Buletin utama semalam melaporkan yang guru DG 41-48 dalam kategori kumpulan profesional dan pengurusan layak untuk berpolitik. Dahulu hanya cadangan, kini menjadi kenyataan. Walau apapun yang dibahaskan selepas ini, mungkin ia isu menarik dan panas bukan sahaja di bilik guru malah di mana-mana sahaja. Berkemungkinan ia mempunyai garis panduan supaya aktiviti politik tidak menganggu situasi kerja semasa seorang guru di bilik darjah. Sungguh pun begitu, jika keizinan diberikan mampukah pendidik dapat membezakan waktu berpolitik dan waktu kerja. Jika lampu hijau ini diiberi, tidak dapat tidak perbincangan hangat mahupun perdebatan mengenai politik boleh jadi terbuka sehingga dalam bilik guru.
Diharapkan dengan keizinan ini tidak menjadikan sekolah pula diheret ke kancah politik walaupun sebelum ini sudah ada yang senyap mahupun terang terangan menggelar diri mereka pahlawan parti masing-masing. Seandainya tahap profesionalisme dapat dikekalkan pada tahap yang baik, tiada masalah. Tetapi bagaimana jika masing-masing tegar mahu menegakkan pendirian politik masing-masing sehingga tercetusnya perbalahan. Atau berkemungkinan wujud kelompok partisan dalam satu sekolah yang secara tidak langsung boleh melumpuhkan perjalanan sekolah.
Sememangnya langkah kerajaan ini selari dengan tuntutan prinsip demokrasi, tetapi banyak cabaran jika ia sudah dilesenkan bagi bergiat dalam politik. Soal lebih banyak buruk atau baik, ia bergantung kepada individu guru yang berkaitan dalam menghindarkan emosi dan fanatik kepartian dalam sekolah. Biarpun ada garis panduan, hanya tahap profesionalisme sahaja mampu menjamin tidak ada yang berperang mulut, poster, pendirian dalam waktu persekolahan. Biar berbeza ideologi politik tetapi tidak meminggirkan tugas utama sebagai pendidik yang mahu memandaikan bangsa.
Seandainya diteliti dengan cadangan untuk memansuhkan UPSR dan PMR adalah titik tolak kepada tranformasi besar yang mahu dilakukan oleh kementerian supaya identiti orientasi peperiksaan sistem pendidikan Malaysia berubah kepada cara yang lebih holistik membangunkan generasi muda negara.
Walaupun dalam segala perubahan yang mahu dilakukan kementerian, mungkin cadangan pemansuhan ini menjadi polemik di kalangan pendidik, pelajar, ibu bapa, dan masyarakat. Disebabkan kita sudah lama mengamalkan sistem peperiksaan, ia menjadi susah bagi membuat sebarang perubahan cara berfikir. Seharusnya semangat Falsafah Pendidikan Negara perlu disebar luas dengan lebih praktikal kepada masyarakat supaya wujud kefahaman yang pendidikan bukan hanya terletak pada deretan ‘A’ yang diperolehi.
Sambil tidak merendahkan keupayaan masyarakat dalam hal menilai isu pemansuhan ini, kita khususnya sebagai pendidik mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memahamkan masyarakat kehendak FPK yang menyebut :
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
Ia jelas yang penumpuan FPK mengandungi harapan yang besar dalam melahirkan generasi yang serba boleh, berkeyakinan, berintegriti dan nilai-nilai murni yang ingin diterapkan kepada pelajar. Soalnya sekarang kita sudah berada pada final lap menuju wawasan 2020, yang mahu ditukar adalah cara kita berfikir supaya tidak lagi mahu mengukur seseorang dengan kejayaan beberapa jam berada di meja peperiksaan yang menilai keseluruhan keupayaannya selama bertahun belajar.
Sendainya UPSR dan PMR dimansuhkan, dapatkah ia menjadi berita gembira buat para pendidik? Sekiranya diambil kira sistem penilaian sekolah yang baharu mahu dilaksanakan, mungkinkah ia tidak menambah beban kerja para guru. Ini kerana, sistem yang bakal dilaksanakan dapat menghimpunkan pelbagai tugas khususnya akademik, sahsiah dan sukan bagi menilai tahap kebolehan pelajar.
Walaupun jika dimansuhkan ia dapat memberikan ruang buat para guru tidak terbeban dengan pencapaian pelajar. Namun, aspek lain perlu diperhatikan kerana sistem penilaian berasaskan sekolah lebih menyeluruh bagi menilai setiap pelajar. Diharapkan ia mempunyai instrumen yang kukuh supaya integriti pengukuran pencapaian pelajar dapat kepercayaan masyarakat. Sekiranya tidak, kepercayaan masyarakat akan hilang kepada segala usaha yang dibuat oleh guru.
Penilaian secara menyeluruh ini berpotensi membebankan guru kerana selain akademik, guru juga perlu teliti dalam memantau setiap perkembangan pelajar dari segi sahsiah serta kegiatan sukan mereka. Bimbang nanti, banyak lagi borang dan hal pengurusan yang lain perlu dikerjakan oleh guru sehingga mengalih tumpuan pengajaran dan pembelajaran.
Cadangan pihak kementerian mahu memansuhkan peperiksaan PMR dan UPSR membangkitkan rasa bimbang mengenai sistem penilaian murid oleh masyarakat. Sama ada masyarakat masih belum memahami sistem penilaian berasaskan sekolah atau berada dalam keadaan selesa mungkin menyukarkan sedikit pelaksanaan cadangan pemansuhan ini. Pihak kerajaan juga tidak terburu-buru dalam melaksanakan proses ini sambil menanti reaksi pelbagai pihak bagi mendapat respons mereka.
Ibu bapa adalah golongan utama yang bimbang akan hal sebegini. Mungkin pada pandangan mereka keadaan pelajar akan tidak fokus kerana tiada peperiksaan yang bakal dihadapi selain SPM yang dihadapi. Sekiranya UPSR dan PMR dimansuhkan, maka para pelajar hanya akan mengambil peperiksaan sehingga tahun kesebelas persekolahan iaitu di tingkatan lima. Kebimbangan ini ada asasnya bagi ibu bapa yang pentingkan pencapaian akademik kerana dengan adanya peperiksaan maka teruji tahap kebolehan anak-anak mereka. Selain itu menjadikan anak mereka lebih kompetatif dalam dunia pendidikan.
Sampai ketikanya, pihak kementerian perlu menjelaskan secara terperinci mengenai sistem penilaian berasaskan sekolah yang ingin dilaksanakan supaya semua pihak dapat menerima serta memahami keadaan sebenar. Masyarakat juga perlu dididik demi melihat perubahan dalam merencanakan agenda pendidikan Negara.
Pelbagai reaksi yang ditunjukkan masyarakat dalam memperkatakan hal ini. Jelas sekali sistem akademik yang berorientasikan peperiksaan mempunyai nilai sentimental yang tersendiri oleh kerana ramai yang menganggap ia kurang relevan untuk dimansuhkan. Sungguh pun begitu, apa yang dibentangkan oleh pak menteri mungkin di peringkat cadangan. Namun, katanya kementerian sudah pun membuat kajian internal dengan pelbagai pihak khususnya pakar-pakar pendidikan serta tokoh pendidik. Jika kementerian mahukan khalayak umum dapat menilai dengan holistik tanpa ada rasa curiga mengenai cadangan ini, apa salahnya data-data kajian yang ampuh dapat diketengahkan secara jelas bagi menyokong tindakan memansuhkan kedua-dua peperiksaan ini. Jika diteliti di dada akhbar, tampak wujud rasa risau masyarakat segenap lapisan mengenai perubahan yang ingin dibuat. Di kalangan ahli yang berhormat juga masih lagi kurang nampak keberkesanan pemansuhan ini sehingga ada yang mahu melabelkan pendidikan Malaysia senang diubah jika menteri berubah. Sekiranya hasrat Falsafah Pendidikan Negara mahu dilaksanakan, pemansuhan ini mungkin ada baiknya bagi menjadikan sistem pendidikan kita keluar dari belenggu orientasi peperiksaan. Tetapi perlu ada sistem pentaksiran yang baharu demi menjamin pengukuran tahap kebolehan pelajar berada pada keadaan yang baik. Seharusnya, mungkin sikap berani membuat perubahan perlu ada kepada sistem pendidikan negara. Harapan sebenar rakyat Malaysia, jika mahu berubah biarlah konsisten tanpa perlu berubah lagi pada masa akan datang.
Semasa merayau-rayau di kompleks membeli belah di ibu negara, saya memang prihatin dengan kiosk atau gerai-gerai kecil dalam perkarangan kompleks. Bermula daripada promosi tudung hingga promosi raya yang sudah pun bermula menarik perhatian pengunjung ke kompleks berkenaan. Puasa pun belum, sudah ada yang mula kempen hendak raya. Begitulah resam perniagaan, perlu cepat serta pantas. Sungguh pun begitu, bukan itu isu utama.
Mata saya meninjau-ninjau apa yang dapat dibeli sebagai ole-ole lawatan singkat menumpang rombongan sekolah. Kini banyak juga kiosk yang menjual ubat jamu dan barangan kesihatan mempromosikan makanan minda yang kononnya membantu prestasi akademik para pelajar. Saya suka melihat kesungguhan peniaga mempromosikan makanan minda yang dikatakan sehingga ajaibnya boleh membantu membangkitkan kehebatan prestasi akademik. Tidak kurang juga, dalam menjual kehebatan itu ada juga terselit kebaikan produk sehingga dapat menghindarkan mengantuk semasa belajar.
Sebagai pelajar, mereka masih lagi mentah dalam memikirkan rasional sesuatu produk. Asal ada yang pandai menggoreng semasa menjual, pantas sahaja pelajar saya membelinya. Tidak mengapa adalah bagus buat pelajar saya pada ketika itu membeli makanan minda berbanding menghabiskan bekal duit yang ibu bapa berikan dengan membeli barang yang tidak berfaedah.
Oleh kerana terlalu banyak produk makanan minda, yang mana satukah yang benar-benar membantu prestasi akademik seperti yang dijanjikan. Semua produk ini dapat menceritakan kehebatan produk mereka sehingga ada yang mengambil duta sebagai penarik jualan. Tetapi sejauh mana keberkesanan jika perkara asas tidak dibuat iaitu belajar bersungguh-sungguh. Apa yang dibimbangkan adalah keterlaluan dalam menjual sehingga menjanjikan keajaiban dapat mengelirukan ibu bapa dan pelajar.
Ketika membaca keluaran khas Berita Harian bagi RMK-10, di halaman 11 ada dinyatakan kelayakan menjadi guru diletakkan pada tahap cemerlang pada pengajian di universiti dan IPG. Ini memungkinkan hanya yang terbaik dijanjikan jawatan sebagai guru berbanding sebelum ini. Ukuran kecemerlangan semasa pengajian menjadi taruhan penting bagi melayakkan setiap individu bergelar guru.
Aspek prestasi semasa pengajian diambil kira dengan merangkumi semua pencapaian semasa pengajian. Tiada lagi jaminan khusus untuk diserapkan sebagai tenaga pendidik jika tidak menunjukkan kecemerlangan semasa pengajian. Dengan itu, tidak semua pelajar yang mengambil kursus perguruan pada masa akan datang mendapat jaminan mereka diserapkan dalam perkhidmatan jika tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Justeru, kesemua pelajar yang mengikuti kursus perguruan perlu menunjukkan kesungguhan mereka dalam memastikan tempat mereka dalam perkhidmatan. Itulah KPI yang perlu dicapai oleh mereka yang mahu bergelar guru pada masa akan datang.
Apabila pengumuman RMK 10 tempohari, terdapat satu elemen yang dipentingkan dalam agenda pendidikan negara. Kemahiran teknikal dan vokasional yang akan diperkasakan oleh pihak kerajaan dalam mamacu pencapaian kerjaya yang berpendapatan tinggi. Walaupun sebelum ini, negara sudah lama mempunyai sekolah serta institusi yang fokus kepada teknikal dan vokasional tetapi masih belum menjadi pilihan utama kebanyakan pelajar.
Dengan adanya perhatian khusus oleh kerajaan, diharapkan tenaga mahir yang bakal dikeluarkan oleh institusi ini dapat membuka mata khususnya kepada ibu bapa bahawa kemahiran teknikal dan vokasional juga mampu meletakkan pelajar di tahap yang membanggakan sebagai tenaga mahir. Untuk pelajar yang kurang berminat dengan deretan kelas, kemahiran teknik dan vokasional ini juga mampu memberikan laluan untuk mereka ke universiti seterusnya membina kerjaya mereka pada masa akan datang.
Seharusnya masyarakat perlu didedahkan yang kemahiran teknikal dan vokasional bukan sekadar melahirkan tenaga mahir yang hanya pandai membuat kerja-kerja bertaraf buruh sahaja tetapi ia mampu melahirkan tangan emas yang mampu berdiri serta berdikari dengan kemahiran yang ada. Khalayak juga perlu didedahkan betapa kemahiran teknik dan vokasional juga mampu melahirkan jurutera, arkitek dan pelbagai lagi insan bekerjaya berprofil tinggi. Bukan lagi hanya pandai menyusun bata dan meratakan simen semata-mata.
Dengan kecanggihan teknologi masa kini, pengajaran dan pembelajaran boleh berada di mana sahaja. Ia perlu dengan adanya kegigihan serta iltizam tinggi menuntut ilmu demi kemajuan diri. sambil melakukan aktiviti berjalan ke blog-blog teman-teman guru saya dapat klik ke satu web yang menawarkan khidmat mengaji secara online kepada pengunjung dengan hanya RM50 sebulan.
Kelas ini dikendalikan oleh seorang guru agama iaitu ustaz Abdul Shukor yang memiliki pengalaman sejak 15 tahun yang menjadi mentor maya. Kegigihan ustaz ini walaupun kakinya dipotong akibat penyakit kencing manis beberapa tahun lalu, sedia menjadi mentor maya bagi pengajian al Quran menggunakan perisian skype. Sebagai penuntut, kita diberikan kebebasan sama ada belajar melalui suara sahaja atau bersama imej sekali. Segala maklumat mengenai program serta jadual kelas, klik sini.
Selamat bercuti kepada semua warga pendidik dan para pelajar di seluruh negara. Moga-moga dua minggu ini menjadi penenang kepada semua pihak daripada sebarang bebanan kerja yang ada. Namun ada juga rakan-rakan pendidik sedang menyiapkan mural dan kelas tambahan bagi kelas peperiksaan, tidak cuti rupanya guru kita. Ada yang bertanya mengenai tip memilih program cuti sekolah kepada para pelajar. Hal ini perlu diteliti kepada aspek berikut:
Empat aspek ini perlu diteliti serta menjadi penentu kepada keberkesanan pada pelajar. Ramai ibu bapa hanya mencari program sekadar memenuhkan masa cuti sekolah anak-anak mereka tanpa mengambil kira keperluan pelajar. Keperluan bermakna adakah program yang dijalankan adalah bersifat akademik atau sebaliknya. Sama ada pelajar perlu pengukuhan matapelajaran akademik seperti tuisyen ataupun hanya perlukan aspek jatidiri dan motivasi. Jika akedemik diberi pilihan, berkemungkinan tuisyen dan kelas tambahan sesuai sebagai memenuhi cuti mereka. Jika memerlukan motivasi, cukup sekadar menghantar ke program yang banyak diadakan oleh pelbagai agensi luar serta tokoh-tokoh motivator. Namun, perlu diperhatikan matlamat program yang ingin dicapai sama ada kerohanian, motivasi diri, jati diri. Jika memilih santai, berkemungkinan lawatan sambil belajar sesuai bagi pelajar yang mahu keluar daripada sistem persekolahan formal.
Dapatkan juga matlamat program yang dijalankan dari pihak penganjur supaya jelas selari dengan keperluan murid. Kesesuaian program juga perlu difikirkan supaya sesuai dengan umur peserta. Aspek keselematan juga perlu menjadi agenda utama jika program itu mempunyai banyak aktiviti lasak. Pengalaman penganjur serta barisan jurulatih atau penceramah perlu diambil tahu supaya kesan kepada pelajar dapat dimaksimumkan. Akhir sekali, nilailah sendiri kos yang bakal dibayar, biarlah pelaburan yang dikeluarkan adalah berbaloi.
