnyk kali ms saya berbincng dgn pgtua skola swktu sya prktikal
So the main point is….isu posting mesti kene setel dlu barulah lambakan guru yang menganggur ni dapat diselesaikan…...ape2 pun kpd smua dak2 ISMP jgn mgku kalah….rezeki tu di tgn Allah n sm2 la kite doakan spya hak kite ni diperoleh scra total…...insyaAllah
kalu terkasr bhasa maafkan saya yang hina ini…..sekadar luahan prsaan dn pndapat yang lahir dri hati yg tulus ikhlas
salam…saya juga guru gstt..dh masuk tahun ke 3..banyak pengalaman yg sya kutip semenjak menjadi guru gstt ni…namun bila hujung tahun..angka 31 disember merupakan tarikh paling mendebarkan… mcm menunggu jatuh hukum plak rasanya..sambung atau tamat kontrak..tp itu la nasib guru gstt.. bila bertanya pasal kdc..pihak PPD kata kena tanya KPM, bila tanya KPM, mereka kata itu urusan JPN negeri..bila tanya JPN mereka kata itu atas arahan KPM…semua mcm cuba mengelak..kami jadi mcm bola ditendang kesana kemari oleh pihak berkuasa..nak mengadu kat sapa lagi nasib guru2 gstt ni…persatuan pun xda..
kami juga ada kelulusan..bahkan ada gstt yang dh ada sarjana..kenapa kami tidak diberi peluang untuk mendapat latihan perguruan…saya memohon….bahkan semua gstt di malaysia pun memohon ehsan kerajaan agar kami ni diserap menjadi guru tetap melalui saluran KDC…KPM tolonglah kami..bela la nasib kami guru gstt ni…
alah korang gstt carilah je lah keje lain…tak abis2 nak cakap ayat korang bela diri korang…sepatutnya korang sedar yg korang mmg kerja kontrak a.k.a sandaran…so kenapa nak bising2 kan???terima lah keadaan seadanye…klu korang dpt offer keje lain konpem korang akan tinggalkan utk jd guru ni kan…
guru tetap, GSTT, GST.. all working under 1 roof.. why can’t we work together and respect each other. stop the blaming and looking down on us. dan komen NZ… you have a point there…. Pada pendapat saya.. saya menerima keadaan saya seadanya buat masa ini. Tapi saya mengharapkan ada pergerakan dalam kerjaya saya seandainya saya ditakdir menjadi guru.. dari GSTT, guru tetap, guru cemerlang, guru disiplin, jadi PK dan seterusnya, kalau ada rezeki, jadi Pengetua. That’s a normal thing. Saya juga menerima wujudnya persaingan dalam mendapatkan kerja. Persaingan sihat yang mana menjadikan kita lebih berusaha. I will not be a GSTT forever. Bagi chance ngan orang lain plak merasa cabaran menjadi GSTT.
mengenai offer keje lain. bagi sesetengah GSTT memang mereka akan terima. apa lagi kalau keja yang ditawarkan berstatus tetap dan terjamin. tapi bagi yang dah jatuh cinta dgn kerier perguruan, tidak perlu lah rasanya menyalahkan mereka untuk berusaha mencari jalan untuk berbuat demikian. doesn’t matter what course you took. if u you are good enough and never give up, God willing, you will get what you want. Marilah kita sama-sama berdoa agar suatu hari nanti KPM akan menimbangkan untuk menyerap GSTT yang telah berkhidmat untuk beberapa ketika ke KDC dan seterusnya menjadi guru tetap. AMINNNN…..
Bersetuju dengan pandangan V. Pokok pangkal adalah usaha. Kalau jadi Gstt, malas pun tak guna. Kalau jadi cikgu tetap, tapi mengajar sambil lewa, perkara sama gak akan berlaku.
Saya bekas GSTT, saya faham apa yang gstt rasa. Tapi dengan pengalaman anda jadi GSTT, anda ada banyak peluang untuk kerja kat luar sana. APa yang penting, tingkatkan prestasi dan jangan terlalu berharap dengan kerajaan.
Pengalaman saya sebagai GSTT memberi peluang saya mendapat pekerjaan yang lebih baik. Malah, saya juga turut membuat home tuition, jujur bayarannya lagi banyak dari jadi GSTT. Saya masih mengajar kerana passion saya sebagai guru..dan ternyata..Allah itu Maha Adil..Dia akan berikan rezeki kepada mereka yang berusaha..
Buat GSTT, dapatkan pengalaman sebaik mungkin untuk anda meminta kerja lain di luar sana. Percayalah, masih banyak memerlukan khidmat anda dengan kelayakan yang anda ada!
salam
kepada graduan ISMP yang rasa gstt ni merampas rezeki kalian,sanggupke kalian merasa jadi cekgu kat sekolah swasta dengan gaji RM600, kerja dari dari 7.30 pg- 4.45 ptg belum termasuk meeting dan aktiviti sekolah,waktu mengajar 40 masa seminggu,xde kwsp,kena kerja masa cuti sekolah,kena bergilir jaga pejabat sebab sekolah takde kerani,kena buat promotion utk sekolah,kena potong gaji bila ada cuti kecemasan,takde claim pg klinik,dan macam-macam penderaan mental lagi.
itulah antara pengalaman yang dilalaui oleh gstt yg memang minat dengan dunia pendidikan.sanggup jadi cekgu walau gaji setaraf bibik.segala kepahitan itu terubat dengan kepuasan melihat anak didik berjaya.sebelum nak merasa diri ISMP tu bagus sangat,eloklah timba pengalaman mengajar di sekolah swasta dulu.barulah tahu ISMP ni memang betul2 ada jiwa pendidik..
Komen