CIKGU SOLEH - 04 September 2009 11:37 PM
Masalah SMS suatu fenomena baharu. Isu ini oerlu diperhalus dengan teliti. Jika dibiar berlarutan akan menyebabkan banyak masalah lain yang timbul. Namun ia bukan sesuatu yang buruk sangat. Saya suka berkongsi pengalaman ketika berkomunikasi dengan pelajar. Menjelang 2 minggu sebelum ujian bulanan, saya telah memberi amaran supaya pelajar meletakkan semua beg di luar bilik darjah, mengelakkan pelbagai masalah semasa ujian dijalankan. Simpan beg di luar kelas, jangan sangkut pada tingkap atau tombol pintu, boleh merosakkan peralatan tersebut. Sesiapa yang langgar arahan akan begnya akan di lempar ke tanah. Hari ujian pun tiba, saya masuk spt biasa… masih ada pelajar engkar arahan, sangkut beg2 di tombol pintu dan tingkap kaca. Saya kotakan janji. Saya lempar beg mereka ke tanah…ada kira2 10 beg. Tengah hari, balik…sampai di kereta…kereta kena calar dengan kunci. Saya mengerti sudah. Saya lakukan kesilapan?
Maaf. Saya ingin memahami cerita saudara di atas dengan kaitan masalah sms. Anda memberi arahan untuk meletakkan beg di luar dengan tidak mengantung beg tersebut di tingkap dan tombol pintu. Maksud anda dengan meletakkan beg yang mungkin mengandungi telefon bimbit. Benar? Ok. Dengan melayan pelajar seperti itu memang tidak betul. Kalau pelajar sekolah menengah anda perlakukan begitu, maknanya anda berani menangung rugi. Contohnya, kereta anda kena calar. Kalau murid sekolah rendah, anda akan menang. Tatapi bukan dengan pelajar sekolah menengah.