NUTP hari ini memohon kepada kerajaan mempertimbangkan permohonan cuti bersalin sehingga anak keenam. Tuntutan ini berasaskan jumlah ahli NUTP yang melebihi 100 ribu adalah wanita. Disamping itu dengan kaum hawa sebagai majoriti dalam profesion ini juga mungkin mendapat tempias permohonan ini jikaa diluluskan. Turut diminta adalah cuti bersalin dapat dipertimbangkan hingga 90 hari berbanding 60 hari kini.
Perkembangan ini adalah sesuatu yang positif bagi memberikan masa kaum ibu berehat dan memberikan tumpuan kepada anak yang dilahirkan. Diharapkan dapatlah kiranya kerajaan dapat mempertimbangkan.
Akhbar utama hari ini membicarakan serangan ganas Israel ke atas kapal yang membawa bantuan ke Gaza. Seperti kelaziman anjing Israel ini tidak mengira siapa, mereka hanya tahu bom dan tembak semata-mata walaupun orang yang di hadapan mereka tidak bersenjata. Lumrah bangsa zionis ini, yang dikategorikan sebagai anjing tidak kira apa sahaja ia tahu memamah sahaja. Inilah kekejaman sebenarnya serta pengganas dunia yang masih selamat dibela kuasa besar Amerika.
Kita doakan supaya semua aktivis kemanusiaan yang tidak bersenjata itu selamat, bagi yang terkorban takziah diucapkan. Hairan juga dengan Israel serang orang pakai khidmat komando sedangkan mereka yang berada atas kapal tidak bersenjata. Memang terdesak nampaknya anjing Israel ini.
Apabila membelek akhbar The Star bahagian Tech, Menteri Kebudayaan kita sudah menyatakan hasrat bekerjasama dengan Korea dalam memajukan ICT negara. Hasrat ini amat baik sekali supaya kita dapat mencontohi Korea dalam menjadi negara pengeluar produk ICT yang utama. Kerjasama yang melibatkan program ICT peringkat pendidikan juga mungkin memberi nilai yang baik kepada perkembangan generasi muda negara. Harapan ini disandarkan kepada kesungguhan negara mencontohi dan mampu membuat kerjasama praktikal berbanding hanya buat majlis tandatangan MOU semata-mata. Harap nanti biarlah robot pula ganti cikgu mengajar supaya boleh cikgu tumpukan pada kerja pengkeranian...tak begitu cikgu!
Pelbagai isu yang berbangkit mengenai politik negara. Bermula pertikaman lidah di parlimen sehingga ke luar parlimen menjadikan isu ini menarik untuk dimasukkan dalam sukatan pelajaran Pengajian Am Tingkatan Enam. Mana tidaknya kerana soal adab tidak lagi menjadi kepentingan orang politik masa kini. Begitu juga halnya dengan pergolakan sebuah parti politik yang kini hangat diperkatakan di dada akhbar. Kesungguhan memecar orang dengan sesuka hati memberi tanda tanya bahawa adab dalam berpolitik dengan keadaan positif tidak lagi bagi orang politik.
Tidak dinafikan banyak pergolakan politik memang terjadi di mana-mana, namun sedih jika pergolakan ini memberikan teladan yang buruk buat generasi akan datang. Seharusnya orang politik lebih dinamik serta positif dalam menjadikan adab sebagai faktor utama kejayaan negara. Bukan berperang mulut dengan mengeluarkan kata-kata kurang menyenangkan atau simbah cat di rumah orang....
Apabila melihat kepada senario negara pada masa kini, kemungkinan dengan adanya semangat satu murid, satu sukan tidak mustahil ia bagaikan semangat baharu dalam menjadikan sukan sebagai minat serta kerjaya pada masa akan datang. Namun, kita masih lagi dalam dilema kerana pendidikan Jasmani dan Kesihatan kita masih di tahap yang kurang memuaskan.
Kenyataan ini berasaskan pendapat Dr. Zaharuddin Sani dalam artikelnya. Beliau di petik berkata, yang negara Australia mementingkan elemen psikomotor dalam aktiviti pendidikan jasmani mereka sehingga menimbulkan minat yang mendalam dalam subjek. pendidikan jasmani dan kesihatan Berbanding di Malaysia, pendidikan jasmani kita bagaikan melepaskan batuk di tangga.
Ada banyak sebab keadaan ini berlaku, selain faktor kepadatan subjek pengajaran yang perlu dihadapi oleh guru menyebabkan ada yang berkasut tumit tinggi di padang kerana tidak sempat menukar baju sukan ketika mengajar. Tidak kurang juga ada guru yang menjadi lilin membakar diri di tengah padang sehingga memegang payung demi melaksanakan tugas mereka.
Kita memang menyokong jika aktiviti sukan dijadikan kerjaya, namun perlu banyak praktikal berbanding teori...
Apabila kita tewas mudah pada China di separuh akhir, ia memang sudah dijangka walau pun ada yang mahu menjadikan episod 1992 menjadi kenyataan. Ketika itu, penulis juga bersorak sakan namun di hadapan tv. Kempunan tahun ini amat perit apatah lagi laman sendiri. Semangat penyokong yang membanjiri stadium dan televisyen masih lagi dapat menjadi azimat keramat kepada pemain kita. Jika sebelum ini pihak BAM melaungkan kepastian untuk merampas kembali piala Thomas, nyata sekali ia indah khabar dari rupa. Mungkin kita perlu banyak mendengar daripada negara lain khususnya China dalam mengulas keupayaan negara kita dalam Badminton. Tinggalkan sahaja semua tohmahan negatif yang mahu dilemparkan, cuba dengar betul-betul kata-kata ketua jurulatih China, Lyongbo mengakui pemain negara sudah tua.
Penulis juga rimas mahu memperkatakan segala apa yang dikatakan di kedai kopi mahu pun di sekolah. Semua itu tempias cerita orang biasa yang tidak tahu menahu mengenai badminton, tetapi sekarang jika BAM sayangkan negara dan peminat, perlu ada perubahan corak pengurusan supaya tidak lagi digelar persatuan yang diselubungi politiking. Peminat sudah jemu dengan laungan kosmetik, begitu juga pemain kerana banyak persatuan sukan kita suka berpolitik. Tendang sana dan tendang sini, seolah-olah persatuan sukan menjadi platform ketengah muka demi kelangsungan agenda politik sempit. Diharapkan BAM mungkin dapat belajar daripada FAM yang mencanai pasukan bawah 23 negara menjuarai sukan ASEAN. Bagitu juga bekas pemain lama yang dilibatkan sama dalam post mortem supaya idea orang yang pernah berada di gelanggang lebih tahu apa yang mahu dibuat. Begitulah yang dilakukan bekas-bekas pemain hoki negara diketuai oleh Nor Saiful zaini untuk melihat sukan Hoki negara meriah kembali.
BAM perlu juga mendengar tempelak Lin Dan ketika ditanya, apa beliau tidak mahu merampas kedudukan ranking no. 1 dunia? dengan tenang beliau hanya berkata ranking baginya adalah tidak perlu namun kejohanan besar seperti kejohanan Piala Thomas, kejohanan dunia dan beberapa lagi menjadi sasaran beliau. Senang cerita berada di ranking no. 1 tidak pasti lagi boleh menang kejuaraan besar.
Wujudkan perbezaan di antara guru di sekolah dan guru tuisyen. Kebanyakan guru tuisyen masa kini bukan lagi dari kalangan guru mungkin disebabkan beban guru yang bertambah. Lepasan graduan universiti dilihat tampil menjadikan tuisyen sebagai platform mencari rezeki sehingga ada yang berpendapatan RM3000 sebulan hanya bertandang dari rumah ke rumah serta berada di pusat tuisyen untuk mengajar. Bagi guru sekolah, platform sekolah menjadi tugas penting buat mereka bagi mengajar dan mendidik anak bangsa. Tugas guru di sekolah bukan sahaja mengajar tetapi juga mengawal disiplin, menjaga kebajikan pelajar dan hal-hal pengurusan yang lain.
Ramai di kalangan murid atau pelajar sering membandingkan cikgu sekolah dan cikgu tuisyen terutama aspek pemahaman. Mengapa cikgu tuisyen lebih mudah memahamkan pelajar berbanding guru di sekolah? persoalan ini amat subjektif untuk dijawab kerana ia bergantung kepada individu masing-masing Jika cikgu tuisyen menjadikan mengajar subjek-subjek tertentu dalam keadaan fokus kepada beberapa orang murid sahaja dalam seminggu, namun lain kisahnya guru sekolah yang terpaksa bertandang kelas ke kelas sehingga masa mengajar yang padat menghampiri 30 masa seminggu. Keadaan lain seperti suasana sekolah serta perihal pengurusan yang menekan guru sekolah sehingga mampu menganggu fokus mereka.
Temuduga terbuk bagi menjadi guru sedang dijalankan buat warga Sabah dan Sarawak. Ia memberikan kelebihan buar warga tempatan yang berada di pedalaman bagi mengatasi kekurangan guru di sana. Peluang baik ini seharusnya dijadikan sebagai platform anak tempatan mengisi jawatan guru di tempat masing-masing. semua yang berjaya akan dikursukan kemudian dihantar kesekolah yang berkenaan.
Perkembangan ini dilihat sebagai usaha jangka pendek yang dapat mengurangkan masalah kekurangan guru. Jadi pada warga Sabah dan Sarawak, rebut peluang ini bagi mendidik anak bangsa.
Apabila membaca akhbar utama yang banyak menyiarkan berita mengenai hari guru, terbaca surat pembaca yang mempersoalkan bertuah cikgu kerana setiap tahun menjadi perhatian ganjaran kerana ada hari istimewa buat mereka iaitu 16 Mei. Perayaan hari guru ini sudah berakar umbi sejak 1972 di Malaysia yang menjadikan 16 Mei sebagai Hari Guru. Antara persoalan yang utama adalah bertuahnya guru mempunyai ruang mendapat ganjaran setiap kali ucapan menteri berbanding profesion lain. Seringkali hujah hari istimewa hari guru ini dipertikaikan kerana banyak memberikan ganjaran pada guru walhal tiada peningkatan yang dibuat setimpal dengan ganjaran. Tidak sama sekali, entri ini mempertikaikan profesion lain kerana tiada hari istimewa mereka yang tersendiri, namun hari guru adalah mempunyai nilai sentimental buat guru kerana populasi guru di Malaysia mencecah 400 ribu orang. Justeru, guru bukan manja dan mahu digula-gulakan setiap hari guru tetapi ia adalah platform supaya penghargaan khusus diberi kepada guru sebagai pendidik anak bangsa.
Jika ditelusuri sajak Guru daripada Usman Awang pada bait-bait sajaknya yang menyatakan siapapun kita pada hari ini, ia berasal dari perit jerih guru dengan sabar dan tenang mangajar tulis dan baca.
Cikgumalaysia.com mengucapkan selamat menempuh peperiksaan pertengahan tahun kepada semua pelajar murid dan pelajar . Semoga kalian berjaya mengekalkan dan meningkatkan momentum pencapaian akademik. Bagi pelajar dan murid yang bakal menduduki peperiksaan utama (UPSR,SPM,STPM dan PMR) jadikan peperiksaan ini sebagai pemanas pencapaian anda sebagai kayu ukur pencapaian dalam peperiksaan akan datang.
SELAMAT BERJAYA!
Label ini selalu menjadi sinonim dengan golongan guru. Memang ramai di kalangan kita yang menjadikan saluran MLM sebagai punca rezeki tambahan. Namun harus diingat yang tugas hakiki tidak boleh diganggu. Tiada salahnya bergiat aktif dalam MLM atau apa sahaja punca rezeki tambahan yang lain, tetapi tidak perlulah menganggu tugas rakan yang lain sehingga ke tahap memaksa untuk menyertai ahli tupperware. Jika dipaksa, mungkin kita boleh hilang kawan semata-mata ingin cukup sasaran bulanan atau tahunan kita.
Mungkin ada di kalangan segelintir guru yang bersikap begitu. Namun ada juga guru yang aktif dalam MLM tetapi fokus terhadap tugas yang diberikan. Akan tetapi, dari segi peraturan kita masih lagi tidak dibenarkan untuk cenderung kepada sebarang perniagaan.
Melihat kepada banyak pendapat guru-guru dalam Shoutbox, guru kini tidak sama dengan guru dahulu mungkin ada benarnya. Ini disebabkan zaman masa kini semestinya berubah dengan keadaan 10-20 tahun lalu. Jika zaman berubah, isu juga berubah. Isu disiplin yang kini semakin meruncing, adalah petanda yang dapat memberitahu masyarakat yang cabaran menjadi guru masa kini memang tinggi. Kereta guru mudah dipecahkan cermin oleh pelajar jika ada sahaja
teguran yang tidak disukai oleh pelajar. Mungkin sekarang harta benda cikgu mudah dimusnahkan, tetapi masa akan datang nyawa guru pula yang boleh melayang.
Kerja serta bebanan guru memang banyak. Rungutan pihak guru adalah wajar kerana cabaran yang rumit yang perlu ditangani supaya generasi anak bangsa menjadi generasi yang berguna masa akan datang. Guru sekarang perlu sokongan bukan sahaja pihak kementerian namun ibu bapa serta penjaga supaya tanggungjawab mendidik bukan sahaja di sekolah tetapi tanggungjawab ini perlu ditangani bersama. Semoga generasi yang mahu dilahirkan dapat menjadi generasi yang berguna hendaknya.
Menurut laporan Berita Harian Selasa lepas, antara 40 cadangan meringankan beban guru adalah mengkaji semula kemungkinan menghadkan jumlah murid dalam kelas kepada 25 orang berbanding 40 sebelum ini. Cadangan ini memang bagus sekali bunyinya, namun kementerian juga perlu fikir, sejauh mana kebenaran cadangan ini dapat dilaksanakan. Populasi kian bertambah, tentu sekali bilangan murid juga bertambah. Memang diakui kepadatan murid yang mencecah 40 satu kelas menyukarkan guru menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anak murid Jika 25 orang satu kelas bermakna perlu ada tambahan kelas, guru dan kemudahan yang lain. Apa yang boleh dilakukan sebagai alternatif kepada mengurangkan beban guru adalah mengadakan pembantu guru yang dapat membuat kerja lain selain daripada tugasan mengajar guru bagi mengurangkan beban mengajar sehingga kepadatan 40 orang dalam satu kelas.
Mampukah jika ada 1000 murid sedangkan kelas hanya ada 30? berapa ya jika dibahagikan...
Hubungan guru dengan murid menjadi baik sekiranya wujud kemesraan. Namun hakikat ini boleh disalah tafsir oleh orang lain khususnya ibu bapa. Sebagai guru, adalah mudah terperangkap dalam keadaan mesra dengan murid atau pelajar. Timbul banyak kes gangguan seksual yang dilakukan oleh guru kepada anak muridnya. Tidak kira menengah atau rendah, situasi ini sering menjadi bahan pelaris media-media utama bagi menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab seorang guru. Walau pun ada kes-kes yang dapat membuktikan perbuatan guru menyentuh bahagian sulit dan memegang tangan murid adalah dianggap perkara yang serius serta perlu kepada tindakan undang-undang.
Tetapi ada juga kes-kes terpencil di mana guru itu mudah terperangkap dengan kemesraan sehingga diambil tindakan undang-undang, walhal hanya bermaksud untuk menunjukkan kemesraan. Oleh itu, warga guru perlu prihatin dan mempunyai ilmu perundangan supaya tidak mudah dihentam. Begitu juga, sebagai pendidik kemesraan yang wujud biarlah sekadar yang sepatutnya serta tiada sentuhan fizikal yang memungkinkan kita diperangkap dengan mudah. Masa kini, guru lebih mudah dilabelkan dengan perkara yang buruk berbanding baik. Kita perlu mengambil sikap jangan terlebih mesra dengan murid atau pelajar kita.
Ketika pihak kementerian memandang serius masalah kekurangan guru lelaki di sekolah, ia menjadi agenda penting kerana lazimnya guru lelaki yang ada disekolah banyak peranan diberikan disebabkan tugasan di sekolah amat mencabar. Guru lelaki yang sedikit ini juga yang menguruskan hal-hal yang penting seperti sukan, ko kurikulum dan aspek pengurusan disiplin. Sungguh pun begitu, sumbangan guru wanita juga tidak di pandang rendah tetapi kita perlu terima hakikat yang kudrat seorang lelaki menjadi taruhan pihak sekolah bagi menjalankan aktiviti yang lasak seperti membuat garisan padang menjelang sukan sekolah. Aspek disiplin pula menjadikan guru lelaki sebagai orang penting memantau disiplin kerana sesuai dengan peranan seorang lelaki.
