Ditulis oleh: Fadzli, 03 July 2009 ,

Siapa sangka orang muda juga berbakat dalam perguruan. Semasa menghadiri seminar pendidikan yang diadakan di sebuah IPTA cuti sekolah yang lalu memberikan laluan kepada saya berkenalan dengan seorang kaunselor yang juga di antara pembentang kertas kerja bertajuk ubah persepsi pelajar malas kepada rajin.

Komen Diterima:0 Tulis Komen Baca Lagi
Ditulis oleh: Fadzli, 02 July 2009 ,

Semasa berbual dengan rakan pendidik yang datang ke rumah saya, agak tersentuh mendengar cerita beliau. Rakan saya ini baharu sahaja memulakan tugas di Perlis setelah berpindah daripada Johor. Beliau kini bergelar pengetua selepas 20 tahun menjadi guru. Peristiwa pertama yang beliau ceritakan semasa sampai bagi melaporkan diri adalah beliau sendiri ditahan  Guru Penolong Kanan Pentadbiran kerana terlewat seminit dari masa. Guru berkenaan tidak kenal rakan saya memandangkan beliau hanya bermotosikal ke sekolah pada pagi itu. Jadi, beliau dianggap cikgu baru yang kebetulan terdapat tiga orang cikgu  yang juga perlu melaporkan diri pada hari yang sama.

Komen Diterima:5 Tulis Komen Baca Lagi
Ditulis oleh: Fadzli, 02 July 2009 ,

Sengaja atau tidak sengaja diperlakukan sebegitu. Pendidik menerima bahana kesan pengurusan yang tidak menjadikan faktor kemanusiaan sebagai perkara utama dalam hal kenaikan pangkat. Isu DG 29-32 yang dinaikkan kepada DG 41 menerima kesan walaupun pengalaman mereka berpuluh tahun. Kenaikan gaji mereka seolah-olah ditangguhkan walaupun bergerak ke tangga DG41. Begitu juga rungutan terbaru dengan masalah yang dihadapi guru-guru tingkatan enam yang juga seolah ‘ditangguh’ kenaikan pangkat.

Komen Diterima:0 Tulis Komen Baca Lagi
Ditulis oleh: Fadzli, 30 June 2009 ,

Cikgu J-Qaf atau lebih tepat lagi usataz dan ustazah j-qaf dikatakan kurang disenangi pentadbir bagi segelintir sekolah. Serupa dengan nasib semua cikgu KPLI, mereka juga menerima tempias yang sama. Kebanyakan alasan segelintir pentadbir yang  kurang berpuas hati dengan prestasi pengajaran j-qaf kerana mereka sudah awal-awal lagi di posting ke sekolah berbanding KPLI. Mereka hanya akan masuk IPGM hanya ketika sekolah bercuti. Kehidupan mereka selama setahun setengah adalah sebegitu.

Komen Diterima:1 Tulis Komen Baca Lagi
Ditulis oleh: Fadzli, 29 June 2009 ,

Seorang rakan pendidik bercerita tentang masalah beliau kepada saya, semua sekolah ada mesin fotostat tetapi fungsinya hanya hiasan. Saya banyak mendengar keluhan warga pendidik tentang hal ini. Namun kali ini beliau betul-betul marah. Halnya mudah, beliau banyak perkara perlu dibuat salinan namun sekolah tidak memberikan kebenaran membuat salinan menggunakan mesin fotostat. Walhal, semua kerja diberikan pentadbir untuk disudahkan. Terpaksa pula beliau fotostat di luar menggunakan duit sendiri. Apabila dibangkitkan dalam mesyuarat bersama pentadbir, jawapannya mudah kita tidak banyak peruntukan untuk membeli kertas dan toner.

Komen Diterima:3 Tulis Komen Baca Lagi
Ditulis oleh: Fadzli, 28 June 2009 ,

Perkara ini memang biasa terjadi kepada guru. Malah ia bukan sebagai rungutan seorang cikgu. Jika terbeban, guru yang memikul tanggungjawab tanpa siapa yang tahu. Menjadi guru semua kena tahu pekeliling, mengajar, bersukan, pertolongan cemas dan lain lain. Sesetengah orang kata, kerja guru senang datang pagi balik tengahari ataupun petang. Murid cuti, cikgu pun cuti. Realiti di luar memang begitu, namun hakikatnya cikgu bekerja tanpa henti, silap haribulan cepat kena serangan jantung.