Guru lelaki banyak peranan di sekolah apatah lagi jika ada sekolah mempunyai nisbah 1:4 dari guru wanita.
Setiap Isnin, sekolah mesti dan wajib mengadakan perhimpunan mingguan. Agenda utama adalah bertujuan perhimpunan yang mengumpulkan kesemua warga sekolah bagi mengetahui perkembangan sekolah sama ada hebahan, pengumuman, perasmian atau apa sahaja perkara penting yang hendak disampaikan semua melalui medium perhimpunan mingguan.
Lazimnya, perhimpunan dimulakan dengan doa seterusnya dengan nyanyian lagu Negaraku dan negeri. Kemudian diikuti dengan laporan mingguan oleh guru yang bertugas minggu sebelumnya bagi membentangkan laporan. Bermula saat ini, aksi membebel pun dimulakan dengan banyak negatif berbanding positif. Seolah-olah melepaskan geram dek kerana pelbagai masalah yang timbul pada minggu sebelumnya. Di permulaan hanya menyatakan masalah kemudian nasihat bertukar bebelan sehingga membingitkan telinga pelajar atau murid kerana di awal minggu sudah bermula hal-hal yang tidak menyenangkan.
Mungkin kejadian sebegini berlaku di segelintir sekolah, malah ada sekolah yang memang prihatin menjadikan perhimpunan lebih bermakna dengan mengimbangi nasihat dan agenda lain supaya keluar daripada episod bebelan mingguan. Guru juga manusia yang kadang-kadang tidak tertahan rasa apabila perkara yang sama berlaku sehingga terpaksa membebel kerana kedegilan pelajar itu sendiri.
Itulah cabaran di sekolah, yang menanggungnya guru dan pentadbir yang tekun melaksana segala yang dikatakan 'saya yang menurut perintah' Mungkin sampai masanya perhimpunan mingguan perlu dihiasi aktiviti yang lebih menyenangkan semua pihak berbanding tertekan dengan hal-hal yang begitu series sehingga menaikkan kadar stres.
Apabila bertemu dengan seorang rakan yang bakal bersara bulan hadapan, beliau ada menyuarakan kebimbangan yang P&P hanya dipandang hanya perlu berlaku dalam kelas sahaja. Katanya, pada saat ini seolah-olah mengajar hanya di dalam kelas sehingga kurangnya inisiatif segelintir generasi pendidik untuk mempamerkan inovasi serta kreativiti dalam P&P.
Katanya lagi, P&P perlu dilihat dengan lebih holistik supaya tidak hanya berada dalam kotak kelas sahaja. Ia mungkin dapat dilakukan di luar kelas secara langsung atau tidak langsung. Dengan berhemah, saya cuba menyatakan pada beliau yang guru sekarang memang mahu serta mencuba untuk menjadi kreatif dan inovatif namun pelbagai hambatan komitmen mengubah fokus guru itu sendiri. Tambah saya lagi, silibus yang masih lagi padat mungkin menyumbang kepada kurangnya fokus soal kreatif dan inovatif.
Beliau menambah, orientasi peperiksaan yang berakar umbi dalam pendidikan kita juga perlukan perubahan serta jika transformasi
menyeluruh kementerian mampu memberikan tonik baharu dalam hala tuju pendidikan negara.
Betul ungkapan itu buat yang tidak pernah berada dalam kelas serta cuba mendisiplinkan anak-anak bangsa. Kemudian selepas habis kelas, semua buku
yang dikumpulkan dibawa ke bilik guru untuk disemak.Oh! belum sempat sampai ke bilik guru perlu pula bergegas ke kelas yang lain, maklumlah masa mengajar padat menghampiri 30 masa seminggu. Hanya sempat letak buku, kemudian bergegas lagi cari kelas untuk diajar. Sampailah tengahari, bunyi loceng balik, murid-murid sudahpun naik kenderaan ibu bapa atau awam yang lain untuk balik, tetapi guru masih ada di sekolah kerana ada mesyuarat peperiksaan, inikan sudah masuk pertengahan tahun, peperiksaan sudah dekat. Habis mesyuarat, jam menunjukkan angka 3 petang, ada sejam lagi untuk bersiap sebelum melatih murid bagi kejohanan yang macam-macam termasuk lari dalam guni.
Setelah penat jam 5, baharu balik ke rumah jumpa anak isteri. Malam, banyak rekod yang perlu disiapkan termasuklah kehadiran, persediaan mengajar, analisis
prestasi murid dan kertas kerja yang perlu ditaip kerana dateline sudah dekat. Esok seawal jam 5 pagi, sudah bersiap-siap mahu ke sekolah.
Hal di atas mungkin berbeza mengikut individu guru, tambah beban lagi jika guru itu jugalah yang menjadi ketua panitia,ketua bidang, guru disiplin dan bermacam lagi. Jika ada segelintir masyarakat yang mengatakan kerja guru senang, cuba berhenti kerja masuklah ke bidang perguruan, baharulah kita tahu kita perlu merungut ataupun tidak. Jika di pejabat kita ada kerani yang dapat bantu taip itu dan ini tetapi guru dari kertas kerja hingga ke padang orang itulah yang rancang maka orang itu juga yang jalankan.Kita sebagai guru tidak merungut cuma beritahu, harap orang atas faham jika mahu lonjak prestasi kerja utama guru adalah pengajaran dan pembelajaran (P N P). Bahasa umum adalah MENGAJAR....
Jika banyak peraduan menawarkan wang sebagai ganjaran sehingga angka juta, begitu juga halnya dengan tawaran istimewa kementerian kepada
warga sekolah yang berjaya melonjakkan prestasi. Mungkin nilai ganjaran tidaklah berjuta, namun cukup memberikan perangsang dan semangat
kepada orang yang bertungkus-lumus menaikkan nama sekolah. Tetapi bagaimanakah pengukuran melonjakkan prestasi. Adakah masih lagi dengan
fokus akademik atau mempunyai kriteria yang luas bagi menjamin ganjaran yang diberikan adalah kepada yang berhak.
Ganjaran ini tentunya membantu perkembangan menaikkan prestasi sekolah, mungkin tambah lagi semangat jika pangkat pun dapat....
Dikatakan 20,000 golongan pendidik bakal dinaikkan pangkat. Begitupun, angka itu diumumkan secara keseluruhan merangkumi semua platform
sama ada yang bertugas di sekolah, jabatan dan IPGM seluruh negara. Syukur juga kerana nanti ada rakan-rakan kita yang bakal naik pangkat.
Kita sebenarnya masih menanti apakah penyelesaian kepada beban guru yang sudah lama dibincangkan.Mungkin jawatankuasa yang dilantik masih
lagi berbincang...namun sampai bila ya! Harap kita mendapat reaksi positif nanti walau pun kita semua ternanti-nanti juga pengumuman keramat
pada hari guru tetapi masih lagi ada yang mahu dibincang...
Apa lagi mahu diperkatakan lagi tentang guru pada tahun ini. Komuniti guru banyak berjasa biarpun banyak hal yang terjadi dalam pendidikan. Pergilah ceruk mana sekalipun, jika ada sekolah maka di situ mempunyai guru. Mereka tekun walaupun banyak tekanan yang dihadapi masa kini. Di mana sahaja anda berada, sekali bergelar guru, andalah guru buat selamanya. Gelaran 'cikgu' adalah gelaran tidak mempunyai darjah kebesaran yang senantiasa orang kenang sampai kita tiada lagi di dunia ini.
cikgmalaysia.com mengucapkan SELAMAT HARI GURU!
Jika masuk sahaja pintu kebanyakan sekolah, tertera papan tanda "anda kini berada di zon selamat". Apa pun papan tanda yang dipamerkan, soal utama yang perlu difikirkan adakah benar seperti yang dinyatakan jika ada sekolah masih lagi bersepah kenderaan guru di tepi laluan jalan kaki ataupun apabila ibu bapa menghantar anak mereka dengan tidak memakai topi keledar dapat menjamin apa yang dinyatakan oleh papan tanda itu benar.
Ada sesetengah sekolah hanya meletakkan papan tanda namun tidak memikirkan keadaan sebenar. Pihak ibu bapa juga perlu berfikir dengan rasional ada juga tindakan yang dibuat oleh mereka khususnya ketika menghantar dan mengambil anak dari sekolah melakukan tindakan yang tidak selamat sehingga dapat menimbulkan rasa tidak selesa orang lain. Lihat sahaja awal pagi dan tengahari, keadaan kereta ibu bapa yang memakir di tepi jalan dan bersepah menganggu lalu lintas juga antara contoh menganggu keadaan lalu lintas.
Jika di dalam sekolah dapatlah dibuat perubahan, tetapi jika sikap ibu bapa yang memandang mudah hal sekolah selamat. Jika tidak terkena pada pada diri sendiri tidak mengapa, tetapi jika musibah sudah terkena baharu bising sehingga ke media.
Peranan pentadbir sekolah memang menjadikan tanda aras kepada kejayaan sekolah. Kepemimpinan sekolah adalah faktor penting dalam menentukan halatuju, pentadbiran dan masa depan sekolah. Dunia pendidikan yang semakin dinamik, para pentadbir menjadi orang yang mengemudi sekolah seharusnya mempunyai pandangan yang jelas mengenai hal dunia pendidikan demi menyediakan formulasi yang terbaik dalam memajukan sekolah.
Ada masanya, pentadbir juga tidak lepas dengan mengamalkan sikap berpuak sehingga menyebabkan ada guru yang berpotensi tetapi tidak sealiran pemikiran. Sikap berpuak ini mewujudkan sindrom pasukan emas yang disukai oleh pihak pentadbir kerana sealiran pemikiran dengan mereka. Seperti mana, politik pejabat yang lain, kecenderungan majikan menjadikan sekelompok pekerja yang dipercayai membuatkan ada yang mengambil sikap tidak mahu ambil tahu dan terlibat kerana jika bersuara pun tiada gunanya. Sebab ia hanya umpama menyalak bukit tiada siapa mahu mendengar.
Pasukan emas ini mendominasi semua tugasan penting dan berpengaruh namun hasil kerja mereka tidak berkualiti sehingga ada yang hanya pandai melepaskan tanggungjawab kepada orang lain jika apa yang dibuat tidak menjadi. Lakonan mereka yang bersifat DramaKing memualkan rakan-rakan sekerja yang lain kerana bila di hadapan baik namun belakang lain halnya. Walaupun tidak semua sekolah ada yang mengamalkan pasukan emas ini tetapi jika wujud sindrom ini secara berterusan, apa yang berisiko adalah transformasi yang diinginkan dalam pendidikan Malaysia mungkin tidak kesampaian.
Adalah lebih baik matalamat dan halatuju sekolah dapat melibatkan apa yang dikatakan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja atau KMK demi melahirkan pelapis baharu dalam mentadbir sekolah berbanding mengambil jalan mudah memilih bulu dan orang yang sealiran dengan pendapat sahaja. Ada masanya, keputusan pentadbir yang dapat dicabar dengan baik melalui rundingan dan musyawarah kesepakatan antara kesemua warga sekolah.
Minggu lalu mempunyai banyak pengumuman penting mengenai pendidikan. Terbaru, mengenai guru yang perlu bersedia berkhidmat di pedalaman. Sama ada guru baharu atau berpengalaman, mereka perlu dipertimbangkan untuk dihantar ke pedalaman. Sememangnya, guru yang muda dan berstatus bujang mungkin tidak bermasalah dengan hal ini. Bagaimana pula buat guru yang sudah berkeluarga kemudian perlu berkhidmat di pedalaman. Walaupun guru perlu menjadi lilin, berkorban demi kemajuan anak bangsa, perlu juga dilihat hal berkaitan kebajikan insan guru itu.
Jika ada guru berpengalamn yang sudah puluhan tahun berkhidmat kemudian sudah menetapkan niat untuk bermukim juga memiliki rumah di sesuatu kawasan, bagaimana pula golongan ini mahu mempertimbangkan ke pedalaman sebagai arahan untuk berkhidmat. Begitu juga ada di antara guru muda sudah mendirikan rumah tangga namun ditugaskan di luar, pertimbangan hal-hal kekeluargaan perlu diambil kira memandangkan mereka juga menjadi golongan yang berpotensi mengisi borang pindah jika keadaan terdesak. Walaupun pertimbangan untuk imbuhan ditambah, namun ada perkara khususnya aspek kekeluargaan juga harus menjadi hal yang penting. Ini kerana aspek emosi dan kesediaan guru mempengaruhi keselesaan untuk mengajar. Ada perkara jawapannya imbuhan, namun ada perkara perlukan pertimbangan kebajikan guru dari aspek yang lebih luas.
Selama ini perjuangan golongan pendidik supaya profesion ini dimartabatkan dengan mengambil kira kebajikan mungkin dapat direalisasikan. Berdasarkan pengumuman menteri yang mahukan melonjakkan pendidikan ke tahap yang baik kini 'mencabar' guru dan pengurusan sekolah dengan imbuhan yang bakal diberikan jika sekolah meningkat prestasi. Walaupun perlu menunggu perincian pak menteri menjelang sambutan Hari Guru 2010, sedikit sebanyak ada yang senyum sampai ke telinga khususnya warga pendidik.
Jika dahulu hanya pentadbir mendapat pujian dan sanjungan tetapi rezeki mungkin berpihak pada guru yang turut sama bersusah payah menaikkan nama sekolah. Sambil tidak mengenepikan sumbangan kepemimpinan pendidikan yang terdiri daripada pentadbir, seharusnya pendidik juga berhak mendapat kredit dan imbuhan yang setimpal dengan usaha keras mereka. Sesetengah masyarakat mungkin mempertikaikan mengapa guru perlu diberikan banyak ganjaran padahal kualiti guru mungkin dapat dipertikaikan. Namun harus disedari dalam membangunkan sekolah, kerja keras guru tidak mengira masa sekolah semata-mata. Ada yang bersengkang mata dalam memastikan persediaan yang terbaik bagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Semua warga pendidik menunggu perincian yang mahu didedahkan nanti. Harapan golongan pendidik biarlah apa yang mahu diberikan seperti imbuhan gaji dan kenaikan pangkat tidak pula perlukan prasyarat yang lain sehingga janji hanya tinggal janji.
Jika diteliti, 20 buah sekolah yang diangkat sebagai Sekolah Beprestasi Tinggi mempunyai kredibiliti yang tersendiri. Namun label sekolah kluster yang dahulu yang menjadi penanda aras sekolah negara dilihat kurang fungsinya masa kini. Walaupun sekolah kluster dipilih mengikut piawaian namun dengan SBT sedikit sebanyak menurunkan populariti sekolah kluster. Terbaru dengan sebanyak 500 buah sekolah bakal ditarafkan sebagai sekolah lima bintang sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya ke mana halanya dengan pelbagai label yang diberikan kepada sekolah.
Adakah dengan wujudnya pelbagai penarafan ini hanya memperbanyakkan kategori atau jenis sekolah berbanding fungsi yang jelas bagi memacukan kecemerlangan sekolah. Terlalu banyak label tanpa ada rasional yang kukuh hanya dapat mengelirukan masyarakat. Adakah sekolah juga nanti ada penarafan sekolah paling popular supaya memudahkan masyarakat mengiktirafkan sekolah berkenaan yang paling terbaik dari baik-baik belaka.
Emosi menyelubungi seluruh rakyat Malaysia kerana gejala mendera yang dasyat telah berlaku. Mangsanya adik Syafia yang selamat dikebumikan semalam. Sebagai warga pendidik, kita semua mengucapkan takziah kepada keluarga adik Syafia. Tidak keterlaluan jika mahu dikatakan manusia yang berwatak binatang sanggup menjadikan seorang kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa sebagai 'bola' tendangan semata-mata melampiaskan nafsu amarah yang tiada keseudahan.
Sungguhpun, pelbagai kes yang membabitkan penderaan. Malah seketika dahulu, seorang kanak-kanak yang juga mangsa dera dicucuh rokok dan pelbagai kecederaan lagi. Sedarkah atau tidak orang-orang begini yang senang-senang mendera dan menganggap nyawa hanya mainan biasa. Mungkin bagi segolongan ini beranggapan nyawa juga boleh dibeli. Semua pasti marah dengan keadaan ini. Komen ini tidak mahu menekan keluarga mangsa, tetapi perbuatan di luar kewarasan akal manusia tidak dapat diterima sama sekali.
Para pendidik khususnya mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menjadi agen penyampai pendidikanyang kini bukan sahaja kepada anak murid malah keluarga serta masyarakat. Perbuatan ini mungkin berulang jika tidak ada komitmen semua pihak khususnya warga pendidik yang dapat menyemaikan ilmu kepada akar umbi.
Awal tahun adalah masa yang sibuk buat para pendidik. Di samping P & P yang menjadi bisnes teras pendidik, kerja pengurusan juga menjadi agenda seharian yang dapat menyibukkan guru. Tidak keterlaluan dikatakan ia kadang-kadang menganggu tugas P & P. Perkara ini sudah lama didebatkan, namun biasanya guru juga dipersalahkan kerana tidak pandai susun prioriti. Sukan juga menjelma saat ini, latihan sukan serta merentas desa juga boleh membuatkan guru hilang fokus, apatah lagi jika ada rakan seperjuangan tidak memberi komitmen.
PIBG juga sudah mula bersidang, agenda itu dan ini dibincangkan sehingga masak namun keputusan yang dicapai kadang-kadang tidak pun dilaksanakan. Ini bukan sekadar luahan berbaur negatif namun jerit ayah guru kadang-kadang diperlekehkan sesetengah pihak yang menganggap guru adalah pekerjaan sekerat hari. Malah ada yang kata senang sahaja jadi guru pergi pagi pulang tengahari. Kebanyakan kerja semua percuma belaka, demi melakukan yang terbaik untuk anak bangsa.
Pihak web cikgumalaysia.com mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada pegunjung berbangsa Tiong Hua. Semoga kerjaya perguruan tahun ini mendapat kejayaan dan berkembang serta menyinar. Semoga limau yang diberi menjadi emas yang menguntungkan, bukan semata-mata sebagai tanda persefahaman dan persahabatan pendidik. Semoga keberanian Tahun Harimau menjadikan profesion perguruan dipandang tinggi di mata masyarakat.
Berikut pertanyaan seorang pengunjung yang dihantar ke web cikgumalaysia.com, diharapkan ada yang dapat respons:
Selamat sejatera.Saya seorang guru sekolah rendah dari penang.soalan saya,
guru guru gstt yang mempunyai degree di seluruh malaysia diberi gaji dc41
kecuali penang.JPN dgn pps penang tidak menunjukan black and white yang sah
untunk practice ini.guru gstt sekolah rendah penang merasa dukacita ...
bagaimana ke kami dapat dibantu
Tahniah kepada semua sekolah yang terpilih menjadi sekolah berprestasi tinggi. Ternyata pengumuman menteri memberikan gambaran transformasi serta tanda aras untuk pendidikan Malaysia. Diharapkan dengan pengumuman ini mampu memberikan semangat pada sekolah berkenaan.
Kepada pengunjung cikgumalaysia.com, kami ingin bertanya adakah buku-buku teks disekolah memang cukup atau tidak. Jika tuan-tuan mempunyai pandangan mengenai hal ini boleh sahaja dimasukkan dalam ruangan komen. Kononnya ada yang kata buku teks di sekolah tidak cukup. Apa benarkah begitu?
Ramai yang masih lagi bertanya mengenai mahu menjadi guru sandaran tidak terlatih. Buat pengunjung web cikgumalaysia, memohon guru sandaran tidak terlatih adalah dengan mengubungi mana-mana Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing bagi mengetahui keperluan menjadi guru sandaran tidak terlatih. Lebih baik lagi jika saudara berhubung dengan mana-mana sekolah terdekat dengan berjumpa sendiri dengan guru besar atau pengetua masing-masing.
Pengambilan adalah bergantung kepada keperluan dan kehendak semasa pihak yang berkenaan. Apa sahaja usaha yang mahu dilakukan, saudara perlu berhubung dengan pihak yang disebutkan. Oleh kerana maklumat kekosongan guru sandaran biasanya tidak diiklankan.
Cikgumalaysia mengucapkan selamat bertugas kepada guru permulaan dengan posting yang pertama. Diharapkan dengan tahun baharu menjadikan kita lebih bertenaga dalam mengharungi tugas sebagai guru. Sentiasa menjadi guru yang sejati.
Tahun baru ini diharapkan menjadi suatu kelainan kepada dunia pendidikan negara. Dengan pelbagai isu yang menghiasi 2009, pendidikan nampaknya menjadi agenda utama negara. Pendidikan menjadi perkara penting untuk pembangunan insan negara. MBMMBI yang sudah dijangka menjadi agenda utama kerana tuntutan pelaksanaan lebih awal pada 2011. Walaupun pelbagai ranjau berduri golongan pendidik dan NGO yang lain bertungkus-lumus membantah PPSMI, masih ada lagi yang mahukan PPSMI. Jelas sekali tahun ini perlu perubahan supaya pendidikan negara tidak lagi dijadikan eksperimen pihak tertentu. Semoga datangnya 2010, mampu memberikan harapan baru kepada pendidikan negara.
Selamat tahun baru daripada cikgumalaysia.com
Apabila membaca Harian Metro minggu yang lepas, ada terbaca muka depan yang melaporkan seorang remaja perempuan belasan tahun dilatah oleh 14 orang lelaki yang dipercayai teman-temannya. Memang selalu sangat mendengar topik hangat sebegini, namun laporan itu juga menyebabkan saya mengucap panjang kerana, si mangsa hanya selamba sahaja, walhal kegiatan itu dihidu oleh keluarganya sendiri melalui rakaman yang tersimpan dalam telefon bimbit.
Dengan kecanggihan teknologi, apa sahaja yang dilakukan oleh remaja dikatakan cerdik namun ia hanya menipu diri sendiri. Namun dikatakan remaja itu, selamba serta berasa tiada apa walaupun maruah rela diberikan begitu murah kepada 14 orang lelaki. Sedar ataupun tidak sedar, tindakan dia itu menjadi berita hangat akhbar malah lebih buruk lagi maruah keluarga yang menanggung.
Kita sebagai pendidik bersimpati dan cuba merasai perasaan keluarga terbabit namun bahu yang memikul lebih rasa peritnya kerana seorang anak dara yang sanggup memalukan keluarga dengan cara murahan sebegitu. Dipengaruh atau terpengaruh, kita sendiri tidak tahu sehingga tindakan remaja berkenaan dengan mudah mengikut arus hidup moden yang dikatakan lebih 'ummph' buat generasi kini.
Namun diharapkan kita sebagai pendidik lebih menggiatkan kegiatan kesedaran kepada diri, keluarga dan masyarakat supaya kegiatan tidak manis dan tiada moral dapat dibanteras dengan bersungguh-sungguh.
Awal disember yang lalu, timbalan menteri ada menyatakan yang kandungan revolusi pendidikan yang akan diketengahkan bakal memberikan kuasa mutlak memecat guru kepada guru besar dan pengetua. Jika dilihat kepada niat dan kehendak transformasi pendidikan, mungkin ia ada baiknya namun berbaloikah jika kuasa yang diberikan dapat menjanjikan efisien kepada pendidikan negara.
Jika di luar negara, kebanyakan guru mampu dipecat oleh pengurusan sekolah memandangkan lesen untuk mengajar adalah ditanggung sendiri oleh guru berkenaan. Dalam erti kata lain, guru mengeluarkan wang sendiri menghadiri kursus yang berwajib bagi menjadi seorang guru. Jadi mudahlah bagi pihak pengurusan untuk memecat mana-mana guru yang tidak menepati KPI yang ditetapkan.
Perkembangan ini, mampu meletakkan sekolah ke tahap yang memuaskan kerana kuasa yang diberikan kepada guru besar dan pengetua memecat guru mampu membuang mana-mana guru semborono atau kurang pencapaian dan inisiatif mereka ke arah kecemerlangan sekolah. Tetapi jika kuasa yang diberikan tidak mempunyai batas, bimbang salah guna kuasa boleh berlaku sehingga menyebabkan kebajikan guru tidak terbela. Jika ada masalah, guru yang tidak disukai boleh dibuang manakala yang baik di mata guru besar dan pengetua dikekalkan.
Apabila berbual dengan beberapa pentadbir dan guru biasa, terdapat rasional yang baik jika kuasa mutlak memecat guru kepada guru besar dan pengetua. Ia termasuk menjadikan transformasi berjalan dengan lancar khususnya peringkat akar umbi iaitu sekolah. Bermakna guru yang betul-betul bermasalah baharu dipecat dan bukan guru yang tidak disukai kerana sifat lantang memberikan cadangan baik kepada pihak pengurusan.
Oleha sebab itu, ada baiknya pelaksanaan ini mempunyai kajian yang mendalam sehingga mengambil kira kebajikan serta kedudukan guru dan sumbangan mereka supaya kuasa yang diberikan kepada guru besar dan pentadbir tidak disalahgunakan. Mungkin juga ada jawatankuasa khas mengkaji keputusan guru besar dan pengetua dan mekanisme rayuan diadakan bagi mencabar kembali keputusan yang kurang relevan jika kuasa ini diberikan kepada mereka.
Guru permulaan yang berstatus GST juga adalah golongan yang perlu diperhatikan dari segenap sudut supaya mereka benar-benar kompeten menjadi guru jika tidak guru besar dan pengetua berhak memecat terus mereka jika mereka ternyata melanggar peraturan dan tidak mempunyai personaliti yang baik sehingga mencemarkan nama baik pendidikan negara.Heboh ketika dahulu seorang guru menyertai pertandingan ratu pondan menjadi justifikasi jelas yang golongan seperti ini perlu disingkirkan terus dari perkhidmatan perguruan berasaskan kuasa guru besar dan pengetua. Maka ia menjadi perkara yang jelas untuk menggunakan kuasa memecat ke atas individu guru yang tidak bertanggungjawab serta tidak bermoral.
Walaubagaimanapun, Falsafah Pendidikan Guru dapat dijadikan asas kepada menggubal dan menyediakan kuasa mutlak untuk guru besar dan pengetua memecat guru. Jangan nanti hanya berbeza pendapat, pecat sana serta pecat sini dengan semudahnya.

Web cikgumalaysia.com mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431. Semoga dengan kehadiran tahun yang baru ini, menjadi pemacu kepada kecemerlangan diri kita dan masyarakat demi memajukan pendidikan negara. Diharapkan dengan memberikan pendidikan kualiti menjadikan generasi kita menjadi masyarakat yang terdidik, berilmu, bersopan-santun dan menjunjung cita-cita agama dan negara.
Bahagian akhir temuduga perguruan ini mahu membincangkan berkenaan dengan isu semasa yang kadang-kadang membolehkan kekurangan markah ketika temuduga. Perkara ini pernah saya bualkan bersama orang yang menemuduga calon perguruan. Mereka berpendapat apabila merujuk kepada isu semasa, ramai yang dikatakan kurang inisiatif untuk mengambil tahu hal-hal yang berkaitan isu semasa. Isu semasa dapat dibahagikan kepada fakta dan pengetahuan.
Kebanyakan soalan penemuduga dapat dijawab sekiranya calon bersedia dengan efektif berkenaan fakta. Namun, kebanyakan calon gagal berhadapan dengan soalan tahap mudah ataupun pengetahuan sahaja. Sebagai contoh, adakah cuti itu hak atau keistimewaan. Bagi yang kurang bersedia, mereka pastinya menjawab cuti sebagai hak seorang pekerja namun jawapan adalah sebaliknya. Ada perkara yang tidak memerlukan hafalan yang mendalam namun cukup sekadar mengambil tahu berkenaan isu semasa.
Jika memperkatakan berkenaan perguruan, seharusnya hal-hal seperti dasar pendidikan, dasar negara yang dihaharukan atau yang baharu, apa yang terjadi di sekeliling, Konsep Satu malaysia dan perkembangan terbaru Dasar MBMMBI serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2011-2015 perlu dikunyah oleh calon guru bagi memastikan saudara berada dalam senarai orang yang ambil tahu apa yang terjadi berkenaan negara dan dunia. Kadang-kadang ada soalan yang tidak perlukan jawapan yang betul namun cukup sekadar pandangan yang bernas serta meyakinkan penemuduga. Perkara paling penting adalah jangan cuba goreng tanpa fakta yang betul, kreadibiliti saudara sebagai calon akan jatuh seterusnya menggagalkan laluan untuk menjadi guru.
Selamat Berjaya!
Apabila menjelaskan pengalaman kerja dan kerja sosial:
Saudara perlu menyebut dengan teratur dan jelas, jika boleh dalam bentuk kronologi atau perkara yang menonjolkan kekuatan saudara dalam alam pekerjaan. bagi melihat calon guru yang kompeten, penemuduga mencari:
Mungkin perkara yang disebutkan adalah sebahagian daripada aspek lain yang ditonjolkan. Namun, inilah masanya saudara perlu menyusun dengan baik segala pengalaman yang ada dalam masa yang terhad bagi penemuduga dapat mencungkil bakat-bakat yang ada pada saudara. Jangan pula terlalu banyak mengangkat diri, bimbang nanti masuk bakul angkat sendiri.
Bersambung....
Apabila memberikan penjelasan mengenai pendidikan, diharapkan tip-tip di bawah dapat membantu saudara dalam merangka jawapan yang berstruktur dan teratur ketika menjawab soalan dari penemuduga:
Cuba bahagikan pendidikan kepada;
Pendidikan Awal dan menengah memerlukan calon menjawab sekolah rendah dan menengah. Tidak perlu mendalam sehingga menghuraikan tadika sama sekali. Ada pendapat di kalangan penemuduga, keperluan menanyakan soalan ini adalah untuk mengetahui latar belakang dan asal calon berkenaan.
Bagi pendidikan tertiari, saudara perlu huraikan berkenaan pendidikan di peringkat matrikulasi atau universiti. Jika mempunyai masa, sebutkan juga kelulusan yang tertera pada transkrip supaya memberikan kepekaan berkenaan kelulusan saudara kepada penemuduga.
Bagi persoalan mengenai pendidikan, kecenderungan penemuduga mahu melihat calon guru benar-benar tahu tujuan dan bidang yang dipelajari semasa menuntut di universiti dahulu. Elakkan daripada meremehkan hal sebegini kerana kebanyakan kesilapan juga berlaku pada peringkat penerangan mengenai pendidikan saudara seperti:
Bersambung...
Apa khabar semua bakal pendidik? Diharapkan kepada saudara yang mahu menyertai kerjaya sebagai guru mungkin saudara semua bakal berhadapan dengan temuduga dan ujian yang diadakan. Tidak kiralah sama ada GSTT atau GST. Seperti mana temuduga biasa yang lain penilaian penemuduga ketika memilih calon guru adalah berasaskan kriteria berikut
1) Penampilan & Personaliti
2) Pendidikan
3) Pengalaman kerja & kerja sosial
4) Isu-isu semasa khususnya pendidikan
Berdasarkan kajian cikgumalaysia.com melalui maklumbalas penemuduga dan orang yang bertanggungjawab dalam pemilihan bakal guru dan pengesahan jawatan bagi guru sandaran terlatih atau GST adalah:
1) Kekurangan penampilan yang menggambar personaliti diri dan profesion perguruan
Contohnya:
Bagi lelaki - tidak memakai tali leher, tanda nama, baju kemeja tangan pendek dan bercorak-corak.
Bagi wanita- Memakai tudung dan baju yang kurang keserasian warna, tidak memakai tanda nama, tiada tas tangan yang sesuai dan pakaian yang terlalu menyilau dan menjolok mata.
Kesalahan Umum: Tidak senyum ketika mula masuk ke bilik penemuduga, sijil tidak lengkap khususnya salinan yang disahkan, gambar terkini, datang lewat
Jika menghadiri temuduga dalam kerjaya perguruan, diharapkan penuhi segala syarat yang telah ditetapkan serta elakkan dari membuat perkara-perkara yang remeh namun memberikan impak yang besar kepada peluang saudara menyertai kerjaya guru. Ketepatan dan kejituan dalam memilih pakaian juga diambil kira serta tidak dipandang remeh oleh penemuduga. Memang ada sesetengah berkata ia hanya sebahagian kecil daripada kehendak temuduga namun perkara inilah yang diulangi kesalahannya disebabkan sikap ambil mudah daripada calon guru.
Perlu difahami yang saudara sudah terpilih untuk temuduga namun menunggu selangkah lagi bagi meyakinkan penemuduga. Penemuduga adalah orang yang terlatih, mereka mudah mengesan salah dan silap dengan sekelip mata tanpa kita sedari, jadi elakkan sikap ambil mudah dan pakaian yang dikatakan sebagai asal boleh sahaja.