Komen Diterima:1 Tulis Komen Baca Lagi
Ditulis oleh: Fadzli, 26 June 2009 ,

Khabar angin di kalangan pendidik yang menyatakan PPSMI tidak dikekalkan bagi sekolah rendah sahaja kini bertiup kencang. Menurut sumber, PPSMI hanya terus dilaksanakan di peringkat menengah dan seterusnya. Keputusan yang bakal diumumkan pada awal Julai nanti juga mungkin tidak mempunyai perubahan drastik memandangkan perbelanjaan kerajaan sudah berbilion.

Komen Diterima:0 Tulis Komen Baca Lagi
Ditulis oleh: Fadzli, 25 June 2009 ,

Selagi mana bergelar cikgu, masa mengajar memang menjadi isu utama di sekolah. Mengajar bukan seperti kerja pejabat. Stres mengajar menyebabkan cikgu sering hilang tenaga apabila pulang ke rumah.  Ke mana tenaga cikgu habis ketika mengajar? Kebanyakan guru terpaksa melalui masa mengajar selama 29-32 jam seminggu. Persediaan cikgu bermula sebelum,semasa dan selepas mengajar.

Komen Diterima:1 Tulis Komen Baca Lagi
Ditulis oleh: Fadzli, 24 June 2009 ,

Malaysiakini.com

Seramai 187 guru dan warga pendidik yang layak mengundi pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan diseru mengundi calon BN bagi memastikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) berjaya dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata walaupun pemilihan calon merupakan hak seseorang individu, namun sokongan terhadap kerajaan akan memastikan PIPP dapat dilaksanakan demi faedah generasi masa depan.“Kita berharap para guru dapat membantu menjayakan agenda pendidikan negara ini,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Tambahnya, kerajaan kini dalam proses untuk membina negara bangsa yang cemerlang menerusi sistem pendidikan yang maju. “Kita juga sedang meningkatkan taraf guru dan untuk itu mereka mestilah bersama kita,” Dr Mohd Puad dipetik berkata.

Komen Diterima:0 Tulis Komen Baca Lagi
Ditulis oleh: Fadzli, 23 June 2009 ,

Hari ini perhimpunan di sekolah mengumumkan beberapa pertandingan yang sedang dan akan dijalankan peringkat  zon,negeri dan nasional. Aktiviti sukan dan kokurikulum berasaskan kurikulum juga sedang rancak dijalankan di semua sekolah. Merentas desa juga dirancang sebelum tibanya ramadan. Motivasi juga mememenuhkan taqwim semua sekolah buat masa ini. Pelaksana yang setia yang bernama cikgu juga terpaksa pecut satu-persatu bagi merancang melaksana semua agenda ini. Sekiranya di awal tahun sekolah selalunya sibuk dengan Kejohanan Olahraga Tahunan dan pebagai pertandingan sukan utama, masuk penggal dua lebih banyak event yang perlu dilalui di sekolah.

Komen Diterima:0 Tulis Komen Baca Lagi
TV CIKGUMALAYSIA
Share |
SchoolZone School Community Portal
Sembang Bilik Guru
Penaja Rasmi
Komen Terkini
(JavaScript must be enabled to view this email address) dalam Mesin fotostat hanya hiasan di sekolah

Cikgu semua,

kadang-kadang kerani juga melebih. Disebabkan terlalu disayangi pentadbir ada kerani lebih sudu dari kuah kerana mereka berasa menjadi pengawal mesin fotostat

tersenyum saya membaca kisah di atas. bukan apa,saya pun pernah hadapi situasi yg lebih kurang sama. cuma bezanya..alasan tak dibenarkan guna mesin phostostat pejabat ialah mesin tu utk urusan

[...]
(JavaScript must be enabled to view this email address) dalam Mesin fotostat hanya hiasan di sekolah

Ya benar, kejadian itu pernah saya saksikan di hadapan mata saya sendiri. Saya simpati dengan cikgu itu.

(JavaScript must be enabled to view this email address) dalam Beban, pujian, hinaan semua diletak pada guru.

Bagaimana ilmu nak lekat di kepala jika cikgu sering diumpat dan dihina.

(JavaScript must be enabled to view this email address) dalam Waktu mengajar yang membebankan

Apabila cuti sekolah yang bukan berjawatan cikgu berkata “hang senang la sekolah cuti hang cuti” betul ke?