Bertemu lagi lain masa...bagi tip-tip seterusnya
Apabila program Permata Pintar dilaksanakan dengan mempunyai sekolah sendiri bermula 2011 ini, bermakna ia menjadi sejarah buat negara dalam menguruskan sumber manusia yang pintar kognitif dan mempunyai kekuatan otak yang luar biasa. Justeru, kehadiran 'kampus kecil' yang dibuat dalam UKM dikatakan menjadi inspirasi buat murid dan pelajar pintar ini mendalami ilmu dengan suasana penyelidikan.
Program ini diwujudkan dengan harapan dapat menguruskan pelajar pintar yang dapat menyumbangkan kepada perkembangan saintifik dan kemajuan negara. Berkemungkinan besar tenaga pengajar yang mengajar di sini juga adalah di kalangan pintar-pintar belaka kelak. Prinsip "the best breed the best" terpakai demi melihat semua kanak-kanak ini diuruskan perkembangan mereka supaya tidak lagi kehebatan IQ serta keupayaan mereka tercicir begitu sahaja. Kita semua sedih melihat contoh Sufiah yang cemerlang ketika kanak-kanak namun menjadi sebaliknya apabila dewasa. Mungkin inilah menjadi pendorong untuk diwujudkan suatu sistem persekolahan yang menyokong kebolehan dan keupayaan luar biasa kanak-kanak Malaysia supay terurus dengan jayanya kehidupan mereka.
Selepas ini, SBP, SBT dan entah apa lagi konsep sekolah hanya menempatkan orang biasa-biasa sahaja memandangkan ada yang lebih luar biasa akan diwujudkan di Permata Pintar.
Web cikgumalaysia.com mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga pendidik. Jika ada yang berkursus, semoga berjaya hendaknya mendapat bekalan serta ilmu baharu. Jemput jenguk-jenguk web cikgumalaysia selalu bagi memeriahkan lagi protal perbincangan kita.
Peristiwa Kuala Dipang memberikan kesan mendalam kepada guru yang mengalaminya. Begitulah risiko yang perlu dihadapi oleh seorang guru. Program apa sahaja yang mahu dijalankan semuanya dipertanggungjawabkan kepada guru. Silap langkah guru yang kena. Oleh itu, guru sentiasa memikirkan cara yang terbaik dalam melaksanakan tugasnya. Siapa tahu kesusahan yang dialami oleh guru namun tanggungjawab tetap tanggungjawab.
Masyarakat luar hanya cuba mencari kesalahan khususnya hal prosedur yang kurang diendahkan. Namun, tahukah orang di luar yang kadang-kadang arahan atau apa sahaja program yang dipetanggungjawabkan selalunya last minute. Justeru guru yang bertangggungjawab tidak mempunyai masa yang cukup melainkan melaksanakan arahan dengan secepat mungkin. Memang ada takwim yang disusun namun kadang-kadang semuanya bersifat tentatif serta tidak pasti. Jadi dengan kekalutan dan kesusahan yang dihadapi guru tetap menjalankan tugasnya seperti diarahkan. Memang surat kebenaran waris adalah kepastian yang mengandungi yang pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap apa hal yang terjadi kepada peserta, seharusnya perkara ini perlu dikaji semula supaya penafian ini tidak berat sebelah sehingga mengundang kemarahan waris.
Mungkin sudah tiba masanya, ada kajian yang perlu dibuat supaya mengurangkan risiko guru disalahkan jika ada perkara atau masalah khususnya di tapak perkhemahan.
100 sekolah beprestasi tinggi pula diwujudkan menjelang 2012. Banyak sekali konsep sekolah yang mahu diperkenalkan, sehingga sistem pendidikan kita banyak merakamkan sejarah kewujudan tagline sekolah yang banyak seperti Kluster, Wawasan, Bestari, Perkasa, Cemerlang dan sekadar beberapa lagi. Kewujudan konsep sekolah yang banyak menyebabkan orang yang belum tahu merasakan banyak sangat branding sekolah sehingga mengundang rasa pelik.
Konsep sekolah ini kadang-kadang dilihat kabur kewujudannya walaupun mempunyai perancangan kertas yang sempurna. Soalnya, mana satu yang lebih baik klusterkah, wawasankah, Bestarikah atau sekolah biasa?
Cadangan sekolah satu aliran sudahpun berbunyi beberapa ketika dahulu dengan kenyatan yang dibuat oleh Dato' Mukhriz. Namun ia berbunyi semula kerana cadangan Tan Sri Prof. Khoo Kay Kim berkenaan pentingnya kewujudan sekolah yang berasaskan satu sistem tanpa ada perbezaan aliran. Kempen satu sekolah ini memang kencang diperkatakan sekarang memandangkan ia menyokong kuat agenda perpaduan.
Jika PIPP menekankan pemerkasaan Sekolah Kebangsaan, adakah ia dapat mencapai tahap yang dikehendaki ketika PIPP yang dilancarkan sejak tahun 2006 dan meniti hari-hari akhir menuju 2010 seperti mana yang terkandung dalam PIPP yang memperuntukkan 2006-2010 sebagai tempoh transformasi yang diinginkan. Sudah pasti jika diteliti banyak lagi perkara yang perlu dilakukan jika mahu melihat SK relevan masa akan datang.
Jika perpaduan menjadi alasan utama mahu menjadikan sistem sekolah untuk semua, adakah ia hanya semata-mata untuk kebaikan politik atau kebaikan perpaduan. Dengan pelbagai masalah yang menghiasi pasca PRU 12 yang lalu, adakah Sistem Sekolah Untuk Semua (SSS) ini hanya untuk kebaikan negara taupun diwujudkan sebagai kebaikan politik. Jika mahu dilaksanakan, mampukah golongan ini menyakinkan semua pihak atau hanya menyalak bukit.
Mahu tahu lebih tentang SSS, KLIK
Menjadi guru bermakna bukan sekadar mencari makan. Walaupun diberi ganjaran dan gaji bulanan, ia lebih dari sekadar karier. Ramai khalayak di luar sana berminat menjadi guru, namun kita fahamkah bagaimana kerja guru. Jika ditanya mengenai tekanan, semua orang boleh bercakap yang guru banyak tekanan, malah ada juga mendakwa guru kerja senang, sebab pergi pagi pulang tengahari.
Itu pandangan masyarakat kebanyakan. Lain halnya jika sesiapa yang menjadi guru. Pernah ada ketika saya sempat berbual dengan seorang graduan yang berkali-kali memohon untuk menjadi guru tidak kira DPLI dan KPLI. Beliau berbicara dengan nada kecewa kerana setiap kali mohon, tidak sampai ke peringkat temuduga. lalu saya sempat menasihati beliau supaya bersabar kerana mungkin ada cubaan yang membawa rezeki yang mahu dilorongkan tuhan kepada beliau. Dengan bernada sinis, beliau masih tidak puas hati kerana jawapan saya cuma menenangkan atau hanya sekadar klise biasa ( ungkapan biasa).
Kemudian saya berkata, jadi cikgu mungkin tuhan sedang uji beliau sabar atau tidak sebelum masuk menjadi guru. Sebab, sabar adalah ranking teratas jika mahu menjadi guru yang baik supaya tidak menjadi guru yang hanya cari makan.
![]()
Tanya sahaja pemimpin pendidikan khususnya pentadbir, kata mereka suka kepada dasar yang terbuka dan suka mendengar. Bercakap memang senang daripada bertindak, memang menjadi ungkapan biasa jika kita selalu dengar "kami mengamalkan dasar yang terbuka dan suka mendengar dengan kritikan dan cadangan orang bawahan."
Sungguh pun begitu, adakah benar bagai di kata. Selalunya mendengar dalam erti kata riak wajah atau bahasa badan semata- mata namun tiada perkenan dengan tindakan. Teman guru saya pernah berkata, dalam pengurusan pendidikan perkara mudah menjadi susah oleh kerana ada dua peraturan yang selalu diamalkan oleh pentadbir ;
Banyak mana cadangan subordinat atau orang bawahan, walaupun baik kekadang tidak akan dihiraukan jika tiada kuasa pengaruhi seorang bos. Sehebat mana sahaja hujah jika semua dikata tidak berkenan di hati bos semuanya tidak menjadi. Mempengaruhi dan membodek perkara yang berbeza. Mempengaruhi punyai cara yang cerdik tapi berhemah tetapi membodek mempunyai cara berhelah yang penuh perasaan bermuka-muka.
Tidak semua pentadbir begitu, tetapi adakah kita semua faham akan dasar terbuka dan mahu mendengar. Punya banyak kursus dan latihan kepemimpinan, ia tidak memadai memahamkan kedua-dua konsep ini. Dasar yang terbuka dengan kritikan dan mendengar perlu dilatih dan bukan sekadar didengar
Golongan pendidik yang menikmati kenaikan gred 41 yang asalnya 29 masih lagi ada yang teraniaya setelah ketinggalan kenaikan gaji selaras dengan pengalaman mereka. Golongan ini yang khususnya menyambung pelajaran bagi melengkapkan ijazah masih lagi tertinggal berhubung soal gaji yang menghantui golongan ini. Jika ada yang mahukan berita terkini mengenai hal ini atau mahu memperjuangkan nasib rakan-rakan kita, mari kita berikan pendapat dan hujah dengan melayari web pendidik.my
Kiranya, sahabat-sahabat bakal guru mahu bertanya mengenai tips-tips peperiksaan, temuduga atau perkara yang berkaitan hal P & P. Pendekatan kontsruktivis perlu diketahui dan difahami dengan sesungguhnya. Genre baharu ini menerbitkan pelbagai kaedah, teknik, pendekatan dan strategi yang dianggap sebagai yang berkesan saat ini.
Semua pendidik maklum mengenai hal pengajaran konstruktivis ini memandangkan ada yang mengamalkan dengan langsung atau tidak langsung. Konstruktivis adalah pendekatan yang berpusatkan pelajar dan bukannya guru. Jadi, segala aktiviti dan perkara yang dirancang dalam P & P perlu memikirkan kesannya kepada perkembangan koginitif, sosial dan kandungan sesuatu subjek terhadap pelajar. Senang cerita, pendekatan konsruktivis adalah pendekatan yang menganggap segala ilmu atau pengetahuan seorang pelajar sudah lama terbina dalam mindanya, jadi hanya pengukuhan sahaja diperlukan dengan memberikan mereka sedikit ruang membuat eksplorasi pengetahuan berkenaan sehingga mereka membina pengetahuan itu satu persatu sehingga faham serta dapat menyelesaikan masalah.
Sebagai contoh, mengajar geografi khususnya mengenai pembacaan peta atau bearing. Jika mahu memberikan contoh biarlah ia berkisar contoh setempat di mana pelajar itu berada berbanding memberikan contoh peta New York yang mereka sendiri kurang arif mengenai tempat itu. Mungkin itu sekelumit contoh, ramai lagi rakan-rakan guru yang pasti banyak idea berkenaan konstruktivis ini.
Konstruktivis tidak senang dengan cara buka buku dan hafal semata-mata. Tetapi mementingkan kefahaman yang dibina melalui cara belajar yang unik bagi setiap orang pelajar.
Jika ada masalah, pendidikan menjadi tudingan pertama masyarakat mengenai kualiti insan yang lahir. Justeru, pendidik yang menjalankan tugas selalunya senang untuk dibelasah dari segenap penjuru. Kita sebagai guru kadang-kadang sudah lali dengan sikap segelintir masyarakat yang menganggap guru sahajalah yang bertanggungjawab mengenai apa sahaja yang berlaku ke atas anak didik mereka.
Memang dari suatu segi ada benarnya, namun jika segelintir masyarakat ini hanya tahu menyalahkan guru jika apa-apa berlaku itu yang menjadi masalah. Dengan bebanan guru yang ada, ia hanya dikatakan sebagai tugas namun tidak melihat realiti serta suasana bebanan yang ditanggung oleh guru. Sebagai pendidik, kita pernah mengalami pelbagai masalah dengan pihak keluarga yang kadang-kadang datang tanpa ada siasatan dan adab kemudian datang sekolah kemudian marah-marah.
Bagi mereka, mereka rasa mereka betul sehingga apa sahaja percakapan dan alasan kita hanya mahu mengelakkan diri. Sebenarnya mungkin sesetengah kes kita mahu mengelakkan diri, namun sebagai pendidik ramai yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Begitupun, masyarakat masih kurang nampak komitmen dan kesungguhan guru yang tinggi.
Bagi yang sudah, akan dan mahu menjadi guru. Penting untuk kalian semua faham yang Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan atau SPP memang tegas dengan pengendalian temuduga mereka. Bagi yang mahu dilantik setelah berkhidmat serta mahu disahkan jawatan semua guru perlu melalui temuduga ini. Temuduga ini memang tegas jika tidak kena syarat, sila pulang tanpa ragu.
Ada kes guru yang ditemuduga tidak membawa dokumen serta memberi alasan tertinggal atau terlupa, mereka dipersilakan untuk balik dengan hormatnya. Jika ada yang kata temuduga SPP sebagai syarat, itu adalah salah sama sekali. Pelbagai syarat perlu dipenuhi kerana ada pegawai yang meneliti dari hujung rambut hingga kaki melihat pemakaian, personaliti dan dokumen sebelum masuk ditemuduga. Jika tidak lepas, kita tidak dibenarkan untuk masuk ditemuduga maka tunggu lagi enam bulan baharu boleh ditemuduga.
Jika tidak percaya, sila tanya guru-guru yang sudah pun ditemuduga...
Jika diamati GSTT dilantik sebagai perjawatan kontrak. Jika guru ganti ia bukan GSTT. Guru Sandaran Tidak Terlatih mempunyai surat tawaran rasmi daripada JPN yang juga mengkehendaki tuan-tuan perlu menjalani proses medical check-up dan prosedur memasuki perjawatan kerajaan yang lain. Jadi, jika sudah menjadi GSTT tuan-tuan semua adalah kakitangan awam namun mempunyai kontrak. Jadi segala tindak-tanduk perlu berlunaskan undang-undang kakitangan awam.
Namun kelebihan seperti pinjaman atau lain-lain tidak dapat dinikmati seperti kakitangan awam kecuali elaun yang selayaknya dengan kelulusan saudara apabila berkhidmat sebagai GSTT. Untuk diserapkan ke perkhidmatan tetap, itu tidak dijamin. Namun kontrak dapat disambung berdasarkan keperluan.
Hampir kesemua guru-guru pelatih di seluruh IPGM pelusuk negara sedang demam menghadapi peperiksaan. Dengan berbaki satu dan dua minggu, semua guru pelatih berdepan suasana stress dan tertekan memandangkan peperiksaan akhir yang bakal menentukan nasib bakal-bakal guru ini. Terutamanya PPISMP, PISMP dan KPLI yang masing-masing memburu soalan spot dan macam-macam kerenah lagi.
Ada yang kata perlu rebus buku dan pelbagai perkara lucu yang lain. Namun hakikat keresahan empunya badan masing-masing tiada siapa yang tahu. Justeru web ini mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga berjaya menjawab dengan baik. Jika mahu bertanya mengenai soalan spot, tinggalkan jejak anda dalam emel atau forum kami, dengan harapan ada yang sudi membantu.
Jika mahu atau berminat menjadi guru, kita bukan sahaja perlu bersedia untuk mengajar. Bahkah kita perlu bersedia bekerja secara multi tasking. Berkawad, berenang, berkayak atau apa sahaja orang lain boleh buat, kita semua kena pandai buat. Itu perkara biasa, jika di dalam temuduga, kita semua mengaku boleh buat itu dan ini. Masuk IPGM atau Fakulti Pendidikan perlu buktikan yang kita kota apa yang di kata.
Menjadi guru perlu bersedia untuk bekerja secara sistematik, perlu peka dengan arahan pihak atasan dan mempunyai inisiatif sendiri. Kerja lain pun begitu, namun perlu faham kerana guru di Malaysia tiada pembantu mahupun kerani yang menolong kita. Jika ada pun, itu cuma ehsan kerani pejabat sebab mereka bukan kerani cikgu. Oleh sebab itu, jika mahu membuat tuntutan perjalanan perlu simpan dan lekatkan semua resit-resit, sebab bila sampai ke meja kerani jika tidak lengkap, tiada siapa yang peduli semua resit-resit masuk tong sampah.
Dalam perguruan, banyak perkara datang secara last minute. Orang beritahu, baharu surat sampai. Lebih tragis lagi, masuk sahaja sekolah tiba-tiba sampai surat untuk mesyuarat bentang itu dan ini padahal data satu pun kita tiada. Jangan main-main dengan hal begini, ada juga guru siap beg belakang boot kereta, sebagai persediaan jika ada short notice kursus atau perkara lain.
Melainkan jika ada di antara guru yang mempunyai suami atau isteri yang diistilahkan sebagai somebody dalam kementerian, kebarangkalian untuk tidak menghiraukan arahan mungkin tinggi. Ini semua bukan perkara negatif, tetapi jika kita semua mahu menjadi guru. Jika ditanya pada guru yang mempunyai pelbagai personaliti sama ada positif atau negatif, jawapan kepuasan dalam mendidik adalah melihat anak murid kita berjaya...itu yang sebenarnya. Bagaimana ada berani untuk mahu jadi cikgu.
Seringkali jika ada perdebatan mengenai isu sosial mahupun isu apa sahaja. Generasi muda perlu dipupuk dengan nilai-nilai murni dan positif supaya modal insan yang efektif dapat dibentuk. Jadi, mudah sekali mana-mana pihak terutama orang politik seringkali cakap "Kita perlulah mendidik generasi muda dengan itu dan ini....bla..bla..bla..jadi hendaklah kita mulakan sebarang program sejak bangku sekolah...bla...bla..bla serta diharapkan kementerian dapat berbuat sesuatu...bla..bla.. guru juga perlu menyemai sikap....bla..bla..bla oleh itu dicadangkan kelab itu dan ini dilancarkan di sekolah."
Begitulah klise yang terjadi oleh mulut orang politik, tidak semena-mena sekolah tempat lambak kelab itu dan ini, program itu dan ini, persatuan itu dan ini sehingga sampai ke satu tahap yang mana satu pihak sekolah terutama guru perlu pentingkan. KPI sekarang menuntut guru-guru lebih kompeten dalam penyampaian P & P yang menghasilkan peljar banyak A berbanding pelajar yang kenal potensi diri. Jadi senang dikatakan, kewujudan sebarang kelab yang entah apa-apa tidak memberikan impak yang positif jika diikut dengan cakap-cakap politik. Kelab pelancongan, kelab jenayah dan sebagainya susah untuk ditentukan mana yang lebih utama.
Adalah baik hadkan atau kaji semula mana yang baik dan cukup bermanfaat untuk murid dan pelajar. Jika tidak belajar tidak kemana, kelab terbarai tidak yang menghidupkannya.
Tuan-puan yang dihormati,
Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas respons semua pengunjung yang sudi memberikan pendapat mahu pun komen. Semoga dengan kehadiran komen saudara semua membuatkan web ini mendapat sambutan lebih menggalakkan. Tujuan kami mewujudkan web ini adalah sebagai saluran kesedaran korporat PTS menghargai jasa-jasa pendidik serta mengengahkan pendapat pendidik serta orang ramai mengenai pendidikan.
Namun sejak akhir-akhir ini terdapat komen yang tidak dapat kami lepaskan kerana ia berbaur hasutan, menghina atau seumpama dengan ia. Setelah mendapat nasihat perundangan serta adab dalam memberikan pendapat daripada pakar dari pihak PTS sendiri, adalah lebih baik semua komen yang tiada asas fakta kukuh serta tidak profesional tidak akan kami layan dan siarkan.
Jika ada yang tidak setuju mahupun bersetuju dengan apa yang dilontarkan dalam web ini, sila sampaikan dengan cara yang beradab dan sopan walaupun tidak dapat bersua muka. Tiada gunanya perkataan yang tiada manfaat hanya kerana membalas komen orang lain bagi entri tertentu. Web ini adalah untuk para pendidik atau bakal pendidik yang tinggi akal budi demi kemajuan bangsa. Bukan tempat salah-menyalahkan orang atau lebih buruk lagi perkataan maki-hamun.
Sesuai dengan dasar PTS, kami menganjurkan sebarang perkataan atau penulisan komen perlu dalam Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dengan tidak memasukkan sebarang slanga, jargon, singkatan sms atau yang tidak melambangkan reputasi Bahasa Melayu sebenar ke web ini. Justeru kami amat berharap, biar apa sahaja pandangan tuan-puan kami hargai tetapi perlulah mematuhi adab dan peraturan negara. Diharapkan juga semua yang dinyatakan bukan sebagai peraturan namun panduan buat kita semua bagi mengangkat martabat bahasa Melayu supaya ia terpelihara sebagai bahasa ilmu dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
Terima kasih atas sambutan tuan-puan, semoga kita dapat bertukar idea demi kebaikan pendidikan negara. Guru adalah arkitek bangsa.
Kementerian tidak membuat sebarang iklan bagi pengambilan KPLI ambilan Januari 2010. Bagi yang berminat serta menunggu sebarang iklan untuk memasuki bidang perguruan melalui saluran KPLI tidak dapat berbuat demikian. Kementerian mempunyai calon simpanan yang diperlukan untuk ambilan Januari 2010 berdasarkan simpanan nama yang memohon semasa pengambilan KPLI Jun 2009.
Bagi mengetahui maklumat lanjut sila layari laman KPM
Bagi merancakkan dunia siber para pendidik dan pendidikan negara, cikgumalaysia.com mengalu-alukan sebarang pertukaran pautan dengan khalayak pengunjung yang mempunyai blog peribadi atau sekolah. Begitu juga buat pendidik yang mempunyai pendapat yang mahu diberikan. Caranya mudah dengan emelkan sahaja segala butiran ke cikgumalaysia@pts.com.my
Pertukaran maklumat seperti program, seminar, pertandingan juga kami alukan-alukan demi merancakkan hebahan aktiviti pendidikan. TIada sebarang caj atau yuran laluan dikenakan hanya perkongsian strategik alam siber.
Gelagat segelintir pihak yang masih kemaruk dengan dasar PPSMI masih lagi bernada untuk mempertahankan dasar ini. Walaupun sudah ditentukan oleh pak menteri supaya tiada lagi layanan diberikan untuk sebarang cubaan mengembalikan PPSMI. Kali ini, mereka cuba bermain selamat dengan mahukan SK diberi pilihan untuk sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Bagi kebanyakan pendidik, apa yang sudah ditentukan oleh pihak kementerian sudah muktamad. Adalah baik bagi pihak-pihak berkenaan tidak lagi mempertikaikan atau cuba menegakkan benang basah.
Mereka ini juga mendakwa membuat bancian di kalangan ibu bapa di sekitar lembah Kelang ( KL & Selangor) yang melibatkan tujuh buah sekolah yang rata-ratanya berada di kawasan elit. Dakwa mereka manfaat yang diperolehi anak-anak mereka dari PPSMI adalah punca utama mereka mahu SK diberi pilihan. Sengaja tidak tahu atau buat-buat tidak tahu yang berkali-kali kementerian bertegas keputusan yang dibuat adalah jelas serta mahukan mana-mana pihak tidak mempertikaikan lagi.
Kesal juga kerana golongan ini masih beranggapan BI adalah bahasa yang dapat menjadikan anak-anak mereka hebat walaupun mereka juga bukan orang putih. Semua orang sudah bercakap yang BI perlu diperkasakan namun bukankah kementerian sudah terang panjang lebar mengenai agenda pemerkasaan BI. Sudahlah wahai tuan dan puan, dasar yang ditentukan sudah jelas. Bila lagi mereka ini mahu faham yang keputusan mengembalikan BM juga ada kaitannya dengan agenda perpaduan serta memartabatkan BM sebagai bahasa ilmu. Jika diberi bukti yang negara maju seperti Jepun juga masih mengekalkan bahasa mereka dalam teknologi mungkin tidak dapat meyakinkan mereka. Sebab itu, mereka berusaha keras menegakkan benang basah walau bancian yang dibuat hanya terhad di kawasan elit dan sampel sebesar tujuh buah sekolah. Layakkah atau kukuh data bancian dengan sampel sebesar tujuh buah sekolah. Bagi pendidik, jika buat master dengan kekuatan sampel sebesar itu, tiada maknanya kutipan data itu, buat menghabiskan beras sahaja.
Secara amnya, bagi Belanjawan 2010 meletakkan harapan penting kepada kepemimpinan sekolah yang terdiri dari pengetua dan guru besar. Soal kecemerlangan disandarkan kepada mereka mahupun arah tuju sekolah. Jadi pengiktirafan berasaskan prestasi kepemimpinan diambil perhatian oleh kerajaan bagi belanjawan kali ini. Jika dahulu pengiktirafan kepada guru besar dan pengetua hanya menyentuh soal pangkat, gred dan tangga gaji namun kali ini kerajaan melihat ada keperluan kesemua guru besar dan pengetua dinilai secara holistik berdasarkan prestasi yang ditunjukkan. Baiáh Baru atau New Deals menjadi cabaran buat pengetua dan guru besar bagi mempersiapkan diri bagi benar-benar kompeten dalam menguruskan sekolah kerajaan.
Jika dilihat daripada idealisme dan kehendak belanjawan ia dilihat membantu menjadi pemacu kepada pengurusan sekolah lebih berdaya saing. Ia adalah kerana dengan Baiáh Baru ini, pengetua dan guru besar dinilai secara komprehensif dalam membentuk sekolah kerajaan yang cemerlang dalam erti kata sebenarnya. Walaupun sebelum ini guru besar dan pengetua dinilai dengan prestasi secara semasa, sistem Baiáh baru ini tidak boleh dipandang enteng kerana kesemua mereka dinilai dengan bersungguh supaya mencapai KPI yang ditentukan.
Jadi, tiada lagi hanky-panky atau sikap lebih kurang dalam kepemimpinan sekolah kerana kepemimpinan menjadi faktor penting dalam menentukan sekolah ditadbir urus dengan profesional. Selepas menunjukkan kesungguhan dan keupayaan yang hebat, baru guru besar dan pengetua diberikan ganjaran autonomi serta ganjaran kewangan dan bukan kewangan. Jika ini direalisasikan, ia menjadi cabaran besar disebabkan guru besar dan pengetua perlu membuktikan keberkesanan kepemimpinan mereka. Jika tidak, selepas dua tahun mereka tidak membuktikan kecemerlangan kepemimpinan maka ada habuan lain pula dari pihak kerajaan.
Jika KPI benar diperjuangkan dalam belanjawan kali ini, diharapkan tiada lagi kepemimpinan sekolah yang tidur....
Seperti mana yang diumumkan kementerian, langkah untuk diawalkan bagi Tahun Satu mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu pada 2011 memberikan gambaran yang jelas bahawa mekanisme soft landing yang mahu diimplementasi sebelum ini mungkin dilihat kurang sesuai. Adalah lebih baik kesemua peringkat murid dan pelajar sudah memulakan pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu.
Mungkin persediaan seperti buku dan semua agenda bekalan bahan pengajaran dapat dipercepatkan jika ini adalah alasan utama yang mahukan dasar BM sepenuhnya 2012. Namun diharapkan ketegasan pak menteri yang menafikan sebarang cubaan mengembalikan PPSMI konsisten buat selamanya. Manakan tidak, ada segelintir golongan masih merasakan bahawa relevansi mengajar BI bagi Sains dan Matematik menebal.
Bagi golongan ini, terimalah hakikat yang kementerian ada cara yang lebih baik merangka agenda bagi memperkukuhkan BI dengan acuan pendidikan kita sendiri. Jangan fikir dalam kotak, fikirlah luar kotak. Jika benar PPSMI bagus, tidak perlu ada yang bersusah-payah rendahkan graf kelulusan bagi mata pelajaran sains dan matematik ketika PPSMI. Cikgu juga pening untuk buat loceng pada graf bagi lebih signifikan...
Kesinambungan tahap efisien awal tahun ini akan diulangi pada tahun persekolahan 2010. Kebanyakan usaha dan mesyuarat serta penyelarasan kerja sudah diarahkan oleh kementerian kepada sekolah. Kebanyakan tugas-tugas pra musim persekolahan perlu disudahkan sebelum hari pertama persekolahan. Situasi ini mahu menjamin pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan sepenuhnya hari pertama persekolahan.
Tiada lagi kelam-kabut dan rungutan ibu bapa mengenai tahap efisien yang dilaksanakan oleh pihak sekolah kerana semuanya selesai sebelum sekolah buka lagi. Tinggal hanya penumpuan kepada hari persekolahan. Diharapkan guru pula tidak terbeban dengan mesyuarat pra musim persekolahan kerana kebanyakan mesyaurat mungkin diadakan kerap semasa cuti panjang.
Terima kasih kepada pengunjung web yang memberikan cadangan perbezaan kepada istilah GSTT dan guru ganti. Terima kasih juga atas keprihatinan warga pendidik yang memberikan saranan yang kedua-dua istilah ini berbeza mengikut keperluan dalam perkhidmatan guru. GSTT atau Guru Sandaran Tidak Terlatih adalah guru yang diberikan kontrak mengikut kehendak PPD dan Jabatan negeri masing-masing yang diambil bagi menampung keperluan guru bagi jangkamasa yang ditetapkan. Biasanya kontrak ini dapat disambung berdasarkan keperluan dan prestasi.
Bagi guru ganti, biasanya ia diambil oleh pihak sekolah dengan menggantikan sementara guru kekal yang ada di sekolah. Kebiasaannya, pihak sekolah menanggung perbelanjaan pembayaran gaji atau elaun. Ada juga PIBG yang mengeluarkan peruntukan bagi membantu pihak sekolah membiayai gaji atau elaun yang diberi kepada guru ganti.
Tahniah kepada ramai rakan-rakan pendidik yang sudah pasti mendapat surat pengesahan kenaikan pangkat. Maklumlah suku akhir tahun biasanya banyak berita gembira yang sampai kepada semua pendidik iaitu naik pangkat. Ada yang naik dari 41 ke 44,48,52,54 dan bertambah lagi yang mendapat JUSA C. Tahniah diucapkan. Kepada guru yang baharu memangku jawatan, didoakan saudara semua berjaya disahkan mendapat gred yang diidam-idamkan tidak lama lagi.
Ramai juga di kalangan pendidik bertanya mengenai soalan PTK yang perlu dijawab bagi membolehkan kelulusan pasti peperiksaan ajaib ini. Mana tidaknya, kekadang disebabkan hanya dapat satu yang lepas dan kemudian satu lagi sangkut ia menafikan hak guru untuk naik pangkat. Ramai juga yang kata lebih baik tidak perlu ulangkaji keras kerana soalan PTK amat berhantu lebih lagi kepada warga pendidik.
Igauan PTK menjadi satu hal, satu hala lagi bagaimana kita cara dan pendekatan kita naik pangkat. Memang berkelayakan adalah bagus namun jika tindas orang bawah, itu memang tidak bagus. Sesetengah bos yang mahu naik pangkat dengan suka mengadakan acara-acara yang menyusahkan dan mebuang masa orang bawah khususnya guru. Panggil orang-orang besar hadir demi menunjukkan bahawa semua usaha, bos kita yang buat. Begitulah selalu terjadi, orang lain yang buat, orang lain yang dapat nama.
Apa sahaja mesti sampai ke sekolah dahulu. Buku coffe table program angkasawan negara mahu diletak di sekolah. Mudahnya, sekolah perlu beli. Walaupun di peringkat cadangan namun berkemungkinan besar sekolah perlu dan wajib beli. Ada pro dan kontranya mengenai hal ini. Jika mahu dilihat untung, siapa yang dapat. Jika mahu manfaat, siapa pula yang dapat.
Bukankah, semua maklumat mengenai angkasawan negara juga dapat dibukukan dengan buku yang lebih murah dan mesra pembaca khususnya pelajar sekolah. Jika buku coffee table, sudahlah tebal, berwarna dan mahal harganya. Mungkin sekolah menjadi tempat atau lubuk membuat duit? Baca lagi
Desas-desus mengatakan yang semua bakal graduan KPLI ambilan Januari akan dipostingkan lebih awal yang berkemungkinan pertengahan Disember 2009. Berbanding tahun sebelumnya yang keputusan posting diketahui penghujung Disember. Berasaskan kepada keperluan guru yang perlu sampai ke sekolah sebelum sesi sekolah bermula bagi memudahkan pengurusan portfolio dan tugasan yang perlu dilakukan bagi menghadapi sesi baharu persekolahan tahun 2010.
Web ini ingin mengajak semua pendidik memberikan respons berkenaan hal ini. Dalam keadaan sekarang, walaupun hanya makanan bagi mengurangkan beban lapar. Adakah kita semua berfikir yang kebanyakan makanan yang disediakan di kantin adalah tidak sesuai serta memenuhi gizi seimbang yang sepatutnya semua murid dan pelajar terima.
Ada segelintir kantin sekolah yang menjual makanan seperti nuget goreng, nasi lemak, burger dan pelbagai makanan rapu yang tidak memberikan zat melainkan menambah bilangan pelajar yang obesiti. Perkara ini semacam tiada pemantauan khusus berkenaan makanan yang boleh dijual ataupun tidak. Walau ada garis panduan sekalipun, adakah pihak pengusaha kantin mahu ikut. Mereka orang berniaga yang hanya tahu menjual makanan yang dapat memberikan pulangan yang menguntungkan buat mereka.
Selain itu, kementerian kesihatan mempunyai inspektor kesihatan yang sering memantau kebersihan penyediaan makanan tidak lebih sekadar memantau keadaan dan persekitaran kantin sekolah berbanding memberikan nasihat makanan yang sepatutnya dijual di kantin. Jadi apa pendapat pendidik semua yang mempunyai pengalaman mengenai penjualan makanan di kantin sekolah adakah benar-benar mengikut garis panduan atau untung semata-mata.
Kementerian akan mengadakan Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja atau KMK yang berlangsung seperti maklumat berikut:
Tempat: Hotel Blue Wave, Shah Alam
Tarikh : 12-15 Oktober 2009
Anjuran : Bahagian Hal Ehwal Korporat, KPM
Maklumat lanjut, sila layari web kementerian
Buat semua pelajar yang menduduki PMR, diharapkan semuanya baik belaka. Jangan ada lagi yang berani membakar sekolah tanda stress yang hilang kawalan. Hari ini termuat di muka depan Berita Harian yang kejadian kebakaran di sebuah sekolah di Johor angkara pelajar yang tidak tahu apa yang dibebalkan. Hingga menjadikan api sebagai rakan untuk memusnahkan bangunan sekolah. Apa hebatkah tindakan sebegini atau mungkin juga pelajar ini mempunyai masalah lain yang terpendam hingga sanggup membakar bangunan sekolah.
Entah apa lagi, rakaman peristiwa yang menyedihkan yang bakal menggemparkan dunia pendidikan Malaysia. Kali ini hendak salahkan gurukah yang tidak tahu ataupun pandai mengajar anak murid. Emosi remaja mahupun pelajar masa kini sukar diduga, dengan menggunakan kecerdikan akal kepada perkara yang tidak berfaedah, mungkin juga mengancam nyawa warga sekolah yang lain. Walaupun ada kes terpencil ugutan bunuh kepada para pendidik suatu ketika dahulu, tidak mustahil kejadian ini menjadi realiti jika tiada usaha peringkat atasan membendung dan mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan pelajar yang makin kompleks.
Hampir 500 ribu pelajar seluruh negara menduduki peperiksaan PMR 2009. Waluaupun tahun ini banyak cabarannya, diharapkan peljar kita dapat memberikan usaha yang terbaik kali ini. Sebagai pendidik, kita doakan supaya semua pelajar berada dalam keadaan yang baik dan bersedia bagi peperiksaan PMR. Dengan doa dan restu semua pendidik diharapkan pelajar kita dapat memberikan yang terbaik dalam peperiksaan ini. Di samping itu, para pelajar juga perlu mematuhi prosedur kesihatan terutamanya aspek H1N1 supaya mengelakkan penularan series semasa peperiksaan. Kami di web cikgu malaysia, mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan semoga kejayaan mengiringi usaha pelajar semua.
Ramai rakan guru kini sibuk menyediakan pelbagai latih tubi dan melaksanakan segala perancangan yang diperlukan bagi mempersiapkan peljar khususnya bagi SPM. Dengan berbaki sebulan sahaja lagi SPM bakal berlangsung, pelbagai persiapan dan pengurusan pelajar yang perlu disiapkan supaya keadaan calon-calon tahun ini selesa bagi menghadapi peperiksaan.
Di kala ini juga, guru-guru banyak memberikan latihan berbanding mengajar memandangkan latihan berasaskan masalah dapat membantu melengkapkan senjata pelajar sebelum masuk ke deaan peperiksaan. Bagi pelajar, ketika ini adalah ruang yang begitu kritikal memandangkan mereka perlu bertungkus-lumus sebelum peperiksaan menjelang. Diharapkan kesihatan tidak diabaikan kerana sehebat man pun usaha saat-saat akhir namun masuk dewan peperiksaan berhingus mahupun demam ia tidak memungkinkan pelajar dapat menjawab dengan selesa.
Sukacitanya semua pendidik dan pelayar web cikgumalaysia.com dijemput ke Hari ICT 2009 yang dianjurkan oleh Universiti Perguruan Sultan Idris. Berikut maklumat yang dapat membantu saudara semua:
Tarikh: 6 dan 7 Oktober 2009
Tempat : Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI
Pelbagai aturcara menarik menanti pengunjung termasuk pertandingan web sekolah dan blog pendidikan. Semua dijemput hadir. Maklumat lanjut layari, Hari ICT 2009

Selamat kembali ke sekolah kami ucapkan kepada semua warga pendidik semua. Bagi negeri yang bercuti Jumaat, semalam sudah bermula sesi persekolahan. Mohon maaf kerana tidak update pengisian di laman ini. Bukan kerana sibuk beraya, keadaan line internet yang kurang memuaskan semenjak bercuti seminggu yang lalu. Di kalangan pendidik, sudah pasti kembali ke sekolah dengan pelbagai agenda pecutan akhir yang perlu diadakan bagi mempersiapkan anak-anak didik sebelum peperiksaan akhir tahun. Malah lebih penting lagi, minggu ini PMR sudah bermula.
Sambil saya menyiapkan soalan untuk dikemaskini sebelum esok pagi perlu diserahkan kepada pihak panitia, merenung statistik menggerunkan kemalangan musim perayaan ini cukup mengerikan. Kematian melebihi 200 nyawa menceritakan keperitan semua pihak menerima hakikat yang kali ini musim perayaan yang berdarah. Nada marah dan kecewa beberapa pemimpin negara termasuk Katua Polis Negara seolah-olah hanya klise biasa tidak disahut oleh kebanyakan rakyat. Kempen yang diadakan beberapa bulan sebelum aidilfitri tidak memberikan apa-apa kesan melainkan lebih banyak jumlah kemalangan yang dicatat bagi Ops sikap 20.
Mana pihak pun pening, rentetan itu berita di kaca tv mendedahkan pelbagai persoalan termasuk menemubual orang ramai mengenai langkah terbaik menangani permasalahan kemalangan yang tinggi ketika perayaan. Ya, pendidikan lagi dijadikan sasaran sebagai tuntas utama bagi menyelesaikan dan mendidik semua rakayat malaysia sejak bangku sekolah lagi. Ramai yang kata, sekolah perlu ajar mengenai keselamatan jalan raya. Sudah ada modul itu di peringkat rendah, ramai cikgu yang ajar namun kekadang ia hanya tinggal sebagai subjek tanpa pengisian yang membangkitkan rasa tanggungjawab untuk membentuk sikap yang prihatin dengan undang-undang mahu pun keselamatan jalan raya.
Salah guru lagi kerana tidak mengajar, tidak sama sekali. Cikgu menyudahkan semua yang perlu bagi mengajar subjek pendidikan keselamatan jalan raya namun terpulang kepada masyarakat bagi menguatkan pemahaman yang kukuh kerana ibu bapa setiap murid dan pelajar tentunya berkereta. Bayangkan ketika mahu ambil anak pun ada yang tidak mematuhi peraturan. Memakir di tepi jalan sehingga menggangu lalu lintas, tambah buruk lagi jika loakasi sekolah berada di tengah bandar, semua ibu bapa tidak mahu mengalah semata-mata mahu port yang baik lagi strategik mengambil anak mereka. Apabila ditegur oleh pihak sekolah, kena lagi pentadbir sekolah bila mesyuarat PIBG sebab tiada tempat yang sesuai bagi ibu bapa mengambil anak mereka.
Selagi mana sikap dan pandangan ibu bapa yang tidak berubah selagi itu juga kempen, subjek atau peperiksaan mengenai keselamatan jalan raya diwajibkan ambil dan lulus di sekolah pun tidak akan merubah apa-apa. Benarlah kata-kata KPN, hukum mati pun tiada guna jika sikap tidak berubah.
Web cikgumalaysia.com mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua warga pendidik di seluruh pelusuk negara. Kami juga ingin berpesan kepada semua supaya berhati-hati di jalan raya memandangkan jumlah kenderaan yang berjuta berduyun di segenap penjuru jalan raya serta lebuhraya. Semoga selamat sampai ke destinasi dan bergembira di samping orang yang tersayang.
Syukur juga Jumaat diumumkan sebagai cuti khas bagi warga pendidik dan organisasi di bawah kementerian. Reaksi bercampur-baur rata-ratanya di kalangan pendidik. Ada yang pelik, ada yang marah dan ada yang memuji. Walau apapun diharapkan raya tahun ini bermakna buat pendidik semua. Begitulah jika semuanya mahu bergantung kepada keputusan orang atas. Selagi tiada pengumuman, selagi itu tiada kepastian.
Ramai cikgu sebelum ini yang ambil cuti, mungkin terbatal dengan sendirinya disebabkan Jumaat digazetkan sebagai cuti khas. Pun begitu, adalah lebih baik jika mahu diberi cuti, mengapa tidak awal-awal lagi umum. Bukan mempertikaikan, cuma pelik. Ada sekolah yang sudah habis pakai semua cuti peristiwa, sebab itu jika mahu cuti, perlu ganti. Pengumuman ini memang melegakan cikgu yang mahu pulang beraya, faham sahajalah dalam satu sekolah mesti ada cikgu dari tempat yang jauh. Perlu masa untuk pulang beraya.
Adalah lebih baik, masa hadapan jika mahu memberi cuti perlu kepada penelitian yang lebih awal.
Ramai mahu bertanya berkenaan bonus. Cikgu yang juga kakitangan awam terbesar di Malaysia menjadikan bilik guru tidak sunyi dengan perbincangan bonus. Ramai yang hairan selalunya ada, kali ini tiada. Malah ada juga yang kata, kerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Jika ada bersyukurlah, jika tiada pun bersabarlah.
Sempena perayaan, tentunya belanja pun akan lebih. Manalah tahu, jika ada bonus ringanlah sedikit beban guru. Setakat ini belum ada atau tiada langsung terminologi bonus dibincangkan dalam media perdana. Senang cerita, tiada bonus untuk tahun ini. Kegembiraan kakitangan awam khasnya akan terubat jika bonus yang diharapkan setahun sekali dapat diberi. Tetapi belum dengar bunyi untuk kerajaan beri bonus. Apapun sabar sahajalah...
Selalu kita dengar yang keputusan pendidikan perlu datang dari orang atas. Cuma dapat dikatakan pendidikan kita terlalu bergantung kepada keputusan politik. Bermula dengan PPSMI sehingga tambah subjek itu dan ini, semuanya orang politik yang tentukan. Sekiranya diambilkira Falsafah Pendidikan Negara, kita dapat lihat prinsip yang jelas bagi memajukan pendidikan negara.
Namun jika banyak lagi keputusan pendidikan dipengaruhi politik, seumpama kita menidakkan faktor kebijaksanaan golongan pendidik dalam menentukan apa yang terbaik bagi pendidikan negara. Benar sama sekali perguruan dan politik memainkan peranan utama dalam negara kita. Tetapi biarlah segala keputusan dan tindakan yang dibuat tidak hanya melihat kepentingan politik sesuatu pihak sehingga memusnahkan pendidikan negara.
Lama mana lagi kita mahu lihat tikus yang suka baiki labu, labu tidak dibaiki bahkan hancur berkecai...
Walaupun lama sudah isu ini diperbincangkan namun gara-gara tiada sambutan. Ia nampaknya tidak lagi relevan. Isu pendidikan seks yang pernah diutarakan Dato' Shahrizat suatu ketika dahulu kini bergema kembali dengan orang lain yang mencanangkannya. Dato' Shabery pula mahu mencadangkan supaya ia dijadikan ia sebagai subjek yang perlu diajar di sekolah. Ketika membaca utusan beberapa hari lepas, isu ini mahu diperdebatkan semula.
Walaupun ada yang berpendapat sesetengah pelajar tidak tahu-menahu mengenai pendidikan seks, namun adakah ia cukup kukuh menjadi sandaran bagi mengadakan pendidikan seks ini. Adakah korelasi yang jelas diantara ketidakfahaman pelajar mengenai seks dengan mengadakan pendidikan seks di sekolah.
Jika ada sekalipun, mampukah fakta ini diangkat sebagai justifikasi yang jelas bagi mengadakan subjek pendidikan seks di sekolah. Sambil tidak menafikan fitrah manusia ini, ada baiknya mana-mana pihak perlu mencari jalan yang paling selamat jika tetap mahu mengadakan subjek ini. Takut nanti apa yang di ajar nanti bukan menambahkan ilmu mengenai fitrah manusia namun medan membincangkan nafsu berahi yang mampu menggagalkan objektif utama tujuan pendidikan seks itu sendiri.
Secara umumnya, faktor kerohanian dan aspek etika dalam perlu menjadi teras kepada kewujudan subjek ini. Jika tidak ia hanya menjadi kelas biologi bertajuk pembiakan manusia sehingga ada yang menjadikan kelas itu sindir-menyindir sehingga menaikkan nafsu semata-mata.
Calon-calon peperiksaan UPSR akan menghadapi hari penting mereka bermula 8 september ini. Diharapkan dengan keadaan yang tidak menentu, cikgumalaysia.com mendoakan semua calon berada dalam keadaan sihat serta bersedia bagi menghadapi peperiksaan. UPSR kali ini juga dilihat sebagai penentu kepada tanda aras kedua PPSMI, walaupun sudah ditentukan bahawa 2012 menjadi tarikh akhir PPSMI. Segalanya masih boleh berlaku kerana sebaik sahaja keputusan diumumkan jangkaannya Disember ini, berkemungkinan statistik apa pula yang timbul demi mahu melindungi PPSMI.
Kita semua sebagai pendidik yakin, tiada cara yang ampuh jika mahu berjaya dalam pengajaran dan pembelajaran sains kecuali dalam bahasa ibunda. Wahai anak-anak murid sekalian, kamu semua penentu nasib masa depan negara. Cikgu sudah menurunkan apa sahaja apa yang perlu, namun terpulang kepada murid semua bagi berjaya dalam peperiksaan.
Jika diteliti beberapa laporan akhbar tabloid, teknologi canggih yang dianggap sebagai pembaharuan pembelajaran sudah menjadi senjata makan tuan. Timbulnya isu kemudahan ebook yang diberikan kepada murid darjah lima di Terengganu menggunakan ia sebagai kemudahan untuk akses kepada laman porno. Sebagai pendidik, kita bimbang dengan perkembangan terbaru ini. Betapa kemudahan yang diberikan bukan membangunkan potensi serta memudahkan kerja murid tetapi ada segelintir murid lebih cerdik mencari sesuatu yang baru dengan kaedah inquiry-discovery.
Namun kecerdikan mereka bukan cenderung kepada kebaikan namun lebih buruk daripada biasa. Jika begitu, adakah berkesan jika program ebook ini kepada murid-murid khususnya di Terengganu. Kita semua tahu, Terengganu mempunyai kelebihan kerana selama ini pun ranking dan pentadbiran pendidikan di sana dapat dijadikan contoh kepada negeri-negeri lain.
Terdahulu, program ini sebenarnya mengharapkan ia dapat memupuk minat ict dan membudayakan teknologi di kalangan murid. Selain itu, ebook mampu menangani masalah beg berat terutamanya murid sekolah rendah. Tetapi kini walaupun segelintir murid adakah penanda aras serta objektif dapat dicapai?
Mampukah perjawatan pembantu guru dapat direalisasikan. Memandangkan jumlah sekolah yang semakin bertambah, banyak perkara perlu dipertimbangkan mengenai hal ini. Tetapi adalah menjadi kemestian buat kementerian mengadakan perjawatan ini kerana kerja guru yang semakin kompleks. Ada yang terpaksa uruskan tuntutan perjalanan sendiri disebabkan keengganan kerani membantu mereka. Beban tugas guru bukan hanya kepada pengajaran dan pembelajaran malahan pengekeranian juga.
Jika ramai dakwaan orang yang guru suka merungut serta stress ,hal ini memang ada asasnya. Kita sebagai guru tidak merungut jika ada bebanan yang menganggu tugas hakiki mengajar. Kita merungut kerana tugas hakiki gagal disempurnakan kerana banyak lagi kerja-kerja rutin yang lain serta belum lagi sibuk menguruskan aktiviti sekolah. Begitu juga dengan timbunan jemputan menghadiri mesyuarat yang kadang-kadang tidak disengajakan oleh kerana dirinya mewakilkan pentadbir yang juga sibuk.
Kedudukan cadangan pembantu guru dipertimbangkan untuk guru-guru hanya tinggal cadangan memandangkan idea ini sudah pun dicanangkan kepada kementerian september tahun lalu namun tiada khabar berita, serta pertimbangan pun entah di mana. Perjawatan ini perlu diwujudkan dengan serius supaya kualiti dan prestasi guru merudum pada saat pendidikan negara mahu melalui transformasi.
Guru tidak lagi mampu menjadi superman, yang bekerja sehingga hujung minggu. Walaupun tiada lagi aktviti sekolah hujung minggu, siapa tahu guru yang mempunyai komitmen tinggi menghabiskan masa menyiapkan rekod pelajar, analisis keputusan, head count, minit mesyuarat dan kerja lain yang seharusnya ada pembantu bagi meringankan beban mereka.
Jika ada yang mahu memperkatakan latihan dalam perkhidmatan (LDP), tentunya di kebanyakan sekolah ia terlalu membosankan. Namun lain halnya jika pihak pentadbiran yang diketuai oleh pengetua dan guru besar yang kreatif dalam merencanakan LDP. Menguruskan latihan memerlukan daya kreativiti yang tinggi supaya latihan yang diadakan mampu memberikan kesan yang besar demi mencapai kejayaan organisasi.
Mungkin perkara ini adalah remeh untuk difikirkan, namun perlu kepada transformasi supaya semua tenaga,masa dan kewangan yang dilaburkan berbaloi dengan LDP yang dirancang. Mungkin kita dapat pelajari teknik merancang latihan seperti syarikat korporat dalam mengenalpasti kesesuaian dan tahap latihan yang perlu diadakan berbanding hanya menjalankan begitu sahaja. Syarikat korporat merancang dengan teliti jika mahu mengadakan latihan. Pokok pangkalnya, latihan yang diadakan perlu mempunyai return of investment atau ROI. Mereka juga memastikan pekerja mereka mencapai KPI selepas menerima latihan yang berkaitan.
Oleh sebab itu, perlunya transformasi yang menyeluruh dalam menangani hal ini. Struktur dan modul memang sudah ada tetapi perlu konsisten dengan panduan yang diberikan selain menyesuaikan latihan suasana sekolah institusi berkaitan.
Kami warga cikgumalaysia.com mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pengunjung cikgumalaysia. Diharapkan ramadhan kali ini membawa erti yang penuh berkat buat hidup kita sebagai warga pendidik. Dengan keadaan negara yang masih diancam wabak selsema babi yang kini sudah menghampiri ratusan korban, diharapkan tugasan kita sepanjang ramadhan ini diberikan perlindungan dari tuhan supaya kita semua dilindungi daripada segala bencana, wabak dan dipermudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran kita.
Dengan dekatnya peperiksaan utama negara, paling hampir adalah UPSR yang akan bermula selepas cuti sekolah ini. Semoga ramadhan memberi inspirasi kepada kita dan anak murid kita demi mencapai keputusan yang memberangsangkan bagi peperiksaan kali ini. Semoga cuti pertengahan semester ini dapat memberikan kesempatan buat kita semua menghayati ramadhan yang mulia ini. Pihak kami juga memohon maaf jika ada kesalahan dan kesilapan semasa mengendalikan web ini. Biarpun baharu ramadhan, namun adalah baik buat kita semua merenung dan bermuhasabah diri semoga amal ibadah kita sepanjan bulan mulia ini lebih tenang dan fokus kepada tujuan mendekatkan diri dengan tuhan.
Gejala ini memang sudah lama. Jika mahu diperkatakan, masa zaman mana sekalipun ponteng tetap ada. Tidak perlu ada yang kata dahulu lain sekarang lain. Namun gejala ini serius sehingga melibatkan gejala-gejala lain seperti merokok, berpeleseran dan masalah sosial yang lain. Jika menteri yang bertanggungjawab risau, sebenarnya guru sudah lama risau.
Maklumlah, pelajar tidak dapat ditegur, dipukul sebab cikgu terhad kuasanya atau lebih tepat tiada kuasa langsung. Jika murid sekolah rendah, marah mungkin ada kesan namun jika menengah. Silap haribulan, habis harta benda cikgu mahupun diri cikgu itu sendiri. Masalah ini sudah lama, cuma baharu sedar sekarang untuk diperkatakan kembali. Umpama lauk yang dipanaskan semula.
Kita juga dengar mahu ada peruntukan untuk membenarkan kembali hukuman rotan disebabkan pendekatan kaunseling tampak kurang berhasil. Macam mana mahu berhasil jika kaunselor memanjang usung pelajar ke sana ke mari bagi sebarang aktiviti sekolah walaupun yang tidak berkaitan seperti pesta pantun. jadi ada rasional di sini kerja kaunselor kadang-kadang dibebankan hal remeh-temeh yang lain. Bila masa mahu buka fail untuk perundingan masalah pelajar.
Institusi sekolah perlu banyak lagi transformasi, bukan sahaja kepemimpinan yang ampuh namun perlu kreatif dengan suasana supaya sekolah bukan lagi penjara yang mempunyai loceng berbunyi untuk memenjara jasad pelajar namun perlu kepada kaedah yang mampu menjadikan sekolah sebagai tempat yang seronok untuk belajar.
Ramai yang bertanya kepada kami mengenai pembelajaran portal yang kini menjadi alternatif pusat tuisyen. Malah ada di kalangan pusat tuisyen yang sudah pun mengadakan laman web yang berasaskan tuisyen online. Sesuai dengan perkembangan ict yang menjadi kemestian abad ini, ia mengisi ruang yang berkesan kepada kemajuan bidang pendidikan. Namun, jika mahu dibandingkan dengan Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas mungkin ia masih belum mampu menggantikan sentuhan insan yang bernama guru.
Memang banyak latihan yang dibekalkan jika melanggan portal terbabit, namun jika tidak dimanfaatkan mungkin ia hanya pelaburan yang sia-sia. Tetapi dalam keadaan begitu, ramai ibu bapa yang sanggup membelanjakan duit langganan bagi memberikan anak-anak mereka keselesaan mendapatkan bimbingan melalui portal.
Malah ada juga ibu bapa yang tiada internet di rumah kadang-kadang terpedaya dengan pujukan penjual sistem berkenaan. Kesemua ini bergantung kepada keperluan. Jika mampu, silakan. Jika tidak, abaikan sahaja. Sebaik mana pun portal dan sistem yang dimiliki, jika tidak dimanfaatkan tiada gunanya. Sesetengah guru juga ada yang berniaga sistem ini memandangkan ada syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini melakukan pemasaran secara MLM. Peluang bisnes yang ada membolehkan sestengah guru menceburkan diri dalam perniagaan ini. Perkembangan ini memang bagus berbanding membawa kain, tudung, baju, kuih raya, atau tonik kesihatan ke sekolah. Begitu juga bedak kecantikan yang mengebukan pipi cikgu perempuan, lebih baik membawa sistem portal pendidikan berbanding semua yang lain untuk dijual di sekolah.
Tetapi diharapkan jangan sampai memaksa untuk masuk berniaga sebagai downline sehingga menganggu emosi rakan guru yang lain.
Menteri kesihatan membuat kenyataan sekolah dan mana institusi pendidikan hanya ditutup jika terdapat kehadiran pelajar dan pengajar yang terlalu sedikit. Ia dikatakan hanya sebagai langkah akhir dalam membendung penyebaran H1N1. Namun adakah jelas jika ukuran kehadiran memadai menjadi petunjuk sesebuah sekolah itu dapat ditutup. Perkara membabitkan polisi khususnya penutupan sekolah tidak hanya dapat dibuat keputusan oleh pengetua mahupun guru besar disebabkan perlu merujuk kepada jabatan kesihatan.
Sememangnya pihak guru besar dan pengetua sudah pun memiliki panduan menghadapi situasi ini, kebanyakan kekeliruan timbul di kalangan waris dan ibu bapa pelajar. Kekurangan maklumat mengenai status kesihatan warga sekolah dan ditambah kebimbangan jangkitan baru merimaskan mereka. Justeru, sekiranya ada sekolah yang tidak mengambil langkah proaktif menerangkan keadaan sebenar, menukarkan kebimbangan kepada fobia.
Malah ada di kalangan waris mengambil langkah sendiri dengan tidak menghantar anak ke sekolah serta tidak pula memaklumkan sebab ketidakhadiran kepada pihak sekolah. Walaupun belum lagi dalam situasi kelam-kabut, seharusnya pihak berwajib sudah menggerakkan task force ke sekolah-sekolah dan institusi pendidikan bagi menyampaikan kempen dan menyemak status selamat setiap institusi ini.
Jangan tunggu sampai semua tidak datang sekolah baharu mahu tutup.
Saya sempat berbual dengan orang kanan kementerian yang kini sudah pun pencen. Beliau orang besar dalam Bahagian Teknik & Vokasional dahulu, kini menjadi konsultan pendidikan teknik dan vokasional untuk negara arab. Beliau berkata kepada saya, adakah guru itu kerja ataupun kerjaya. Seperti biasa saya kata ia adalah kerjaya sebab ia nampak lebih serius berbandaing kerja. Menyelesaikan kerja tidak sama dengan membina kerjaya.
Saya berkata kerjaya itu lebih menggambarkan betapa penting sebuah profesion itu berbanding hanya menganggap kerja semata-mata. Tambah saya lagi, kerja boleh selesai namun kerjaya perlu ada destinasi dengan diiringi visi dan misi peribadi mahupun organisasi. Jadi, saya lebih selesa menganggap kerjaya berbanding kerja.
Sebagai guru yang baharu, banyak lagi perlu dipelajari. Sudah tentunya jawapan saya ditempelak dengan mudah oleh beliau. Katanya mudah, sesiapa mahu menjadi guru perlu tahu bahawa itu bukan lagi kerja mahupun kerjaya malah hidup kita. Sebab kita menjadi barisan hadapan yang memastikan semua pelaksanaan dasar dan agenda pendidikan tercapai.
Beliau berkata, sebenarnya ramai guru yang mampu menjadi guru yang baik sebab jika mereka mengajar dari hati. Bukan mengajar kerana makan gaji. Sifat berkira mahupun makan hasil orang perlu ditinggalkan jauh-jauh. Kata beliau lagi, jika jadi jurutera kena jaga mesin begitu juga doktor yang hanya menjaga pesakit. Tetapi bagi guru, kita menghasilkan manusia yang benar menjadi manusia. Maka tugas kita lebih mencabar.
Beliau juga berkongsi bahawa kata-kata guru itu lebih diingati berbanding kata-kata ibu bapa. Saya bertanya mengapa begitu, beliau hanya menjawab, jika salah ajar, murid ikut sahaja walaupun dibetulkan oleh sesiapa murid itu mesti tidak ubah pendirian kecuali gurunya membetulakan kembali apa yang diajar.
Beliau juga menyatakan adakala kerja guru senang. Pergi pagi pulang tengahari. Itu cikgu biasa. Namun cikgu yang bertanggungjawab pergi pagi, pulang malam. Penuh seharian dengan aktiviti yang perlu diisi. Belum lagi membawa buku latihan dan pelbagai ABM. Itulah guru, begitupun ada yang menganggap kerja cikgu mudah.
kawan2 gstt sekalian apa kata yang beragama islam setiap tempat kita adakan solat hajat dimurahkan rezeki jadi guru, beramai ikut kawasan dan bentuk persatuan gstt untuk mencari penyelesaian menjadi
[...]hi, saya ni lepasan spm thn 2003. saya tidak dpt menyambung pelajaran atas sbb2 yg tdk dpt dielakkan…saya ingin tahu, boleh saya mohon utk gstt menggunakan sijil spm saya? saya pelajar score ‘A’ spm
[...]salam
kepada graduan ISMP yang rasa gstt ni merampas rezeki kalian,sanggupke kalian merasa jadi cekgu kat sekolah swasta dengan gaji RM600, kerja dari dari 7.30 pg- 4.45 ptg belum termasuk meeting
salam kepada semua
saya yakin semua sudah maklum dengan cabaran mendidik sekarang. bagi insan yang memang mempunyai nurani seorang pendidik, asam garam menjadi guru sangat indah walaupun cabarannya
selari dengan pandangan cpj kan? terima kasih…
Assalamualaikum.. buat sahabat-sahabat GSTT.. ingatlah, Allah Maha Adil… Teruskan berdoa. Moga Allah membuka jalan untuk kita menjadi pendidik berstatus tetap. Allah takkan ubah nasib hambanya andai
[...]Cadangan tersebut memang baik dan dialu-alukan tetapi hakikat yg sebenar tidak ada pelajar terbaik yg mahu menjadi guru. Berapakah pelajar terbaik sesuatu sekolah yakni 8A ke atas yg berminat menjadi
[...]cikgupj sokong 100%, cikgu akan lebih di hormati…
salam semua..bg sy,adik2 pispm n kpli patut bersyukur kerana kt terpilih untuk menjadi seorang guru kelak. bg sy adalah amat rasional stud KPLI dpt alaun rm1300, ini krn kami telah memiliki
[...]Salam,
Sekiranya anda memerlukan khidmat seorang penceramah motivasi bolehlah menghubungi saya di talian 013-4376752. atau emel .(JavaScript must be enabled to view this email address)
sy telah membaca semua komen di atas, rata2nya smua GSTT. semua berharapan agar GSTT diserap menjadi sebahagian daripada anggota pendidik tetap. apakah tindakan yang kita boleh laksanakan agar
[...]salam…sy mewakili warga pismp amat kecewa dengan kata2 anda. Walaupun kami ni awak kata ” budak” tapi pergi ja sekolah pentadbiran selalu puji kami dan KPLI SELALU KENA KONDEM. yela…mau taknye kna
[...]ohw….terima kasih bg feedback..alhamdulillah…pas 2 hri hbis guru ganti..dpt pula kerja di upsi..tetap..xpa lah wlau gaji hnye ikt stpm…yg pnting ada kerja…utk semua..good luck
[...]Bersetuju dengan pandangan V. Pokok pangkal adalah usaha. Kalau jadi Gstt, malas pun tak guna. Kalau jadi cikgu tetap, tapi mengajar sambil lewa, perkara sama gak akan berlaku.
Saya bekas GSTT, saya
[...]salam…
salam semuer…sy merupakan salah seorang gstt di daerah perak..tahun ini merupakan tahun ke 3 saya bergelar gstt…masuk thn ini jg dah 4 kali sy memohon kpli n dpli tapi nasib masih tidak menyebelahi
[...]guru tetap, GSTT, GST.. all working under 1 roof.. why can’t we work together and respect each other. stop the blaming and looking down on us. dan komen NZ… you have a point there…. Pada pendapat
[...]Assalamualaikum EN Fadzi..
Saya tertarik komen En bekenaan produk minda. Ya saya akui memang banyak produk minda berada di pasaran. Cuma saya ingin memberi info kerana saya pengamal produk minda.
To Guru tetap..
Terima kasih atas pandangan cikgu. Saya tak nafikan ada antara gstt yang tidak bertanggungjawab dan menganggap jadi cikgu adalah kerjaya alternatif semata-mata.
Tapi tidak semua
[...]alah korang gstt carilah je lah keje lain…tak abis2 nak cakap ayat korang bela diri korang…sepatutnya korang sedar yg korang mmg kerja kontrak a.k.a sandaran…so kenapa nak bising2 kan???terima lah
[...]memang betul aspek kecemerlangan penting bagi guru dlm menentukan kejayaan seseorang anak muridnya…namun, jika ianya terlalu rigid, bukankah ia tidak adil kepada pelajar2 yg sedaya upaya telah
[...]salam kawan2…sy rslah yg meluahkan perasaan di sini majoritinya adalah gstt…pastilah gstt akan cuba sedaya upaya menaikkan nama mereka…benar ke semua gstt skrg ni menjadi guru kerana benar2
[...]pernah jadi guru ganti gak pas grad..mmg elaun 820 jer..pastu kalo cuti skola tolak gaji..jadi cikgu ganti dr sept 2009 smpai nov 2009..then januari 2010 dpt jadi gstt smpai skrg..so kalo minat jadi
[...]produk minda ajaran rasul dalam mendidik anak pasti berkesan…
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia buat semua,,,,saya amat bersetuju dengan kenyataan rakan-rakan bahawa GSTT amat komited dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Saya pun telah hampir 2 tahun
[...]
Komen